CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Cinta alam maya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku tersentak. Bukan aku pinta. Tapi suara-suara sindiran menghantuiku. Apa salahnya aku bertemu jodoh di alam maya? Ramai yang bahagia bercinta di alam maya dan akhirnya ke jinjang pelamin. Sekarang anak dah dua. Masih bahagia. Bukan aku yang minta untuk jatuh cinta melalui alam maya.

Panjang lamunan Sunah. Dia begitu kecewa dengan teman-teman sekerja. Mereka bukan memerli. Tapi pertanyaan mereka membuatkan Sunah kecewa dengan diri sendiri. Pelik dengan dirinya. Kenapa dia boleh jatuh cinta melalui alam maya. Air milo ais dihirup laju. Hatinya membara. Panas bahang terasa. Lantas dia tersedak.

"Uhuk...uhuk...malang betul!" rungut Sunah. Dia sudah bermandikan air milo. 
"Eh cik tak apa-apa?" Lelaki sebelah menghulurkan sapu tangan yang diambil dari poket seluar. Lelaki itu kelihatan risau. Sunah malu. Tunduk diam seribu bahasa.

Ady seakan memahami gadis dihadapannya. Dia perasan sedari tadi gadis itu melamun entah ke mana. Niatnya untuk membantu terbantut. 
'Gadis ini pemalu' bisik hatinya. Lalu tersenyum. Dia menghulurkan semula sapu tangannya. Namun sekali lagi gadis itu tak memberi respon. Ady berlalu meninggalkan tempat itu dan membiarkan sapu tangannya di meja.
Sunah kemudiannya mengangkat muka. Dia pasti lelaki itu telah pergi.

"Hish malang. Asyik memalukan diri je aku ni," getusnya perlahan. Dia terpandang sapu tangan lalu tersenyum. Sunah mengambilnya dan pergi ke tandas berdekatan.

Dari jauh ada sepasang mata melihat gelagat Sunah. Dia masih tak sedar. Ady tersenyum gembira. Lantas dia melajukan langkat ke kereta. Meeting lepas lunch sudah dijanji. Janji perlu dikota.
xxxxxx
"Dah tu kau tak kenallah mamat yang baik tu?" kata Tasha kuat. Dia pelik dengan rakannya. Malu terlebih.
"Sha ko tau tak aku malu? Ko cakap senanglah," kata Sunah. Dia pelik dengan housematenya. Sibuk tak tentu hala. 
"Mamat tu handsome tak?" tanya Tasha lagi. Mulut murai memang macam ni. Sunah tersenyum lantas menggeleng. Dia mengangkat punggung. 
"Eh kejaplah Nah. Aku belum habis lagi ni," Tasha geram.
"Dahlah Sha oi. Sambung esok k. Aku mengantuk ni," Sunah pura-pura menguap. 
Tasha membatu tanda protes. Sunah tersenyum dan berlalu. Rajuknya takkan lamalah. Membazir je pujuk. Kakinya berlari memanjat tangga.
xxxxxx
'Update blog!' Sunah laju membuka netbook kesayangan. Mujur lunch tadi dia tak bawa netbook bersama. Kalau tak mandi basahlah netbooknya. Sayang beb! Nyawa tu. Sunah ligat mengenang peristiwa tadi. Akhirnya dia tergelak. Update tentang tadi lagi baik.

Buat pembaca aku yang baik. Korang tau tak apa jadi pada aku lunch tadi. Sumpah memalukan tau. Begini ceritanya....blah...blah..blahh.

Sudah update! Dia terus melelapkan matanya. Pekerjaan untuknya masih banyak untuk hari esok.
xxxxxx
"Eh Sunah kat office pun nak bukak blog ke? Nampak bos baru nanti taulah ko," Senior aka Kak Limah menyaund (sound). Sunah tersengih. Dia tahu bos baru akan sampai. Semalam bos ada meeting. Sebab tu tak masuk.
"Ala kak saya bukak tengok komen je. Bukan buat entry," Sunah menjawab. Dia tahu Kak Limah berhati baik. Kak limah menggeleng. 
'Aik pengomen setia aku tak komen? Pelik.' hatinya berbicara.
"Rindu pulak nak baca komen-komen dia." Sunah mengeluh perlahan.
"Ehem!" suara garau betul-betul dibelakangnya. 
'Aik suara siapa pelik sangat aku dengar ni?' monolog Sunah sambil berpaling.
"Oh mak aku comel dari aku!!!" Sunah terus menutup mulut. Lelaki itu kemas. Berkot segala. 'Siapa ni?'
"Siapa nama kamu?" tanya lelaki itu tegas.
"Hasunah tuan!" Sunah dah takut.
"Oh panggil?" Lelaki itu masih berwajah serius. 'Kalau ada misai mesti mukanya macam A. Galak.' bisik hati Sunah.
"Su...su..nah," gagap pulak dah. 'Kenapa dengan kau ni Sunah. Rileks-rileks!'
"Su...su...nah, ikut saya ke bilik!" Terus berlalu.
"Bilik mana pulak? Dia tu siapa? Hish menyusahkan!" Sunah membontoti lelaki itu.
xxxxxx
"Awak tahu siapa saya?" Sunah menggeleng laju.
"Bos baru," Dia membetulkan tali leher. Terasa tercekik.
"Jadi?" Berani betul!
"Jadi apa? Awak ni pekerja bawahan saya? Tak belajar adab ke?" Sindiran tajam menusuk ke jantung Sunah. Baru dia sedar kelancangan suaranya.
"Maaf bos. Maaf!" Sunah menggaru kepala.
"Kalau awak tak belajar saya boleh ajarkan," kata bos lantang. 'Terasa aku tak hormat dia ke?' Sunah menunduk lagi.
"Awak memang suka tunduk ke Hasunah?" 
"Aik mana bos tau?"
"Apasal tak tahu pulak. Semalam awak tunduk jugak," Sunah blur. 
"Semalam?"
"Oh lupakan jelah Sunah. Saya ada kerja sila keluar," Halau baik punya.
"Baik bos," Nada merajuk campur bengang tambah blur.
"Oh ya, sapu tangan saya jangan lupa pulangkan," Tersentak Sunah dan berpaling. Ady tersenyum kambing.
'Aku terkena pulak. Malu. Mak malu mak. Nak balik,' meraung Sunah dalam hati. Langkahnya laju.
xxxxxx
"Kan dah," Tasha hanya menggelakkannya. Sunah mengetap bibir tanda protes. Geram hatinya. Seharian kena perli dengan bos baru. Mana dia nak letak muka yang comel ni.
"Gelaklah puas-puas Sha. Aku sedar." Ayat sedih adalah taktik terbaik dari Sunah. Tasha sangat mengenalinya. Dia terus turun ke dapur dan mengambil kek keju yang dibuat oleh Sunah semalam. Sunah terus mencapai netbooknya. Mahu meluahkan rasa melalui blog kesayangannya iaitu Sunahsukasakura dot com

Pengomen yang setia masih menyepi. Sunah rindu dengan telatah pengomen Ady Budika. Dia selalu buat Sunah tersenyum. Tapi kini Ady menyepi.
xxxxx
"Sunah awak memang suka update blog ye?" Kata Ady tenang.
"Hobi bos." Senyum. 
"Tak bosan ke layan alam maya je?" tanya bos lagi. Cuba mengorek rahsia setiausahanya.
"Taklah bos. Best apa ramai kawan. Bila tulis macam-macam. Lepas tu ada orang komen. Memang gembira. Bak kata orang, dalam hati ada taman bos," Sunah mula bercakap. Mereka lama kamceng. Mana taknya, setiap kali lunch bos paksa makan dengan dia.
"Ya?" kening Ady terangkat.
"Siapa selalu komen awak punya blog?" 
'Bos mula meminati cerita aku.' Sunah gelak jahat.
"Ya bos. Best tau ada blog ni. Saya suka menulis," Terang Sunah lagi.
"Oh tak suka bercakap?" Ady senang berborak dengan Sunah.
"Suka! Tengok saya tengah borak dengan bos kan? Bukan menulis." Sunah senyum dapat mengenakan bosnya lagi.
"Awak ni!" tergelak besar. 'Tak adalah kelakar sangat.' Sunah senyum sinis.
xxxxx
Mesej dari MUKABUKU. Sunah laju membukanya. "Saya suka awak sunah. Boleh kita berkenalan lebih dekat. Saya dah lama follow awak punya cerita melalui blog awak." from Ady Budika.
"Eh Ady? Dia ni pengomen aku. Kenapa dia menjiwang pulak ni?" Sunah gembira sebenarnya, Lama menanti khabar dari Ady.
"Nak balas ke tak?" Sunah terkaku. Terkejut. Akhirnya dia mengambil keputusan membiarkan sahaja mesej itu.
xxxxx
"Sunah saya dah buat keputusan. Esok saya akan hantar rombongan meminang. Saya terus terang dengan awak yang saya jatuh suka dengan awak dari mula saya tengok awak." Bos pula meluahkan perasaan.
Sunahg pitam. Dia blur. Takut pun ada. Hatinya sayang pada pengomen setia. Cinta si alam maya. Tapi bos pun dia suka jugak.

"Sunah?" Suara Kak Limah jelas kedengaran.
"Baguslah kau sedar. Bos pergi beli ubat untuk sedarkan ko. Hei ko tak makan pagi ke? Bebel Kak Limah.
"Saya kat mana kak?" Blur.
"Kat bilik bos kesayanganlah. Sejam hang tidur. Siap berdengkur. Sedap eh curi tulang?" Hambik ko! Kak Limah laser betul.
"Bos mana? Sunah bertanya bingung. 
"Ya saya di sini. Nah minum air dulu. Kak Limah tolong buatkan milo panas untuk Sunah ya," Arah bos. Kak Limah muncung.
"Awak tak payah susah-susah. Saya ok." Tolak gelas yang disuakan oleh bos. Malu dia dilayan bak puteri.
"Sunah, awak dengar tak apa yang saya beritahu tadi?" Bos mahukan kepastian. Dan aku tak boleh lari lagi.
"Bos, saya...sebenarnya..." Sunah kumpul kekuatan.
"Saya suka bos tapi..." Sunah terhenti. Air liur ditelannya terasa pasir.
"Tapi apa?" Bos cuak.
"Saya suka orang lain. Orang tu dah lama hadir sebelum bos. Saya minta maaf," Sunah mencuba untuk bangun.
"Siapa? Tanya bos tak puas hati.
"Bos tak perlu tahu." Sunah menuju ke pintu bilik.
"Ady Budika kan?" Bos teka. Dan malang sekali. Tekaan itu sangat tepat. Dia terpaku. 
"Macam mana bos tahu pasal Ady Budika?" Tanya Sunah laju.
"Sebab..."
"Sebab apa bos? Bos curi-curi baca blog saya kan?" Dia serkap jarang.
"Ya memang saya baca..." Bos belumpun habiskan ayat. Sunah terus lari keluar dari pejabatnya.
"Sunah tunggu!" Jerit bos sambil mengejarnya.
Sunah berlari sekuat hati. Dia malu. Segala ceritanya ada di dalam blog. Segalanya bos tahu. Sampai Ady pun dia tahu. Sunah kecewa. Tapi tak tahu pasal apa dia kecewa.
xxxxx
"Mak ko telefon tadi. Suruh balik. Ada orang merisik ko." suara housmatenya menyapa.
"Sunah kau dengar tak ni?" Tasha concern.
"Dengar,"Lemah. Dia masih berbaring dikatil Mood untuk update blog mati.
"Jom aku teman ko balik." Tasha tarik tangan Sunah. Sunah hanya menurut.
xxxxx
"Mak kenapa mak nak terima pulak?" Sunah pelik dengan sikap maknya.
"Katanya dia kenal anak mak. Mak percaya dia boleh jaga anak mak ni."
"Mak ni. Pandai-pandai je!" Sunah geram.
"Assalamualaikum," Serentak bunyinya.
"Bos?" Sunah keluar sebab dengar perbincangan melibatkannya. Tak sangka bos dan keluarga yang meminangnya.
"Ya saya," Senyuman manis dihadiahkan. Sunah blur.
"Dah semua setuju. Kita tetapkan tarikh jelah ya," Kata si Lelaki tua. Mungkin ayah bos.
"Mak, ayah apa ni?" Sunah bengang. Dia terus masuk ke bilik.
xxxxx
Sunah saya tahu awak tak suka saya. Tapi percayalah awak akan berterima kasih pada saya. Itulah last dari bos. Esok hari pernikahan dan Sunah blur. Masih sedih mengenangkan Ady Budikanya sepi. Hanya dia bertepuk sebelah tangan.
xxxxx
"Aku terima nikahnya....." Sunah menangis. Terharu? Entah. Perasaan berbaur.
"Sunah, saya nak beritahu awak satu perkara," Ady bisik semasa Sunah ingin bersalaman dengannya.
"Apa dia?" Tanya Sunah malas.
"Sayalah pengomen setia yang awak ternanti-nantikan tu. Saya Ady Budika. Itu nama gelaran dalam dunia blog.
Sunah? Pengsan. Kecoh semua orang.
The end!
PS: Penulis hanya mereka saja. Tak ada kaitan dengan pelakon-pelakon berbakat ni ye. Jangan bergosip. Khas buat Ady dan Sunah serta pelakon pembantu saya, Cik Tasha. Siapa nak berlakon? Sila daftar. Bajet best je aku ni!
 Post by,
Miss Ran 

33 comments:

AdyBudika said...

err..harap kata2 itu sebagai satu doa..insyaallah :)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Sunah Sakura said...

miss Ran..so sweet...macam real...:)

macam ady jugak, ameen...

Tengku Puteri said...

salam ziarah tuan rumah...nak jadi pelakon jugak! heee....btw best r citer...kreatif...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
rosmina samin said...

Miss Ran salam kenal ;)
Ady & Sunnah good luck & ameen....
Cite best tapi tak tau kenapa aku gelak.. hehehehe

Unknown said...

erk tak best eh?Tak best ke penulisan aku>

Cik Pulau said...

best sgt.. kalau lah itu reality..
cik pulau akan tersenyum lebar..
bukan senang nak jumpa cinta alam maya yang betol2 ikhlas dan jujur.. andai benar jodoh diorang berdua,..
cik pulau tumpang bahagia..
moga kalian berdua dirahmati Allah ye. sunah and Ady.. ^^,

Unknown said...

nak berlakon gak..(^^")

Unknown said...

salam...
best la cite ni...teruskan lagi =)

~..Lesung Batu..~ said...

best la,,, mcm real pulak,,,waaa bestkan kal0 cite ni jd kenyataan...=) rasanya pengomen setia tu btol kot,,larikkk

Unknown said...

@cik pulau..sme2 kite doakan ye..hehe
@sepatu nanti akan myusul cerita lain...tunggu idea dtg
@amarissa alamak..tak bersambunglah...tunggu empunya badannye cter je ni
@amalina haha reka je..kebetulan sme kot..ntah...br knl ngn mreka=)

shahjiehan said...

ehem3....jom baca dan komen Cacing dengan Arak

Unknown said...

shah ehem2 knpe ye..okeh melawat skng

MisS CikU said...

waaaa....best r crita nie Miss Ran....

Unknown said...

mekasih miss ciku hehe

Tasha said...

hahahaha..... baru ada kesempatan nak membaca. terlalu sibuk. maafkan saya miss ran.

kepoh betul si tasha tu kan? harap2 kisah ini boleh benar2 terjadi pada roomate I cik pulau tu. sebab dia masih single. so, I sebagai roomate boleh la kepochi2. hahaha.....
amin~

btw, thnx jadikan nama I sebahagian dari watak dalam cerita ini.
anda berbakat.

Unknown said...

miss ran, ada yang berharap doa itu jadi realiti...hak3

:: cikNuurul :: said...

waaa,best2,..erk,mmg diorg ade pape spcial ek??,.huu,behnyerr,.hik3,..

Tasha said...

bila baca cerita ni, teringat peristiwa yang berlaku pada kawan I punya kawan.

baca sini:
http://natasha1987.blogspot.com/2011/03/cinta-dalam-bas.html

Unknown said...

@tasha u re most welkam..lgpun awk slalu jengah..tnde mghargai kesetiaan anda tu hehe..nanti i bace..bz ni..esaimen menimbun

@tiniey semestinya..sy harap begitu jugak

@haty p tanye empunya badan..tak nk gsip2 haha

aliarosli said...

uh, best, best

senyum cinta said...

menarik..

Che Cha said...

hehe comel betul laaa . siap ada pelakon x tahan tu

Aki said...

SWEET laaaa....
haha.... na gak jadi pelakon kalo sumer citer besh cmni.. hehehe

fardhilah said...

knape ek.. klu membaca dr skrin pc ni.. xkesah la ape.. rencana ke, berita ke, mitos ke..mata akan rasa bepinau.. tp bila bawa awak punya cerpen ok jer.. :)
i like ur cerpen.. hikhikhik..
membuatkan hari bekerja ku xbosan.

MiMi PeONy said...

salam,
mimi dah lama tak layan novel or cerpen, tapi sejak folow blog ni,hati rasa seronok je...kalau sedih ke gembira ke bengang,mesti baca blog mrs ran untuk stabilkn emosi...terima kasih byk2....

hobi lama dah kembali....hehehe ;)

Ainul Hayat said...

Iffah,

Best baca cerpen tulisan awak ni. Harap2 mereka berdua tu pjg jodohnya. hehehe

NadIAh AzIz said...

haha..kelakar gler..siap pengsan ag tu..

NadIAh AzIz said...

http://kerandamerah.blogspot.com/

Azeelia Azman said...

hehe.pengsan manjangg.kuss smgt betol lah

:P

reenapple said...

Seriously .. sweet sesangat. Hope ada yang alami macam tu.=)

Unknown said...

baru je baca cerpen ne..nak juga jadi pelakon..hahahha

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers