CORETAN TERBARU NADH

5 jawapan orang KEDEKUT

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Korang mesti rasa menyampah kan dengan orang kedekut. Telah aku teliti orang yang jenis kedekut. Tak kiralah kedekut ilmu, kedekut duit. Segala kedekut yang ada di muka bumi ni. Aku mengaku aku berkira tapi aku bukan kedekut. Kenapa? Kalau orang nak bahan kita dah penat-penat cari takkan nak bagi free-free? Sekali dua bolehlah. Kita bagi muka nanti kena pijak kepala. Sebab dia selesa dengan keadaan itu.

Ni jawapan selalu kita dengar bila kita nak minta bahan, ilmu, maklumat dari orang yang jenis berkira melampau.

Jawapan pertama:
Aku penat cari bahan, dia senang-senang nak minta. Ingat senang ke? Bayarlah!

Jawapan kedua: 
Usaha malas, ingat aku tak tahu perangai malas kau tu.

Jawapan ketiga:
Aku buat dah terbaik. Aku tak nak orang lagi baik dari aku.

Jawapan keempat:
Orang tu dah pandai sangat. Takkan nak ambil bahan aku ni.

Jawapan kelima:
Ni markah individu. Sendiri mau ingatlah.


Kenapa kena kedekut?Bukan bila kongsi idea, ilmu akan menjana minda jugak ke? Contoh ada orang tak faham. Kita pun ajar bagi dia faham. Kan kita pun bertambah ilmu, ingatan tentang hal tu. Seronok sangat ke jadi kedekut ilmu? Ilmu untuk semua. Lain kali orang layan kau macam tu kau nak? Berkira tak kena tempatlah.


Tu untuk ilmu, bahan and whatever. Jawapan orang kedekut bila ada orang nak guna duit dia.

Jawapan pertama:
Duit ni aku kena guna untuk macam-macam hal. (Termasuk makanan mewah ye?)

Jawapan kedua:
Kenapa nak pinjam? Kau kan kaya?

Jawapan ketiga:
Aku kena jimat, aku bukan kaya macam kau.

Jawapan keempat:
Dah aku kan pernah belanja kau dulu. (Orang lain belanja tak ingat ke?)

Jawapan kelima:
Orang lain kan ada. Kenapa nak duit aku?

Kedekut tu tak baik tau. Kita murah hati, insyaallah murah rezeki. Kita belanja orang kita dapat pahala. Kenapa kena berkira? Janganlah belanja sampai pokai. Kita kena berani buat pelaburan. Pahala tak banyak. Kedekut dengan orang, Allah kedekut dengan kita korang marah tak? Allah tak bagi rezeki korang sedih tak? Macam tu jugak sesama manusia. Sebab duit badan binasa. Sebab duit ikatan suci boleh terputus. Jangan ingat kita susah sebab ada lagi yang susah dari kita. Kalau mampu cuba bersedekah. Belanja kawan sedekah jugak. Lagi-lagi yang memerlukan. Kenapa kena kira? Dia hutang aku, aku punya hutang tak kira pulak. 

Orang jenis ni memang susah dapat kawan. Sebab annoying. Jangan ingat rezeki kita lari sebab asyik belanja orang. Kita tolong kita dapat pahala. Habis kenapa orang buat kenduri, panggil orang makan walaupun agi nasi dengan ikan masin? Sebab niat nak belanja orang. Pahala kenyangkan perut orang tau. Kita pulak makin lama makin miskin dengan pahala. Sebab asyik emmikirkan wang je. Sedarlah duit takkan bawa mati. Amalan belum cukup. Harap orang punya duit je? Macam tu? Usahalah macam mana duit akan bertambah. Ni tak. Simpan je jadi pekasam. Kalau labur ada juga faedah kan?

Aku tak tuju pada sesiapa. Aku cuma ingatkan diri aku. Yang aku tak payah berkira sangat. Berkira itu perlu tapi sampai bila nak berkira. Nanti orang lain tak nak tolong kita sebab kita terlalu berkira dalam semua aspek. Kita kena ingat kita hidup di dunia bukan seorang. Ramai. Fikir orang sekeliling juga. Nanti kita susah siapa nak tolong? Sebab orang dah berkira dengan kita.

Tak nak ada dialog macam ni pulak. "Ala dulu dia berkira sangat nak pinjamkan duit. Sekarang tak ada duit pandai pulak nak pinjam kat kita. Tak payah. Pandailah dia cari duit. Duit bukan segalanya, tapi sekarang segalanya perlukan duit. Sekian.
Post by,
Miss Ran 

2 comments:

Tasha said...

kedekut untuk kebaikan diri sendiri tak per..... ada jer orang yang pinjam duit tak reti nak pulang balik. dah bagi pinjam, dia buat atok pulak....

dhiera said...

lain orang~lain ragam...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers