ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tarik nafas perlahan-lahan. Buat regangan sebentar. Sementara idea ada biarlah dia menetas. Kesian terperuk dalam otak lama-lama kan?
Aku nak kongsi cerita pasal chopstick dan apa kaitannya dengan malu. Ni aku nak bercerita ni. Kan aku ada cerita aku makan kat restoran korean. Memang style korea. Chopstick yang diberikan pun besi okeh. Kalau korang nak tahu korea dengan China lain.
Sebab kaum Cina menggunakan chopstick plastik atau kayu. Cikgu aku bagitau. Salah info dia salahlah aku. Jadi bila guna besi agak sukar nak melekat makanan tu. Licinkan. Besi dia cylinder bukan bersegi-segi macam copstik biasa.
Kebetulan tempat kami makan memang sebelah menyebelah dan depan adalah orang Cina. Pengsan. Depan pun budak sekolah kaum Cina. Jadi kami dengan malunya meletakkan copstik dan pakai sudu garfu je. Aku memang tak reti guna. Terus terang cakap memang asyik jatuh je makanan.
Tapi aku suka mencuba. Kat rumah pun suka makan mi segera pakai copstik. Kalau dah komuniti rata-rata Cina kami jadi malu. Takut orang tertawakan kita. Tapi sebenarnya patut diorang bangga kan orang Melayu nak try makan macam budaya mereka.
Tapi aku tahu akan memalukan diri sendiri. Sebab tu aku tak pakai. Kalau dengan Melayu aku tak kisah sangat. Kesimpulan, seronok belajar budaya orang. Hehe jangan malu macam aku. Yakinkan diri anda mencuba sesuatu yang baru!
No comments:
Post a Comment