CORETAN TERBARU NADH

Tips memujuk wanita

Assalamualaikum semua
Aiyo tetiba nak jadi pakar wanita aku ni. Tak apalah. Kongsi tak salahkan. Aku seorang wanita. Aku juga kuat merajuk. Ye mengaku. Tapi malangnya tak ada yang nak pujuk. Tapi tak apa, aku tunggu yang halal nanti pujuk. *gedik.

Disebabkan orang merajuk meminta dipujuk. Jadi aku kerah otak untuk berfikir. Bagi sesiapa suami, abang, adik, anak yang nak pujuk wanita. Tak kisahlah siapa. Tapi harus diingat tak semua wanita sama. Aku ambil secara rambang je.

1. Pujuk segera.
Segerakan tindakan memujuk anda. Ada wanita yang sangat inginkan perhatian. Dia merajuk bererti ada sesuatu yang kamu buat salah. Wanita jenis begini berkehendakan pemujuk segera memujuk. Tak nak bagi masa sendiri ke apa. Dia tak suka tunggu lama. Lagi lama lagi makin panjang rajuknya.

2. Kata-kata manis.
Kata-kata manis mampu mencairkan hati wanita khususnya yang merajuk. Yang inginkan perhatian. Wanita biasanya akan mudah terpujuk jika si pemujuk pandai bermain kata. Jangan guna bahasa kasar dan berlembut dengannya. Sebab hati wanita rapuh. Kalau pujuk dalam nada marah lagilah dia muncung.

3. Rendahkan ego.
Biasanya orang yang memujuk akan pujuk secara tak ikhlas sebab egonya tinggi. Tak mahu kalah. Tapi dalam masa yang sama tak nak buat wanita itu merajuk lama. Kalau salah, mintalah maaf dengan baik. Yang penting tahu salah kamu apa. Biasa lelaki memujuk dengan kata maaf tapi tak tahu salah dia apa. Itu lagi buat wanita bengang.

Nota Iffah: Wanita inginkan perhatian. Harta benda kadangkala tak perlu. Tapi bagi wanita materialistik memang wajiblah kan. Tips ni untuk sesiapa yang bernama lelaki untuk sesiapa yang bergelar wanita. Tak ada khusus untuk orang bercinta, berpasangan ke apa. Macam suami isteri boleh. How sweet <3 Ps: Dia konon pandai pujuk.

Published with Blogger-droid v1.7.4

11 comments:

aamalinaazman said...

awwwww

opah suke majuk ke x eh
konpiussss =.=

cintailmu89 said...

oooo..gitu rupanyaa...

Daddylicious said...

faham sangat bab2 memujuk ni...hehe

Unknown said...

kalo x pujuk juga xtaw ;h nk kate pew

fRaMe+LenSeS said...

Nadh setuju. :D weee~~ maceh berkongsi. :D

Sunah Sakura said...

i merajuk pujuk diri sendiri aje... tapi kalo i merajuk, n ada nak pujuk, senang je..just minta maaf...

syarifahsidrus said...

pujuk cepat2!hheee :)
setuju :)

Asyikin said...

tapi kalau pompuan kena pujuk, tk makan pujuk pun tak bley jugak. hihihi

Unknown said...

tips memujuk laki2 ade x....hihi

Unknown said...

dear !
thanks yer nasihat ~

Nong Andy said...

Aku~ jgn pujuk time aku merajuk. Sebab merajuk aku biasanya bercampur hangin satu badan. Silap haribulan pingan mangkuk berterbangan. Pujuk je aku time aku dah cool down.. 2-3 jam kendian la biasanya. hehee..

* dear lelaki. Kurangkan ego dan pujuklah buah hati anda.. nescaya dia akan sayangkan kamu kuasa 10 :p

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers