CORETAN TERBARU NADH

Lelaki memang macam tu eh?

Inilah persoalan yang aku nak tujukan untuk lelaki. Aku musykil sebab lelaki memang suka melayan. Memang tak semua. Tapi aku dah utarakan soalan kat seorang lelaki. Dia yang tolong senaraikan jawapan. Aku salin semula je.

Dia kata lelaki macam ni ada beberapa jenis.

1. Uji pasangan. Nak tengok tahap kecintaan tu. Kalau cemburu tanda sayang. Lagi satu nak tengok sejauh mana perempuan tu sabar dengan perangai suka melayan perempuan lain. Nak tengok cara perempuan tangani masalah macam tu.

2. Jumpa perempuan lagi cantik. Mulalah nak mengayat. Walaupun tak serius tapi tetap melayan.

3. Dia boring sebab makwe yang ada mengada, tak reti jaga hati dia, selalu tak faham dia. Selalu merajuk. Buat dia menyampah dan mula cari pengganti.

4. Yang ni pulak dia memang suka layan perempuan istimewa. Walau bukan makwe dia sekalipun. Memang sikap dan layanan amat berbeza buat perempuan tersalah erti.

Bagi aku, lelaki memang ada aura tersendiri. Walau dia kata dia layan macam kawan biasa tetap ada luar biasanya. Dia bukan kasanova. Cuma memang lahiriahnya begitu. Semua perempuan dia ambil berat. Semua dia layan dengan baik.

Tapi dalam tak sedar layanan boleh buat orang jatuh hati. Yang perempuan hatinya mudah tersentuh. Nak-nak masa sedih. Lelaki hulurkan tisu pun dah cair. Inikan pulak ayat manis. Gurauan yang ada berbaur sayang disayang.

Jadi lelaki awasi tutur kata dan tingkahmu. Jangan melayan lebih dari sepatutnya. Dan perempuan, jangan mudah tertawan dengan kata-kata manis lelaki. Ini fakta. Sekalipun lelaki tu tanya benda mudah.

Contoh: Dah makan ke belum? Tak makan nanti masuk angin. Siapa susah? Saya jugak.

Ingat! Kalau dah ada makwe atau isteri buatlah macam dah ada. Jangan perangai macam single sokmo. Kesian perempuan yang lembut hatinya. Yang perempuan, dah tahu dia ada pasangan jangan pulak melayan sama. Kang ulat bulu naik daunnnnn. Pesanan ini ikhlas dari aku. Sebarang ketidakpuasan hati tanggungan sendiri :-D

Ps: Dia tergolong jugak ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

13 comments:

izuddinrahim said...

err.. apsal semua kena dgn diri gua? haishh.. nasib baik single lagi, so takpelah kannn? haha

Unknown said...

dah lumrah kot lelaki seperti itu

ishiko said...

begitulah selalunye...
perempuan kena jaga2..

Unknown said...

erm dah sifat lelaki caring

Cik Bambam said...

half truth half not.. same goes to women jugak kot.. :)

Hafizin Jamil said...

lelaki caringkan..tak leh nak salahkan dia

Unknown said...

sifat caring yg x bertempat

reenapple said...

yes.. kita setuju 100% dengan kamu... =)

mas saari said...

ada yg camtu, ada yg tak kot? hehehee

aamalinaazman said...

kekekeke
teringat sembg dgn kak ngah semlm
hihihi
kak ngaaahhh
plisss do take cre of ur heart taw!

tamlegend said...

bukan kasanova...takde salahnya mengambil berat...berkawan biar beribu berkasih biar satu...

K said...

bukti lelaki caring

KaK LimAh Si SupiR said...

hummm..nk bwat mcm mane..kite laa yg kene tabah kan hati sket

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers