ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku drive konvoi tadi. Dua kereta. Kira konvoilah kan. Alhamdulillah selamat sampai walaupun agak mengantuk. Member aku selamat dah ke KL agaknya. Oh berbalik kepada tajuk.
Masa traffic light yang lama, aku terpandang dua bangsa asing. Bangladesh mungkin. Berpakaian lengkap untuk menunaikan solat jumaat. Tahu apa kaum kita buat? Kaum kita masih di stesen minyak, masih di jalanan entah mana tujuan, masih berpakaian kerja formal.
Buat aku terfikir. Kaum siapakah? Yang muslim. Ya sama agama dengan bangsa asing tapi kenapa sikapnya lain sekali? Mungkin mereka terikat dengan kerja. Setahu aku bangsa asing sangat memerlukan kerja di sini. Sedangkan kaum kita memang dah diberikan keistimewaan.
Takkan negara Islam tak benarkan mereka keluar lebih awal untuk solat jumaat? Masjid dekat je. Dua bangsa asing sedang berjalan kaki. Hurm manusia yang selalu lalai. Manusia yang selalu melengahkan kerja apatah lagi ibadah. Segerakan pekerjaanmu wahai sahabat.
1 comment:
tu la.. pelik kan bila ingat2 balik..
malu dengan kaum sendiri..
Post a Comment