CORETAN TERBARU NADH

Peliknya manusia

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku dari semalam asyik pelik je. Haha jangan marah ye para pembaca. Erk pembaca? Ada ke? Hehe ni aku nak bincangkan pasal satu isu memang sangat lapuk. Dari aku belum lahir lagi dah wujud. Isunya apa? Balik raya!

Memandangkan sekarang musim nak dekat raya. Semua sibuk cari masa nak balik kampung. Kawan aku ada utarakan suara hatinya. Dia nak sangat balik malam raya. Macam betul-betul nak raya lah tu. Bila malam raya baru excited je kan?

Bila dah pilih kerja jadi cikgu yang sememangnya cuti panjang bila masuk bab raya. Macam kitorang 26 dah boleh balik rumah. Jadi banyak masa nak balik kampung. Dia kata tak seronok. Sebab dah melepak kat rumah lama. Tak rasa nak raya. Rasa biasa-biasa.

Tapi tengok entry papa Hisyam yang kerja di hospital. Kawan-kawan lain tak dapat cuti pun. Dapat dua hari. Macam kakak aku jugak. Nak honeymoon pun tak sempat. Padahal kerja kerajaan jugak. Sama macam aku nanti. Tapi itulah specialnya jadi cikgu.

Manusia selalu berbalah. Nak rasa benda lain dari yang lain. Cikgu nak jadi nurse. Nurse nak jadi lawyer. Lawyer nak jadi businessman. Sebab manusia berubah. Cepat sangat cemburu. Bagi aku dapat kerja pun dah cukup baik. Memanglah tak seronok sebab setiap tahun muka ni je kemas rumah, buat kuih raya. 

Yang lain balik lepas raya, malam raya, seminggu lepas raya. Tapi tak apa. Bersyukur dengan apa yang ada. Aku nak buat kuih raya dah. Mak-mak buyung mengada nak makan air tangan aku. Tak faham. Dia mengandung, dia mengidam. Aku pulak yang kena. Efek kot=P

Ps: Hope dia tak mengidam. Erk dia lelaki boleh mengidam ke?

8 comments:

Hafizin Jamil said...

lelaki boleh je nak mengidam...saya mengidam ni awak..

Luqeem™ said...

lelaki boleh mengidam..:)

mnusia tak pernah puas dgn apa yang dia ada..biasa la tu..

Asyikin said...

manusia mmg mcm tu, selagi diorang tak merasa selagi tu takley nak ckp ape :)

Qaseh Dalia said...

manusia takkan pernah puas ..tanpa sedar kita pun seringkali melaluinya ..

Unknown said...

akur asa cam pendek je cuti..

Sunah Sakura said...

i la yang cuti panjang mengada2 ni? :p

maszull said...

salam iffah...lelaki pun kekadang ada yg mengidam tau...

isteri yg mengandung lelaki plak yg mengidamnya...

lelaki mengidam lagi teruk dr perempuan...

p/s tadi mama buka blog iffah kuar warna merah,mama ingatkn iffah dah tukar color...mungkin lambat loading kot time tu...:)

K said...

untunglah boleh mengidam~~

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers