ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Dia terduduk. Tangisan menderu keluar. Sedih menikam di dada. Hujan pun turun dengan lebatnya. Sama seperti hujan di dalam hatinya. Syahirah menangis sepuas-puasnya. Hatinya sungguh perit. Tak rela dia mengulangi kesilapan itu. Namun, nasi telah jadi bubur. Fikiran menerawang ke kisah dulu.
Dia terduduk. Tangisan menderu keluar. Sedih menikam di dada. Hujan pun turun dengan lebatnya. Sama seperti hujan di dalam hatinya. Syahirah menangis sepuas-puasnya. Hatinya sungguh perit. Tak rela dia mengulangi kesilapan itu. Namun, nasi telah jadi bubur. Fikiran menerawang ke kisah dulu.
Xxxxx
“Awak, couple jom,” Johan mengumpan. Syahirah terkedu. Buat
pertama kali dia dilamar menjadi seorang yang sungguh istimewa bagi seorang
lelaki. Hatinya berbunga-bunga.
“Awak…” Panggilan Johan menggetarkan jiwanya yang tak
keruan.
“Hurm…”
“Saya serius ni. Saya sayang awak,” Johan mencuba meyakinkan
Syahirah.
“Awak, betul ni?” Syahirah masih ragu-ragu.
“Betullah. Kita couple je. Bukan buat apapun,” Dengan rela
hatinya Syahirah membuka hati menerima cinta dari jejaka yang baru dikenalinya.
Hati remaja memberontak mencari cinta. Lama sudah dia mencari. Akhirnya, cinta
yang dinanti singgah di hatinya. Hidupnya saat itu umpama bulan jatuh ke riba.
Xxxxx
“Awak…” Suara itu menggamit rasa malu tiba-tiba. Dia malu
untuk berpaling. Sungguh mulia hati si pemilik suara garau itu.
“Awak…janganlah macam ni,”
Keduanya diam tanpa kata. Hakim risau melihat perempuan itu.
Sejak hari Hakim melamar Syahirah hinggalah sekarang perempuan itu sah menjadi suri
hidupnya, tangisan sentiasa menemani. Sebagai suami dia tak sanggup melihat
isterinya berterusan berendam air mata. Dia ikhlas ingin menjadi peneman kala
isterinya kesedihan. Namun apakan daya, perempuan bernama Syahirah masih lagi
membisu tanpa kata. Masih tidak mahu meluah setiap rasa. Hakim berlalu pergi
dari kamar itu. Dibiarkan isterinya berteleku lagi.
Xxxxx
“Irah, sampai bila kau nak duduk berkurung macam ni? Kau
tahu tak kau tu dah jadi bini orang?” Nafeesa melahirkan rasa tak puas hatinya.
Syahirah diam seperti selalu. Walau matanya bengkak sekalipun dia tak peduli. Hatinya
ingin menangis, menangis dan menangis lagi.
“Irah tolonglah. Jangan sebab kisah dulu. Kau nak hukum
Hakim. Kesian laki kau tahu tak???” Kuat menampar gegendang telinga. Syahirah
berpaling.
“Bila masa aku hukum dia? Aku tak pernah suruh dia nikahi
aku,”
“Kau tahu tak Hakim tu dah sebulan jadi suami kau. Kau tahu
tak sebulan tu jugak dia sanggup bersabar dengan perangai kau yang tak serupa
orang ni,”
“Tak serupa orang? Aku dah lama mati, Na. Aku dah mati masa
Johan perbodohkan aku. Aku dah mati masa aku terpalit noda. Aku dah mati. Hakim
tu bodoh sebab dia tak nampak yang aku sebenarnya dah mati,” Tangisan menderu
lagi. Hakim yang lama berdiri di muka pintu tersentak mendengar kata azimat
terkeluar dari mulut isterinya. Hati pedih mengenangkan isterinya begitu. Apa
lagi cara yang membolehkan dia memberi nafas baru kepada isteri yang ikhlas
dinikahi sebulan yang lalu. Nafeesa memandang Hakim. Dia juga tak mampu
membantu. Lemah kakinya melangkah meninggalkan sahabatnya.
Xxxxx
Hakim berdiri di balkoni. Dia diam memandang betapa indahnya
ciptaan Allah jadikan. Panorama malam menggamit segenap rasanya. Fikiran yang
serabut sejak dulu kini tenang dengan memuja ciptaan yang Esa. Dia terpandangkan
kelibat Syahirah di sisi katil. Diam tak berkutik. Matanya pantas dialihkan
semula. Bimbang Syahirah terperasankan lirikan matanya.
“Awak,” Hakim terperanjat.
“Awak,” Syahirah sudah berdiri di sebelahnya. Hampir gugur
jantung Hakim memandang isterinya. Wajahnya pucat.
“Kenapa Sya?” Hakim cuba memandang isterinya. Tatkala
melihat isterinya, hatinya tersentuh. Sedih.
“Saya dahaga…” Syahirah terduduk.
“Kejap saya ambilkan. Awak rehat je,” Anggukan Syahirah
lemah. Hakim terus berlari mendapatkan air. Itulah saat pertama dia mendengar
suara Syahirah secara dekat. Pertama kali juga isterinya bercakap dengannya.
Hakim menangis tanda kesyukuran.
“Nah airnya,” Hakim membantu Syahirah minum.
“Terima kasih,” Syahirah ingin bangun. Namun, kakinya sangat
tak berdaya. Lama sudah dia tak berjalan. Umpama insan mati di bilik ini.
“Mari saya pimpinkan. Awak, lain kali nak apa-apa panggil je
saya ye,” Hakim memegang lembut tangan isterinya. Dia perlu berhati-hati. Walaupun
isterinya halal bagi dirinya tak bermakna dia boleh bertindak sesuka hati. Bimbang
hati Syahirah tercalar lagi.
Xxxxx
Syahirah bersemangat secara tiba-tiba. Hampir dua bulan dia
mendengar celoteh suaminya. Yang tak putus-putus cuba untuk berborak. Walau hatinya
masih berdarah, dia harus teruskan hidup demi insan itu. Insan itu sangat
istimewa. Tak pernah kenal jemu.
“Bila?” Hakim sedang bercakap dengan seseorang. Syahirah
turun dengan berhati-hati. Bimbang dia ketahuan.
“Kau jangan nak tuduh bini aku macam-macam. Walau siapapun
dia masa lampau, itu tak menjadi kesan pada aku. Aku terima dia sebab dia yang
sekarang. Aku tak nak kau jaja lagi kisah hidup bini aku. Kau tahulah nasib kau
nanti,” Kata-kata amaran Hakim jelas kedengaran. Syahirah terduduk.
“Eh awak!” Segera Hakim mendapatkan Syahirah yang lemah.
“Kenapa ni?” Berkaca mata Syahirah memandang suaminya.
“Hakimmm…”
“Ya kenapa?” Dipandang raut wajah isterinya yang lesu.
“Kenapa awak baik sangat?”
Hakim terdiam.
‘Dia terdengar ke tadi?’
Syahirah masih menanti jawapan dari bibir suaminya. Dia tak
sangka ada juga lelaki sebaik ini yang sanggup memperisterikan seorang perempuan
yang penuh noda di masa silam.
“Saya tak ada jawapan untuk itu. Sebab saya tak rasa saya
baik. Dah jom duduk kat kerusi. Kenapa suka sangat duduk kat lantai ni,” Hakim
cuba menukar suasana. Namun, gagal.
“Awak, saya dah banyak berdosa. Dah tak layak hidup. Kenapa awak
still menangkan saya? Jaga saya. Sabar dengan perangai saya. Kenapa???”
Syahirah menangis lagi.
“Sebabnya…awak tahu sebabnya,” Hakim tersenyum.
“Jangan main-mainkan saya. Tolong jawab. Kenapa awak layan
saya baik sangat? Sampaikan saya dah…”
“Syhhhh, janganlah macam ni. Saya tak sanggup tengok buah
hati saya menangis je,”
Syahirah terdiam. Dipandangnya Hakim dalam-dalam. Adakah
benar lelaki ini tercipta untuknya? Adakah benar cinta lelaki ini tulus tak seperti
Johan suatu ketika dulu?
“Awak fikir apa tu?” Hakim mematikan lamunan isterinya.
“Tak ada apa. Saya cuma…”
“Cuma apa? Dah kita tak payah cerita panjang. Malam nanti
saya jawab soalan awak. Sekarang boleh masak untuk saya? Laparlah,” Hakim buat
muka kesian. Syahirah diam memikirkan sesuatu.
“Tolonglah masakkan untuk saya. Selama ni saya makan maggi
je. Nama je dah kahwin,” Syahirah tersentuh lalu segera dia ke dapur menunaikan
tanggungjawabnya. Dia nekad. Hati Hakim perlu dijaga.
Xxxxx
Hanya mata bertentang mata. Hati sudah terusik jua. Hanya kilasan
pandangan tanpa kata. Cinta terpatri tiada suara. Hati Hakim lama sudah terpaut
sama Syahirah. Cintanya dalam diam membuatkan Hakim lebih tabah dari
sebelumnya. Baginya semua orang ada kisah lalu. Tak penting jika
diungkit-ungkit. Cukuplah sekadar kisah itu menjadi benteng isterinya di hari
kelak. Tiada apa yang boleh merubah hatinya yang telah tertawan sekian lamanya.
“Awak,” Hakim berpaling. Buku notanya ditutup rapat. Tak
mahu rahsia hatinya terbongkar.
“Saya ganggu ke?”
“Tak Sya. Meh duduk sini,” Syahirah takut-takut untuk
melangkah.
“Sinilah. Saya bukan makan orang pun,” Hakim ketawa.
“Saya sebenarnya…” Syahirah terdiam melihat potret di atas
meja kerja suaminya. Wajah sepasang suami isteri menghiasi meja itu. Dia tak
sangka Hakim menyimpan gambar perkahwinan mereka.
“Saya tahu awak nakkan jawapan tadi kan?” Hakim menghadap
isterinya.
“Aah. Awak kata malam ni kan?”
“Baik. Awak kena sediakan tisu dan telinga. Panjang jawapan
saya ni. Takut awak bosan lepas tu menguap sampai keluar air mata,” Sakatnya.
Syahirah serius.
“Okey, saya Hakim. Kawan sekolah awak yang dulu. Awak tak
perasan mana satu saya. Saya tahu. Sebab dulu awak dengan Nafeesa 24 jam. Saya ingat
lagi awak tak suka bergaul dengan laki. Saya suka pendirian awak yang satu tu. Setelah lama berpisah, kita berjumpa semula. Waktu tu saya baru balik dari Mesir.
Saya terserempak dengan awak. Berpegangan tangan dengan seorang lelaki. Hancurnya
hati saya. Sebab saya ingat awak dah kahwin masa tu,” Hakim memandang isterinya
yang tekun mendengar.
“Lagi…” Itu je respon dari Syahirah. Hakim sedikit kecewa.
“Saya jumpa Nafeesa. Dia ceritakan semua. Saya tak sangka
Syahirah yang saya kenal boleh jadi begitu. Saya pun membawa diri. Saya balik
kampung. Kerja kat sana setahun. Dengan harapan awak berbahagia dengan pilihan
hati awak. Tapi berita awak dan dia clash membuatkan saya berkobar untuk
mencuba nasib sekali lagi. Alhamdulillah sekarang awak dah pun jadi milik saya
yang sah,” Hakim menutup kisah lama.
“Tu je?”
“Yalah tu je. Kenapa?” Muka berkerut.
“Saya tak puas hati. Macam mana awak boleh terima perempuan
macam saya ni? Macam mana awak sanggup nikah dengan saya yang dah tak…” Hakim
menghentikan kata-kata isterinya dengan meletakkan jari di bibirnya.
“Syyyhh. Awak tak baik cakap macam tu. Inikan takdir. Saya percaya
jodoh saya ialah awak. Walaupun bertahun lama hati ni memang untuk awak
seorang. Soal masa lampau awak tu biarlah jadi sejarah yang mematangkan awak. Saya
pun manusia biasa. Tetap ada buat silap. Awak jangan bandingkan diri awak
dengan saya. Awak insan kesayangan saya. Mustahil saya nak menolak awak dengan
hanya kerana sejarah dulu. Saya tahu awak dah berubah. Saya tahu awak dah tak
macam dulu. Saya tahu,” Tangisan si isteri menderu.
“Hakim, awak baik sangat. Tak terbalas budi saya rasa. Awak…”
“Dah, jangan nangis lagi. saya ni memang dah ditakdirkan
untuk mengelap air mata awak agaknya,” Jarinya pantas menyapu mutiara yang
jatuh dari tubir mata.
“Siapa suruh awak lapkan?” Dia mencebik.
“Eh tak suka ke?” Hakim risau. Syahirah hanya menggeleng
laju. Pantas isterinya ditarik dan dipeluk erat.
Hati Hakim berbunga. Penantiannya
berakhir sudah. Cinta si isteri akan dibaja hingga tumbuh hasilnya. Dia percaya
dengan takdir Allah. Dia tahu suatu hari nanti pasti bahagia milik mereka
selamanya.
Nota Iffah: Masih mencuba dan terus mencuba. Kritiklah kerana aku masih lagi sedang belajar dan cuba mengubah menjadi lebih baik. Seperti yang aku janjikan. Nama Hakim sempena dia berjaya teka harga air.
Ps: Dia menghilang lagi.
12 comments:
best2,,teruskan menulis =) btw tq ye,,
tekun mata saya membaca satu persatu.. Tak pasal2 air mata saya bergenang.. ehehe. Siyes. Sedih lah kisah ni..
Hebat jalan cerita penulisannya. Ada sambungan ke ni???
"saya ni memang dah ditakdirkan untuk mengelap air mata awak agaknya"
Paling suka ayat ni. Mengharukan.. touch terus ke dlm hati :)
si Hakim tu memang 'hensem' habis!!
Hakim terbaik... Kalau ada org tersilap langkah, kita bantu dia betulkan semula langkahnya... Bukan menghina....
best cerite awak. mantop!
Nadh nk jadi tukang lap air mata juga, leh x? Weeee
nice...=D
pnjangnya cerpen,leh buat novel lepas ni..
slmt malam^^
macam kenal jek watak laki tu macam sape
nak suami mcm hakim T_T
pg2 lg dh bkak cerpen nie, dengki pakcik tue sbb dpt bce dlu dari akak..hihihi..
ok bru nk komen pasal cerpen..
best!!!! suka sgt.. bukti cinta seorang lelaki bkn diukur pada apa2 pown.. cinta sejati yg ikhlas dari hati,, suka suka,,,, :D
hahahaha, lama dah xberangan
Post a Comment