CORETAN TERBARU NADH

Melayu dan seks

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kenapa aku tulis entry berbaur lucah ni? Sebab tiba-tiba aku terfikir punya banyak filem yang menunjukkan aksi lucah sedar atau tak. Walau korang tak perasan tapi ibu aku yang dah masuk golongan tua bukan warga emas pun mengecop itu lucah.

Ini bukan aku kata. Tu pandangan seorang guru tehadap filem melayu. Belum tengok lagi video yang bertaraf antarabangsa arahan si dia. Kita ada agama. Memanglah kau berlakon tapi semua tu tak menghalalkan cara. Aku pun bukan ustazah yang mempunyai kelulusan agama.

Tapi aku adalah rakyat biasa yang menyuarakan pendapat terhadap filem serta video yang menunjukkan aksi terlampau yang boleh mengakibatkan remaja kini terikut-ikut. Senang cerita adegan seks. Perlu ke tayang? Mula peluk, lepas tu cium leher.

Walaupun tunjuk macam tu riak muka penuh berahi. Dah tu pakai pun tak boleh nak seksi lagi? Kalau dulu yang berskirt pendek tu seorang dua. Sekarang punya ramai pakai skirt atas lutut. Weh aurat dengan wanita pun tak tutup ni pulak aurat dengan lelaki atau wanita agama lain.

Terlalu mengikut tuntutan budaya barat. Orang barat buat macam ni kita ikut. Orang barat kata macam ni untuk berjaya kita pun ikut. Kita pun ada tokoh yang beragama Islam yang boleh kita teladani. Sibuk sangat mencari populariti dengan cara berlakon adegan panas.

Kalau sendiri tak sedar-sedar jugak dengan apa yang ditonjolkan tu salah di sisi agama Islam. Adik aku yang berumur 15 tahun baru tengok video tu tak sampai 30 saat pun kata video apa ni? Seksi betul. Kan tayang pakai baju tidur tu. Seksi pulak.

Hey kaum adam jangan kata korang tak terliur hanya dengan melihat perempuan berbaju tidur. Belum lagi aksi yang menggoda tak berapa jadi tu? Nafsu lelaki cuma satu. Kalau makin banyak filem dan video berunsurkan seks nampaknya makin banyak bayi kena campak. Lepas tu reti pulak berkempen jangan buang bayi.

Apa semua ni? Tolonglah tampar muka anda dan tengok bumi mana anda berpijak. Ni milik Allah. Sedarlah diri. Kau bukan saja menggalakkan dosa berleluasa tapi kau tengah kumpul saham untuk ke akhirat kelak. Jangan tanya aku kenapa orang hentam kau.

Ps: "Itu bukan pelakon yang buat adegan lucah dalam filem tettt. Ibu tak sukalah. Teruk benar!" Ibu yang cakap.

3 comments:

Muhamad Zulazwan Bin Chukop said...

itu lah dy...filem skrg ni dah tak boleh di jadi kan contoh...msj yg baik ade...tapi nk menunjukkan nye msti ade yg tak baik...ntah la...

-Yok mampir diluk = orang asli...bahaya pendakwah berbayar...

fRaMe+LenSeS said...

waahhh.. ustazah marah. hihihi..
**geli tgk video tu**

ariff said...

tu la kan.. walhal kalau nak buat samthing yg beri pengajaran pun buat la dengan cara yg bermoral siket kan..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers