CORETAN TERBARU NADH

Hanya sebotol susu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Ada seorang budak, dia ni anak yatim piatu. Dia bekerja sebagai budak penghantar susu untuk menyara hidupnya sendiri. Dia ni rajin sangat menghantar susu ke rumah pelanggan. Gaji yang budak ni terima pulak sangat la sedikit dan tidak setimpal dengan kerjanya. Bayangkan dia terpaksa berjalan kaki hanya untuk menghantar susu dan dia cuma dapat RM1 saja. 

Tetapi budak tu tetap bersabar dalam bekerja. Dia tidak kisah pun berapa banyak duit dia dapat asalkan dia dapat kumpul duit untuk menyokong kehidupan sehariannya.


Satu hari, dia disuruh menghantar susu ke satu tempat yang sangat jauh. Ini la pertama kali dia disuruh berbuat sedemikian. Selalunya dia cuma disuruh menghantar ke kawasan sekitar saja. Tapi demi menyara hidupnya sendiri, dia gagahkan jugak dirinya untuk menghantar susu tersebut. Dalam hati dia memberitahu dirinya sendiri untuk terus bersabar.

Oleh kerana perjalanan dia sangat jauh, lama-kelamaan dia menjadi sangat letih dan haus. Dia melihat susu yang dibawanya itu dan timbul perasaan untuk meminum susu tersebut. "Alangkah bagusnya kalau aku dapat minum susu ini sekarang." kata budak itu. Tetapi budak itu tetap ingat yang tugas menghantar susu itu satu amanah. Dia cuma perlu bersabar.

Sesampainya dia di rumah pelanggan susu itu, budak itu pun mengetuk pintu lalu keluar la seorang perempuan muda. Perempuan itu sempat memperkenalkan diri dia sebelum mengambil susu tersebut. Apabila dia melihat budak itu sangat letih, perempuan itu pun memberi sebotol susu kepada budak itu secara percuma atas sebab simpati. Budak itu pun bersyukur kerana berkat kesabaran dan kejujuran dia dalam melaksanakan tanggungjawab, dia akhirnya dapat menghilangkan keletihan dan kehausannya.

Dipendekkan cerita, 30 tahun selepas kejadian itu, budak itu akhirnya dapat menjadi seorang doktor pakar yang berjaya. 

Satu hari, terdapat satu kes di mana ada seorang pesakit yang merupakan seorang wanita tua memerlukan pembedahan untuk menyembuhkan penyakit kanser kronik yang dihidapinya. Tetapi wanita tua itu tidak mempunyai apa-apa harta lagi dalam hidupnya. Apabila jururawat memberikan borang maklumat diri pesakit itu kepada doktor, dia seperti kenal nama dan tempat tinggal wanita tua tersebut.

Setelah diamati dengan teliti, baru la doktor itu ingat kembali yang wanita tua itu la yang memberikan dia sebotol susu semasa dia masih kecik dulu. Doktor itu pun terus mengarahkan pembantunya untuk bersedia membedah wanita tua itu atas tanggungannya sendiri.

Dengan penuh kasih sayang, doktor itu berusaha sebaik mungkin dalam menyelamatkan wanita tua yang pernah melayannya dengan baik itu. Akhirnya setelah beberapa jam beroperasi, pembedahan itu pun selesai dengan lancarnya. Ajaibnya, kanser yang kronik itu walaupun pada mulanya agak mustahil untuk dihapuskan, dapat jugak dilakukan oleh doktor itu dan perempuan tua itu jugak mendapat harapan baru apabila sembuh dari sakitnya.

Apabila perempuan tua itu bertanya kepada jururawat mengenai bil yang perlu dibayar, jururawat itu pun memberikan kertas bil kepada dia. Perempuan tua itu melihat bil rawatan dan di akhir kertas tersebut, tertulis perkataan "KOS RAWATAN TELAH DIBAYAR DENGAN SEBOTOL SUSU."
Sumber artikel.

Sedih je bacakan? Bayangkanlah kita berbuat baik tanpa meminta balasan. Jangan berkira sangat. Ingatlah Allah sangat suka pada orang yang bermurah hati. Derma amalan mulia=)
 Post by,
Miss Ran 

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers