CORETAN TERBARU NADH

Aku perlukan DANA!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Kelas kami telah merancang untuk membuat lawatan ke sekolah di sekitar Tuaran Sabah. Perbelanjaan setiap seorang dianggarkan hampir cecah seribu ringgit. Jadi siapa yang berminat nak menyumbangkan dana kebajikan seperti wang ringgit. Bolehlah mesej melalui mukabuku saya iaitu IFFAH AFEEFAH. 

Saya bukan memaksa. Hanya meminta sumbangan ikhlas daripada kalian. Sesiapa yang menyokong program kami iaitu melihat sistem prasekolah dan perbandingan antara sekolah luar bandar dan bandar di sekitar Tuaran Sabah bolehlah menghulurkan bantuan kewangan. Kami masih bergelar pelajar jadi masih belum ada punca pendapatan sendiri. Harapan kami agar pihak tuan dan puan yang mahu membantu agar menderma dengan ikhlas. Jasa kalian, Allah sahaja yang akan membalas. Sekian

Yang benar, 
Iffah Afeefah,
Pelajar PISMP
Ambilan Januari 2009.
"Guru pelatih"
Post by,
Miss Ran 

3 comments:

AnakPakZohar said...

projek under apa nie? buat lah banner ke... letak contoh gambar2 yang nak dilawati... boleh tarik lagi ramai orang =) dah mohon dekat kementerian ke, belia ke? saya penah buat.. mintak dekat menteri.. dapat dana =)

Unknown said...

atok setuju ngan yad'z...pastu leh mintak dana kat DUN jugak....
:)

Cik Pulau said...

huhhh!!! kalau bab mintak dana ni.. memang lemah sikit..
dulu pernah kitorang buat program kena sound sb asyik mintak dana je.. errr.. malu kotttt time tu..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers