CORETAN TERBARU NADH

Assalamualaikum

Ehem islamik sikit hari ni aci tak? Terasa nak jadi Ustazah pilihan. Tau aku tak ada tokoh. Berangan sudah. Ni nak cerita pasal budaya beri salam. Selalu kita nampak orang makin malas bagi salam.

Termasuk aku. Haha. Kalau chat ke mesej tak ada mukadimah pun. Kalau chat dengan jiran, dia akan bagi salam dulu. Malu sekarang. Tapi aku dah mula praktikkan. Maklumlah aku malu kot kalau benda mudah macam ni aku tak boleh buat.

Ecah yang dua tahun tu lagi hebat dari aku. Setiap kali masuk pintu mana-mana kat dalam rumah akan cakap Assalamualaikum. Bila tengok baby pun dia akan cakap Assalamualaikum. Tiru atuk dia.

Kanak-kanak dua tahun boleh bagi salam apatah lagi kita? Tak malu ke? Jadi, mulai sekarang rajin-rajinkan bagi salam. Kat entri pun mulakanlah dengan memberi salam. Tak susah pun. Boleh edit setting blogger ni. Untuk automatik beri salam setiap kali tulis entri baru. Selamat beramal :-P

Ps: Ingatan untuk dia jugak.
Published with Blogger-droid v1.7.4

3 comments:

Unknown said...

aku sekang main taram je..kang aku bagi kang tak ramai yg menjawab

aamalinaazman said...

heeeeee
malu ah dgn ecah
hehehe

zahidah seran said...

kanak2 mmg suka bagi salam.
berapa kali kuar masuk rumah pun tetap bagi salam...
bagus jugak.
maknye kadang2 lupa..=)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers