ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Malas nak tunding jari. Orang tu kata dia. Orang ni kata orang lain. Sudah-sudahlah menyalahkan orang lain. Kita konon nak tunjuk baik. Konon nak bagi nasihat. Tapi kita juga penyumbang kepada penyebaran aib orang. Maaf pada yang terasa. Tapi aku dah muak dengan semua ni!
Macam mana caranya?
1. Post bukti seperti gambar peluk, raba, cium dan segala yang mengaibkan dan mendedahkan aurat. Tak pasal kita pun join sebar dosa orang. Kita pun dosa sama sebab seronok tayang aurat dan aib orang lain.
2. Print screen kata-kata pesalah. Ni nak tunjuk dia tahu semua. Jadi bila dia post konon nak jadikan bahan iktibar. Tapi caranya salah. Dosa dia dengan orang tu takkan terampun kalau dia tak mintak maaf. Mana nak kejar orang tu masa kat Padang Masyar nanti.
3. Fitnah. Kalaulah benda yang disebarkan salah. Tak ke jatuh hukum fitnah. Lupa ke memfitnah orang adalah berdosa besar. Kerana fitnah segalanya boleh berubah.
Kesimpulan, jangan sibuk jaja aib oranglah. Ambil iktibar sudah. Kalau nak nasihat pun, tak payah nak buat semua ni. Nak lagi baik, jangan nak beritahu siapa nama dan apa-apa maklumat tentang cerita untuk dijadikan pengajaran tu. Banyak lagi cara nak nasihatkan orang.
Ps: Dia pun jagalah diri.
14 comments:
nauzubillah..xmau jaja aib org T_T
betul..
:)
sng ckp..jangan menyibuk hal org lain...blh nasihat tp berpada2..
assalamualaikum iffah...moga dijauhkn dr semua itukan...:)
ah.. stuju sangat..
mudah jea klu kita nak aibkan seseorang tu bila terjebak dlm dunia teknologi skrang..
kdg2 tu xsengaja.. pada dasarnya nak nasihat tp terlepas plak.. btw.. kena berhati2 la kiranya klu nk mention sumthing ;)
sibuk nak kutuk orang,tak sedar diri dah telanjang...adehh
thank nasihat berguna buat sy..
terbaik!
suka post nih <3
Ada byk cara nak sebarkan kebaikan... Tapi lebih ramai guna cara dan medium itu untuk sebar keburukan... Ruginya kita....
Rasanya ai bersetuju dengan pendapat yu ni..
hehehehe
betul juga tu..adess terkena diriku..
betul tue... nk2 pulak klu org tue dh bertaubat tp kte sebok nk jgak bkak aib die yg lepas...
Ni lah kalau perantaraan tanpa suara ini disalahgunakan oleh sesetengah individu.
takut kan? ummm.. moga kita dijauhkan aa. :D
suka cara jiran share sesuatu. :) trademark kamu. :D
setuju bebeno..nak kata bg iktibar tp die dok burukkan org tu..
Sekarang ni dieorang yang buat tu dah tak ingat dosa pahala. tu la jd mcm tu... simpang malaikat 44 la :)
Post a Comment