CORETAN TERBARU NADH

Puisi buat Mereka

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Sejak itu aku terkelu
senyum aku bukan palsu
bibir mengatakan sesuatu
namun aku masih buntu

minda sesak selalu
letih yang mengharu
sibuk hanya ku tahu
hati ini tiada sembilu

ku gusar menanti waktu
senangdung kian berlagu
tiap detik makin berlalu
buat aku kian terburu

angin kencang menderu
dada berombak laju
sepi menanti rindu
hati dipagut terharu

Telah aku sumpah dahulu
bahawa kasih akan bersatu
senyum manis di kalbu
tanda kita akan menyatu

Buat pasangan bahagia Si kentut dan Si comel. Semoga majlis kamu berdua berjalan lancar=) Dan bahagia hingga ke akhirat kelak.

 Post by,
Miss Ran 

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers