Aku nak buat entri emo ni. Sesiapa tak suka klik pangkah cepat. Tak paksa pun korang baca. Kalau baca lepas tu menyumpah baik tak payah. Kan aku kata aku emo. Degil sangat nak baca perenggan seterusnyalah tu.
Apa maksud tajuk entri kali ni? Hal ini berkisar tentang perasaan indah dan sukar diungkapkan melalui kata-kata iaitu cinta. Cinta makin indah jika keduanya mempunyai rasa yang sama. Cinta lebih indah jika disulami dengan cinta yang Esa.
Tapi apa yang dirancang biasanya takkan seratus peratus menjadi kenyataan. Kita mengejar cinta si dia. Tapi dia tak berpaling ke arah kita. Malah ada pula yang mengejar kita untuk meraih cinta kita. Pening?
Aku suka kau. Tapi tak boleh nak luah sebab si dia dah ada yang punya. Tapi dalam masa yang sama bekas kekasih hati menagih cinta. Susahkan kalau macam ni? Kenapa tak perempuan tu balik je kat pakwe dia. Habis cerita.
Apa yang berlaku semua kuasa Allah. Siapa kita nak halang rasa cinta? Cinta pada bekas kekasih dah lama pudar. Namun, cinta yang hadir kini tak boleh dibiarkan. Takkan nak ganggu kebahagiaan dia pula?
Benar kata orang cinta tak seharusnya memiliki. Alangkah baiknya kalau hati mudah membiarkan orang yang dicintai bahagia bersama pilihan hati. Alangkah baiknya kalau hati ni terima je cinta bekas kekasih. Tapi siapa kita nak lawan lumrah percintaan yang ada pasang surutnya.
"Ya Allah kuatkanlah semangat orang yang begini. Semoga dia temui cinta sejati untuk bersama mencari redhaMu. Ya Allah, bantulah manusia ini kerana orang putus cinta bisa melakukan sesuatu yang luar jangkaan."
Cinta memang pelik. Tapi jangan putus harapan. Kejarlah cinta Allah nescaya Allah akan beri kamu kebahagiaan di dunia dan akhirat. Percayalah wahai hati!
Ps: Dia bahagia kini.
Published with Blogger-droid v1.7.4
6 comments:
opah doakan "orang" itu menemui pelangi nya dalam waktu yg benar2 sesuai dengan keadaan "orang" tu =)
insyaAllah=)
ko jatuh cinta kt sape plak ni??harap bukan aku..hahahaa
tapi mmg aku harap ko jatuh cinta kat sifu
tak perlulah mengejar cinta yg sudah dimiliki org lain,,,buka mata luas2 pasti ada insan lain yg lebih layak memiliki hati kita,,,
mencintai tapi tak dicintai mmg perit.
kdg2 mintak Allah ambil balik rasa cinta yang dipinjamkan untuk kita tu..
sebab tak kuat melawan rasa.
sama emo tak?=P
bukan semua yang kita nak kita boleh dapat kan ... jer was here .
Post a Comment