ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
klik okey |
Pelakon kini:
"Esok kau dah nak nikah," Ayat sedih. Ujang berpaling. 'Apahal pulak Along ni. Gila ke apa' desis hatinya.
"Kau kenapa long?" Ujang sibuk membetulkan duduk. Tak selesa dengan inai di jari.
"Tak adalah kau kan dah nak nikah. Tak ada geng gath lagi," Along buat muka sedih.
"Geli gila kau nak sedih-sedih. Bukan aku nak mati pun," Ujang gelak sakan.
"Eh kau ni memain pulak. Aku serius beb," Along tampar bahu Ujang perlahan.
"Dahlah long. Kau jangan buat drama tak berbayar sini. Aku kentut baru tahu." Ujang gelak lagi.
"Damn! Ujang, kau tak habis-habis dengan kentut." Along gelak juga.
"Haha aku memang suka part kentut. Kau tak tahu betapa nikmatnya. Wah tak tergambar dek kata," Ujang menunjukkan muka semacam. Along seram.
"Kau ni ujang. Obses sangat dengan kentut. Kang esok tak berhenti kentut baru padan dengan trademark kau tu," Along gelak tahap gaban. Seronok dia mainkan orang berdarah manis.
"Kau, main kasar nampak," Ujang mengepal tangannya seolah ingin menumbuk.
"Eh rileks la der," Along cuak.
"Dah jangan mengarut pasal kentut lagi. Aku sentap tau,"Ujang membuat muka sedih.
"Eh aku lupa. Aku ada cerita nak story kat kau," Along bersila menghadap Ujang. Ujang sangat teruja.
"Aku nak cerita pasal member aku. Dia baru kahwin dua minggu lepas," Ujang bersinar-sinar matanya.
"Lepas tu?"
"Sabarlah jang. Lepas tu seminggu dia tak keluar rumah. Nak kata pergi honeymoon pun tak," Along menjeling Ujang yang sangat teruja.
"Ujang kau apahal? Muka semacam je. Seram aku nak cerita," Along gosok-gosok lengan meremang.
"Lah apasal pulak? Aku nak dengar cerita kau ni," Ujang pelik.
"Yalah aku sambung. Aku peliklah kenapa dia tak keluar rumah langsung. Jadi aku pergi selidik kat office dia," Ujang bertambah pelik.
"Apa jadi pada dia? Takkan mati kot," Ujang gelak sambil membayangkan sesuatu.
"Eh tak mati. Mulut kau ni. Cili nak?" Along geram. Ujang tersengih-sengih.
"Kawan kat office dia pun tak tahu mana dia tu. Dia ambil cuti emegency lagi," Ujang terangguk-angguk. Along senyap seketika kemudian menyambung.
"Aku pun terjahlah rumah dia. Rumah dia dekat je dengan rumah bujang aku tu,"
"Kau pergi sorang ke?"
"Aah. Soranglah. Kau ingat aku ni spesis kena berteman je ke?" Along geram.
"Nak tahu tak kenapa dia tak keluar rumah seminggu?" Along pancing minat Ujang.
"Mestilah. Aku rasa mesti dia bahagia dengan isteri dia. Tu tak nak keluar rumah langsung tu," Ujang tersengih lagi. Dia membayangkan Yana dan dia selepas kahwin nanti.
"Kau ni laju je teka. Aku belum habis cerita lagilah," Along geram. 'Ujang ni ada yang kena rebus dengan clorox.'
"Hah betulkan tekaan aku. Bosanlah cerita kau ni. Tapi suka loving ni. Boleh bagitau Yana ni,"
"Salah! Dengar dulu biar habis jang oiiiii,"
"Salah?"
"Ya salah, dia sebenarnya memang tak berniat nak keluar dari rumah tu sebab..." Along terhenti.
"Sebab apa long?"
"Sebab dia terkentut masa sesi potong kek. Kebetulan mic terpasang kat situ. Semua bantai gelak kat pengantin. Hahahahahaha." Along gelak besar. Seronok melihat muka Ujang berubah. Larian marathon berlaku. Ujang terkena=P.
Moral of the story:
Jangan berani nak kentut sembarang. Haha
Post by,
Miss Ran
5 comments:
ahahaahahahah, kes segan le nie
haahahhaahhhaahaha
terbaek!! hahaha...
hahahhaa..giler2....wakkakaka
ahahahaha...
gud luck.. tunggu yang cik pulau lak yer..
dalam proses!!!
singgah sini...thanks support :)
Post a Comment