ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku padam entry pasal video tadi sebab teguran dari jiran. Terima kasih jiran=) Dengan ini aku gantikan entry lain. Hari ni aku nak menjadi doktor cinta yang tak berapa hebat.
Aku ada baca satu status Encik Syahirul yang berbunyi begini "Tiada istilah, terjumpa orang yang salah kerana Allah tak pernah salah mempertemukan kita dengan siapa pun." Aku selalu dengar kawan-kawan cakap pasal ni. Mereka cakap kita akan jumpa orang yang salah dahulu baru jumpa dengan jodoh kita.
Aku yang naif pun mempercayainya. Biasalah manusia, benda baru dengar laju je mengiyakan tanpa tahu benda tu betul atau salah. Aku tak salahkan dia. Tanpa ayat di atas takkan aku tahu benda yang aku dengar selama ni salah.
Begitu indah rencana Allah buat untuk kita. Setiap pertemuan yang datang kepada kita pasti akan tinggalkan kesan sama ada baik ataupun buruk. Sebab pertemuan orang pertama itulah aku belajar sesuatu yang selama ni aku pun tak pernah sangka.
Sebab pertemuan orang yang kononnya salah tu aku jadi aku sekarang. Alhamdulillah. Inilah hikmah berharga. Untuk si dia, aku tak pernah berdendam. Dulu kita sama-sama salah. Salah mentafsirkan apa itu cinta. Sekarang aku masih tercari jodoh dari Allah. Bukan dari jin bukan dari syaitan.
Kalau kamu semua nak cari jodoh janganlah cari kat tempat yang tak baik. Contoh macam club. Serius walau apapun alasan dia ada kat club tu jangan percaya. Sebab orang yang baik takkan lepak di tempat yang sebegitu. Semua benda lagha. Tapi kalau suruh cari kat surau pun tak boleh jugak. Sebab pencuri pun ada kat surau. Tak percaya tanya jiran aku ni.
Berkawan dengan semua. Kenal hati budinya. Jika kau yakin dia adalah jodoh, buat solat istikharah. Minta petunjuk. Allah yang lebih mengetahui di sebalik setiap pertemuan=)
Ps: Tak tahu nak letak tajuk apa=)
7 comments:
setuju dgn entri...sukaa
yg terbaek, istikharah...mintak petunjuk Allah...insyaALLAH dpermudahkan segala urusan ttg jodoh ni... :D
sebenarnya yang bukan jodoh kita tu antara laluan untuk kita jumpa jodoh kita kan..
ALLAH susun comei dah. :) tunggu masa ja nanti, namun jika tidak berjumpa, tunggu ja la, mungkin jodoh kita menanti di syurga.. :)
hmm tu la kan. selalu je jumpa dengan bukan mr.right. hehe =D
tp tahu perasaaan tu bukan dibuat2 jugak.
ahax comel laa post ni.
btw~ jom masok contest menaip paling laju sama2 nk? saya suka menaip juga! hehe
bila ALLAH pertemukn & pisahkn kita dgn seseorg pasti ada hikmah nya ALLAh lebey tahu apa yg d rancangnya moga kita sbg hamba tak penah salah sangka dgn setiap ketentuan yg dah ALLAh tetap kn pd kita
Don’t be too hurry in love, find a man who can guide u not only in Dunya, but in akhirah. Who can pick u up when u fall, who can remind u when u forget, and definitely love u will all his might. =)
istikharah adalah jalan yg terbaik...WAALLAHUA'LAM
nantikan saja kedatangan jodoh masing2...
Post a Comment