CORETAN TERBARU NADH

Rotan tebal cikgu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Teringat zaman muda dulu. Umur 10 11 tahun dulu. Aku selalu kena rotan. Aku adalah anak yang tak mendengar kata. Haha jahat jugak aku dulu rupanya. Sampai aku rasa ada baiknya aku jahat dulu. Kalau tak ayah aku takkan garang.

Kadang rotan tu perlu. Aku pun dulu paling takut kena rotan. Pernah balik lewat sebab main kat luar. Pukul 7.05 kot. Kena bergelap kat luar sejam. Menangis mintak masuk kat ibu ayah. Sekali dapat je masuk kena rotan. Kat tangan. Rotan panjang sehasta. Sakit weh.

Tapi selalu orang cakap sakit tu pengajaran. Selagi kita tak kena akibatnya takkan berubah. Macam orang selalu buat maksiat. Dia kata dia boleh berubah esok. Boleh bertaubat. Sempat lagi nak insaf. Tapi kalau hari ni dia kena jangkitan HIV. Agak-agak korang dia insaf terus tak?

Manusia memang macam tu. Sesuai sangat dengan peribahasa bagai pahat dengan penukul. Bila dah tukul baru gerak. Manusia kalau tak marah-marah, tak guna rotan tak jalan. Degil memanjang. Sama macam aku dulu-dulu. Sekarang bila ayah tak garang.

Dah mula perangai jahat dulu-dulu. Keluar malam. Walaupun pergi Tesco dengan adik. Dulu balik lewat pun bising. Sekarang bising jugak cuma tak sangat. Aku rasa aku dah bebas. Tapi dalam kebebasan membuatkan aku takut. Aku takut aku terleka. Tolong ingatkan aku ye.

ps: Masih merindukan rotan sehasta dan sedepa cikgu. Cikgu disiplin aku. Ayah aku seorang cikgu dan dia juga cikgu kepada anak-anaknya. Rotan itu membuatkan aku jadi manusia kini=)

11 comments:

~..Lesung Batu..~ said...

teringat zaman sekolah dulu~ kena rotan sebab tak siap keja sekolah..ngeeee

Unknown said...

aku dah lali dah kena rotan..setakat wat line adidas tu aku tak heran

Mr.Thinker@Ali said...

Saya slalu terleka. Ingatkan saya juga. :D

K said...

hehe, dah biasa dah :P

p/s : meh anak murid tolong ingatkan XD

maszull said...

slm..kena rotan adalah satu pengalaman yg paling indah...kalau x kena rotan kita x jadi org yg berjaya sekarang kn...oleh itu rotanlah yg mengajar kita erti kesakitan yg x dpt kita lupakn bila tua nanti apabila dah berjaya tapi agak2 juga;ah cikgu kalau nak rotan anak murid tu jgn la sampai melukakn n mencederakn...:)

Unknown said...

budak sekarang ni x leh kena rotan sikit.habis kecoh satu kampung

aamalinaazman said...

wuwuwuwu
takot bile ingt balik
kene rotan sebab koyak duet ayah..
duet keje plak tu an..
haahaha
gile duetnye aku nih..kikiki =p

Anonymous said...

batang paip pun pernah rasa. inikan lagi rotan..tapi itu yang beri kita pengajaran..

fRaMe+LenSeS said...

meh nak tlg rotan skali. lalalalala~~

msredcheesecake said...

sama gak...anak yg selalu kena rotan....

Cik Pulau said...

dah nama pun manusia.

p/s: ai dulu pun selalu kena rotan sbab malas gi sekolah.. last2 jadi cikgu.
padan muka..hahaha

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers