CORETAN TERBARU NADH

Blogging itu risiko

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Huargh penat membebel kat anak murid yang konon hilang semangat. Aku serius ni. Jadi aku nak bebel kat korang pulak. Korang kena baca sampai habis jugak. Ini paksaan. Khususnya yang bergelar bloggerlah. Yang tak ada blog boleh klik pangkah.

Kenapa aku cakap blogging tu risiko? Sebab semua benda yang kita buat semua berkait dengan risiko. Kalau kau berani tanggung risiko teruskan berblog. Kalau tak tutup blog buat kerja lain. Main games pun risiko jugak. Kalau takut kalah jangan main. Senang. Sebab tu aku tak suka main games.

Sambung pasal berblogging ni. Bila kita ada blog mestilah nak blog ada follower, pembaca setia, pengomen tegar. Kalau blog sendiri tulis, sendiri baca dan sendiri komen umpama cakap sorang depan cermin. Tak ubah seperti orang kurang waras.

Seperti yang aku taip kat anak murid tadi. Antara risiko yang kita akan hadapi ialah risiko kehilangan...kekurangan...kesempitan..kekejaman...kesibukan...kelalaian...ketandusan...ketagihan...keburukan...Banyak lagi. Korang boleh tambah sendiri.

Jadi pesanan aku yang tak lama mana pun terlibat dalam berblogging ni, jadikan blogging medan membuktikan sesuatu. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Ingat tak semua boleh terima kita. Jadi hiburkanlah hati orang yang sanggup menerima kita dan blog kita.

Ps: Dia bagi aku task special pulak dah.

17 comments:

Lea Isnawi said...

dan yang pasti hati2 dgn apa yg kite tulis
sebab taktahu sapa yg bace blog kita

aamalinaazman said...

baek kak ngah!
selagi mampu
opah akan berbelog ye
wee,,
ni mesti bebel kat boboi eyh
huuuu

Fathiah Hamim said...

memang pun. kena berani menerima kecaman jugak!

Hafizin Jamil said...

baik cikgu

saya cello191 said...

kalau nak berblog...jgn separuh jalan ja..^^

Anonymous said...

memang risiko pon. sebab tak sume suke ape kite tulis. tak sume paham ape sebenarnye yg kite nak sampaikan. yg nak mengutuk & komen pon ramai.

Qaseh Dalia said...

insyaAllah dear

Sunah Sakura said...

dilanda kesibukan sambil melapis sambil blogwalking...

K said...

untunglah kuat bebel~~

aliarosli said...

hahhahha, kelalaian tue terasa.

dah cuti 3 4 hari kerja rumah tak wat gak

online je

Anonymous said...

risiko yg aku kena tanggung skang..ank2 murid aku 1 skolah dh tau sal blog ak..dh xleh nk wt sengal sngt..haha

tamlegend said...

risiko ke kesan buruk???risiko tu lebih kepada gagal...cikpipah mcm cerita kesan buruk je...takde risiko pun...blog mana ade risiko...sebab kita tak korban kan ape2 kan???hehehe salah ke???salah tolog tegur...

Luqeem™ said...

sntiasa enjoy..tp berhati2..

Faaein Talip Roy said...

cerita pasal blog.. memang 'berhantu'.. sekali dah terjebak.. susah juga bila nak mengelak..


p/s: memang lain pun.. blog baharu.. link pun baharu.. =)

maszull said...

salam iffah...berblog ni tempat mendpt kekawan baru....semoga semuanya tetap terus berblogging yer...:)

daiaziz said...

menulis lah dari hati

Anonymous said...

risiko saya ialah kemalasan. kalau sehari malas, esok lusa pasti malas. dan dalam hati akan berkata, ah esok lar aku update. tau2, x update apa2 sgt. omputih kata, lame. huhuhu.

blog is part of my life. apa macam, okay x? so, ianya bukan sekadar meluahkan pendapat saja, malah dijadikan medan perkongsian yg sihat. :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers