CORETAN TERBARU NADH

Kalau

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Teringat masa zaman sekolah. Sekitar 2006. Oh tua dah aku. Lupakan hal itu. Ni cerita pasal sekolah. Dulu ada persembahan. Adalah macam-macam event sekolah. Biasalah sekolah ada asrama. Jadi nak elak kami bosan. Inilah aktivitinya.

Antaranya nasyid, nyanyian dangdut, siaran langsung Al Kuliyah, Coral speaking. Lakonan. Macam-macamlah. Tak tersebut kat sini. Banyak sangat. Tapi aku nak bercerita tentang kalau. Kalau aku bukan jadi cikgu aku jadi apa sekarang? Mungkin aku jadi chef. Ehem sila percaya*

Kalau tu tak bermakna apapun. Sebab hidup bukan berasaskan kalau. Kalau ni sampai bila-bila kita takkan dapat apa-apa. Macam korang selalu sebut. Kalau aku kahwin dengan dia mesti aku bahagia. Tak macam sekarang. Mana kau tahu kau akan bahagia?

You are what you choose. Kalau tu jalan kau pilih itulah kau sebenarnya. Istilah kalau memang tak bermakna bagi aku. Sebab sampai bila nak angan-angan mat jenin kan? Kalau aku mati esok sempat ke aku bertaubat? Kena ke kata kalau tu? Jawapan aku silalah bertaubat sekarang. Kalau mati esok tak ke sia-sia je?

Jadi hentikan penggunaan kalau. Sebab kita memang takkan tahu apa akan jadi pada kita kemudian hari. Entah esok lusa kita akan mati. Ingat, aku nak pesan. Sila ambil langkah berjaga-jaga sebab korang terfikir tak apa akan jadi pada blog korang pada fb korang bila mati nanti?

Ada gambar tak tutup aurat? Ada makian? Ada entry berunsur fitnah? Selagi orang lain baca dan tengok semua jadi saham untuk kita di akhirat kelak. Jadi awasi kata-kata. Awasi tingkah kita. Sebab mungkin esok bukan milik kita.

ps: Aku di Mcd. Autopublish!

9 comments:

H.J said...

kalau la asyik di alam maya..hurmmm..

JIJI YU said...

aku akan wariskan blog aku pada hj..

aimie amalina said...

haaaaiiiit
if pon jgn gune dh k..


p/s: bawa balik opah sundae cone2 comei ye..kiki =p

lilypelangi said...

fuhh . terima kasih atas nasihat yer :)


pst , pergi mcD tak ajak ehh? heee

sergeant keroro said...

huhu T.T

p/s : nak wariskan pada opah la blog nanti :P

mas saari said...

nasihat yg berguna...

Cik Siti said...

nice la..hehe

Pure Mahabbah Fillah said...

assalam..waw sweett..

huhuhu syuker2..

nk bc sekali g lah..hihi

Sunah Sakura said...

kalau jika diimbau masa lalu dan ingin diubah jadi lain, tak elok...sebab tu bisikan syaitan yang mahu kita tak redha dengan takdir... :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers