CORETAN TERBARU NADH

Display picture

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hari ni aku nak bebel lagi. Sila bukak mata bukak hati. Idea datang apabila classmate aku post kat group private. Ayatnya berbunyi begini;

"Aku baru perasan kebanyakan classmate kita tak guna gambar sendiri untuk display picture FB. Malu ke?"

Lebih kurang macam nilah ayat dia. Salah betulkan eh. Aku nak kupas isu ni. Lagi dan lagi. Maaf ulang cakap benda sama. Maklumlah manusia mudah lupa. Eloklah diingatkan. Aku jawab bagi pihak aku dan pandangan aku jelah eh. Kalau tak suka klik je pangkah tu.

Kenapa aku tak letak gambar aku kat display picture tu? Malu ke aku? Mestilah tak. Biar aku senaraikan ye.

1. Tak nak tambah dosa sebab aurat sesuka suki ditayang kepada bukan muhrim. Cukuplah kat luar orang tengok. Kalau kat FB punyalah ramai mahluk yang bukan muhrim. Berapa banyak dosa aku nak kumpul? Aku dah rasa mati hidup balik. Aku tak nak mati bawak dosa yang boleh aku elak. 

2. Aku misteri. Orang kata kalau misteri lagi ramai yang ingin tahu. Macam tu jugak aurat. Kalau semua dah dedah apa lagi misteri buat sang suami? Tak ada dah kan? Tak istimewa? Memang. Jadi biarlah aku menjadi orang istimewa itu. Korang nak join?

3. Bahaya mandrem. Korang senang-senang posing sana sini. Orang pun senang je mandrem via FB. Ingat tak boleh ke? Jangan tanya kenapa tetiba kau boleh syok kat dia sedangkan dulu kau benci sangat dia. Jadi kalau rasa diri pandai tayangkanlah kepada seluruh dunia. Bukan setakat mandrem, culik buat sup pun boleh.

Cukup 3 je. Ini pendapat aku je. Korang terasa maaflah. Aku cuma bagitau apa yang aku rasa. Misteri buatkan kita rasa ingin tahu yang lebih dan lebih lagi. Kan seronok tu? Cuba tanya lelaki punya pendapat pulak. Okey, opah sila baca. Sebelum kempunan kan=P

Ps: Dia penjeles sejati.

10 comments:

aamalinaazman said...

okeh opah dah bace
sile hupdate dgn byk sebelom opah kempunan ye
aah
suke boh gambo bukan sendiri
heheh
awww..yg misteri tu sy suke!

K said...

alien misteri

SoLy SoLicious said...

sy kdg expose...kdg x..hee

Unknown said...

kalau lelaki tayang DP cam ner ye

Woofer Storm said...

tak suka letak pic muka..kalau tayang takut ramai yang muntah..heeee

follow sini..no baik punya 1771

Addin said...

addin tak suka tayang muka sendiri. hoho

Dayang Deno said...

itu kita punya hak la kan nak letak gambar kite ke tak kan... deno kdg2 gambar sendiri tapi yg byk kt fB tu gambar anak buah jew... sayang kat anak buah sgt2! iffah sihat? :)

mas saari said...

ikut keselesaan masing2!
tapi janganlah letak gambar yang menghairahkan pulak..

QasehSuci said...

samalah ngan Qaseh..utk keselamatan diri...

Faaein Talip Roy said...

kalau letak gambar sendiri pun.. tak akan sesekali dedah tang muka.. cukuplah tangan ke yang terkeluar di blog.. hahaha..

ataupun tutup muka dengan kamera.. langkah2 keselamatan jugak tu.. hehehee...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers