CORETAN TERBARU NADH

10 perkara romantik aku teringin buat

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

Okey masuk mood gedik. Sedang layan cerita jiwang. Tetiba terfikir banyak benda yang aku nak buat. Maksudnya, masa akan datang kalau diizinkan. Harap dapatlah ye. Nak buat dengan encik suamilah. #berangan

1. Naik basikal yang double tu. Ala yang dedua orang kena kayuh. Macam sweet je kan?

2. Naik belon udara panas. Walaupun aku gayat, tapi aku suka. Kan ada encik pendamping jaga. #berangan lagi

3. Berlari di pesisir pantai dengan pakai skirt labuh. Wakaka sangat gedik bukan? Suka pantai. Dengan suami lagilah rasa indahkan? Okey ada orang akan kata aku wajib kahwin. :-P

4. Memasak sama-sama. Ini sangat romantik. Ini tak isteri je bersusah payah masak kan? Korang rasa?

5. Travelling. Nak pergi negara orang dengan sebuah beg galas besar tu je. Bersama si suami jugak haha.

6. Berkayak. Oh sangat teruja berkayak dengan member. Dulu ada pasang angan-angan ni tapi belum kesampaian.

7. Jalan-jalan kat sawah. Oh sungguh indah bukan? Tengok ciptaan Allah. Aku suka sangat. Jom pergi Kedah errr.

8. Aku nak bergambar. Macam model tu. Ini lawak. Kawan aku selalu gelakkan aku bila aku suruh ambil gambar aku. Cis taulah aku tak layak. Tak apalah, harap bakal suami rela jadi tukang ambil gambar yang setia. Bukan untuk tontonan umum. Untuk kepuasan diri aku je. Tak salahkan?

9. Aku teringin bawak kereta dan mengelilingi semenanjung. Rasa tu cabaran untuk diri sendiri. Hebatlah kalau aku boleh drive lagi kan? T___T

10. Pergi haji atau umrah dengan si suami. Bak kata cikgu aku, hantaran paling baik masa nak kahwin nanti. Sengaja aku tulis bawah sekali. Nak tengok korang baca habis tak. Yang ni paling aku teringin. Suka sangat!

Okey, sesiapa yang tak ada idea bolehlah senaraikan macam aku ni. Seronok campur sedih. Aku tahu ada yang tak mungkin terjadi. Kita cuma merancang. Jangan putus harap dengan Allah. Selamat untuk korang ;-)

Ps: Mesti dia rasa gedik je aku ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

15 comments:

ReramaBiru said...

~semoga tercapai..hehe
ada jugak yang sama teringin..:)

Nong Andy said...

Insyallah Iffah boleh drive balik. Cepat sembuh ya!

*Kalau tau hantaran paling baik tu pergi ke rumah Allah..kat bgus! Tapi masa tu gatal nak kawin. mak bapa minta duit sebagai hantaran aku angguk jer!

Luqeem™ said...

insyaAllah bleh buat semua tu, tp jgn trlalu meletak harapan, anggap bnda2 mcm tu sperti sebuah hadiah misteri yg belum dibuka..:)

Unknown said...

rasanya semua kat atas realistik.. semua boleh jadi.. no problemo lah...

yakin! usaha!.... chaiyokkk

Aisy Nasiha said...

ni mesti terpengaruh dengan filem hindustan ni...hehe

Unknown said...

Iffah pas nikah nanti leh je tunaikan smeua impian Iffah ne..sekarang simpan je dulu..

fRaMe+LenSeS said...

Boleh tu. Amin2.

Kira Sakura said...

insyaAllah usaha bg smpi dapat..
semua tue x mustahil.. akak doakan... =)

Asyikin said...

NO 3 tu memang gedik sangat-sangat. hihihihihih ;p

Unknown said...

yg pergi umrah tu aku dok tgh usaha

Naniey TJ said...

xpyh g swh kt kedah pah.,.... dtg je kg aq.... msih ad sawah yg t'bntg indah....stkt ko nk b'sadai tu blh la.....hahahahaha.... kn korg nk bt prewedding aq kt swh...blh la ko join skki min lumpor 6t....hikhikhikhik....

yg psl msk tu, bkn msk jew nk sme2... keje rmh smua sme2...lg romntik klu si suami rngn tngn tlg bt keje rmh.... btl x????

tp ble i bece smua komen i t'prsn la ad smthing wrong smewhre....huhuhuhu

reenapple said...

sweet argh..=)

PUCCAnis said...

semoge tercapai sume nye..heeee

Sunah Sakura said...

i pun nak masak sama2.......

aamalinaazman said...

kikiki
awww~
macam ni rupenye cucu opahhh
opah doakan ye =]

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers