ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sebenarnya lama dah aku perhatikan lawak yang bersepah di muka bumi ni. Biasanya berkait rapat dengan lucah. Aku pun sokmo gelak kalau ada lawak berunsur lucah. Bukan bermakna aku suka benda lucah. Tapi ia lawak.
Tapi bila menjadi-jadi lucu yang berbaur kelucahan melampau membabitkan keterlaluan dan bertentang dengan norma. Aku rasa kita pun patut sedar. Yang tak semua lucah itu lawak. Kalau pelawak kreatif, dia mampu buat lawak tanpa menggunakan unsur lucah.
Siapa tak suka dengan kelucahan sedikit kan? Dah memang manusia macam tu. Dengar je boleh jadi bahan lawak.
Tapi sedar tak yang benda tu dah berlebihan. Dah jadi kebiasaan di setiap mulut manusia beragama Islam khususnya.
Tak malu ke anak-anak kecil dengar dan ikut. Kadang benda tu dah membabitkan aib orang. Tapi seronok pula kita ketawa? Seronok biarlah berpada. Banyak lagi benda lain yang boleh dijadikan lawak. Lucah tak semestinya lucu. Lucu pula tak payah guna lucah pun tak apa. Fikir jauhlah sikit. Asyik-asyik lucah. Grrr.
Ps: Dia tak macam ni.
12 comments:
hmm betul tu iffah..as if lawak berbaur lucah ni dah jadi bhn utama utk berlawak lak skang ni..
tak payah la kot.
Betul..betul..betul, suke buat double meaning. Tapi orang dengar pon orang suke. xfhm betul. ermm
tak suka jugak lawak lucah2 ni..
Aku pula suka lawak yang ada unsur pengajaran... Lawak yang sedikit lucah tetapi penuh dengan pengajaran yang mudah kita fikirkan :)
Tapi banyak juga lawak yang tak perlukan 'kelucahan'!!
*rasa macam nak post satu after baca n3 iffah ni :)
akak pulak jenis x blh blah klu ade ceramah2 agama yg selit unsur lucah nie.. kursus kahwin sokmo ade bahan cm tue..
dlm maharaja lawak mega pun b'sepah double meaning. klu too much mmg xsyiok terus nak layan!
betol tuuu :P
assalamualaikum iffah...betul2 x suka lawak berunsur lucah ni...:)
betul tu awak tapi tu la typical of world nowadays.. suka lawak tapi mesti diselitkan dengan unsur lucah.. btw semua tu pemikiran yang disalurkan oleh yahudi sejak kita kecil lagi..
awak2 saya memang tinggal kajang.. huhu.. oke nanti bleh jalan2 metro point blanja cool blog.. ahaha
Unsur camtu selalu sangat dijadikan bahan penarik minat. Makin kotor la minda orang yang dengar. Bukan tak boleh buat lawak atau bergurau, tapi kalau kotor aje cerita, geli la weih...
zaman skrg suka benor buat lawak lucah..
er nak kdg2 menyampah jugak
k la klu xmo cool blogsebab banjir kita layan sushi king ke, ayam penyet ke kenny rogers ke? wakakaka *banyak pulak duit aku nak blanja semua ni.. kikiki :p
Post a Comment