ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
klik untuk join! |
Aku ingin berubah. Mudahkan ayat itu? Tapi sejauh mana manusia yang berkata seperti itu akan berubah? Aku pernah ingin berubah. Pernah sudah berubah dan kembali seperti sediakala. Kenapa? Sebab aku tak cukup kuat untuk berubah. Karangan ini karya asal aku. Tak ada unsur plagiat. Dan 'aku' tiada kaitan dengan sesiapa. Ikuti kisah 'aku muslimah sepi'. Sekadar perkongsian rasa=)
Aku seorang muslimah sepi. Yang hanya bertemankan rakan taulan dalam dunia asrama. Muda remaja pasti inginkan keseronokan. Aku juga begitu. Siapa tak mahu berseronok? Namun, kisah seronok hanya sementara. Aku adalah muslimah yang tak pernah menanggalkan tudung buat tatapan lelaki. Sungguh bukan untuk berbangga.
Tapi keluargaku telah mendidikku dengan baik sekali. Entah mengapa. Aku berubah. Aku mula mengenakan baju yang lebih labuh. Stokin dan stongan menjadi kewajipanku. Aku gembira kerana ada teman yang menyokongku. Dialah yang menyedarkan aku apa itu aurat.
Aku suka dengan perubahanku pada zaman persekolahan. Bahkan pergi KLCC untuk keluar berjumpa rakan lelaki bersama teman juga aku tak lupa memakai stokin. Sehingga lelaki itu bertanya,"Kenapa pakai stokin hitam? Kan panas ni," Aku hanya senyum. Aku jawab,"Suka," Dalam hati tak sekelumitpun rasa malu ketika itu.
Hari demi hari aku berubah lagi. Kali ini bukan bertambah baik. Aku mula meninggalkan stokin dan stongan. Malah sudah terlupa yang aku dulunya si penjaga aurat. SPM meninggalkan aku dengan sejuta kebebasan. Aku suka dengan kehidupan baru. Aku mula mengenal dunia malam. Aku mula mengenal erti jeans.
Dulu ayahku pantang bila aku menyatakan hasrat memakai jeans. Baginya itu adalah pakaian tak elok. Sedangkan ayahku tak pakai seluar itu. Jadi kesempatan kebebasan di dunia baru aku mula memakai jeans. Tapi pilihanku yang longgar. Aku masih malu untuk tayang susuk tubuh. Bajuku mula mengecil dan perlbagai rupa dan warna.
Aku suka fesyen. Aku belajar tentang istilah skinny, low cut, bundle. Aku juga tahu tentang jenis gaya rambut seperti curl, layer. Semua aku belajar. Aku suka. Aku belajar pelbagai benda baru. Malah aku tak malu kata aku suka dengan perubahan ini.
Sehinggalah aku jatuh cinta. Aku jatuh cinta berkali-kali. Aku lupa diri. Aku biarkan diri terjebak dengan maksiat. Masyaallah. Sehingga aku sedar yang aku insan hina. Aku tak layak ke syurga. Aku takut menghadapi neraka kelak. Aku takut di padang Masyar ibu bapaku melihat perlakuan anaknya beberapa tahun ini. Aku takut. Akhirnya aku janji pada diri yang aku ingin berubah.
Perubahan kali ini masih dalam proses. Aku masih tak tahu bila aku akan kembali seperti dahulu. Yang jelas kesal tetap ada. Andai dapat aku undurkan masa. Tapi apakan daya semua telah berlaku. Ikutkan hati mati. Aku sedar kini. Aku perlu masa untuk kembali seperti dahulu. Sekian.
PS: 'Aku' tak merujuk kepada sesiapa. Mungkin kamu pelik kenapa aku tulis cerita ini. Tapi biarlah aku saja yang simpan rahsia sebalik cerita.
Post by,
Miss Ran
5 comments:
goodluck dear~
takutnye nak masuk alam laen selepas sekolah
mama kate dah takde sape nak nasihat nak marah
mama ngan abah je, tapi bile balik tentulah lagi lame dok kat sane
gud luck...
mcm besh je..
nak join la..
:)
Nadh suka dengan cerita kamu. andai siapa pun "Aku" dalam cerita. kita sama mendoakan dia akan berubah ke arah yang lebih baik. mendekati ALLAH tu yang sepatutnya.. Amin. :D
ya berubah menjadi lebih baik.. kadang2 allh uji kita dengan pelbagai cara, mungkuin "aku" dalam cerita ni diuji dengan kejutan budaya..
terima kasih sudi join. sebarang update terkini akan dimaklumkan di laman MO..tq
Post a Comment