CORETAN TERBARU NADH

Adakah aku?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Bagus blogger ni. Membuatkan aku terfikir. Segala kekhilafan aku membuatkan aku menangis dalam hati. Adakah aku setabahnya menjalani hidup seharian. Adakah aku bisa berjalan ke surau jika aku sepertinya? Adakah aku bisa menaip jika aku juga kurang sesuatu seperti?

Pasti aku tak boleh melakukannya. Sesungguhnya ujian itu amat berat dipikul. Dan hanya orang bertuah seperti beliau dapat mengharungi dugaan hidup. Aku bersyukur. Masih dapat berjalan, bercakap, menaip dan semua. Rupanya ada hati lebih cekal dari kita yang sempurna pada fizikal. Namun, sedarkah kita mental kita masih belum kuat menerima dugaan seperti beliau. 

Aku sungguh kagum dengan keberanian. Kejujuran beliau. Sungguh terpana. Senyuman ikhlas terpancar dari muka. Sungguh beliau blogger sejati. Aku terpanggil menaip kerna beliau adalah Mohd Sukur Ibrahim. Mungkin itulah hikmahnya nama beliau. Sungguh Allah sangat bijak merencana. Kita tak tahu nasib kita bagaimana pula. Sma-sama muhasabah.

Ramai meninggal kebelakangan ini. Sudahkan kita semua bersedia menghadapi mati? Renungkan bersama. Wassalam.

 Post by,
Miss Ran 

2 comments:

Mohd Sukur Ibrahim said...

terima kasih..doakan yang terbaik utk anda juga..

Unknown said...

terima kasih daun keladi..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers