CORETAN TERBARU NADH

Kahwin awal

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sentap mak nak. Tak suka isu ni. Bikin mak sedih je. Aku bukan apa. Bukan nak dengki or whatsoever. But korang dah fikir masak-masak ke nak kahwin ni? Restu mak ayah dah ada? Adik beradik yang lain? Jangan sibuk nak nikah cepat setahun kemudian nak cerai. Alasan rindu nak duduk dengan family. Kita hidup tak lama dek oi. Jangan terlalu mengejar ibadah yang itu.

Aku bukan nak suruh korang buat maksiat ke apa. Tapi matlamat kahwin awal sebab apa? Tak nak buat maksiat dah? Tak nak hati tak tenang masa belajar? Tak nak melengah-lengah benda yang baik? Memang benda baik. Tapi benda baik jadi punca perbalahan? Perpecahan? Perselisihan faham?

Ingat dek. Hidup kita ni ibarat roda. Sekarang tak sabar nak kahwin. Esok lusa nak cerai. Dakwah bagus. Tak ada salahnya. Tapi kalau dua-dua tengah belajar? Sorang kat benua asia sorang kat benua barat macam mana? Kahwin macam mana tu? Kang tak tertanggung rindu. Nak balik malaysia. Nak dapat anak. Belajar? Entah kemana.

Sekarang cakap pasal dakwah. Esok cakap menyesal terikut-ikut cakap orang. Aku bukan bangga aku buat maksiat. Tapi cuba fikir yang negatif. Jangan asyik fikir yang positif, Ingat dek, dunia ni kejam. Bukan macam orang dulu-dulu. 14 tahun kahwin bahagia sampai meninggal. Ini hal besar. Aku tak setuju sebab dakwah je.

Nikah is halal way. Habis kalau nikah nak bagi anak makan apa? Pasir? Tanggungjawab lagi? Kau belajar. Suami kau belajar. Kau kat Ireland suami kau kat mesir. Macam mana? Belajar baru sekejap. Lama lagi nak abis belajar. 4 tahun lagi. Bukan kejap. Aku yang tua ni pun tak sedia nak kahwin lagi.

Aku tak kisah jadi andartu. Aku nak bahagiakan keluarga aku. Nak bagi duit gaji pertama aku baru aku fikir soal jodoh. Kata jodoh awal. Tu nak kahwin awal? Ingat dek perjalanan masih jauh. Banyak ibadah yang boleh kita buat selain mendirikan masjid. 

Mak kau baru je kahwinkan kakak. Kau dah mereyam nak kahwin. Ingat kahwin guna air liur? Memanglah kata kahwin bawah pokok pun tak apa. Tapi air muka mak? "Anak kak tettt kahwin koboi je nab, tangkap basah ke apa?" Kita buat majlis sebab nak hebahkan anak kita kahwin. Kalau tak timbul fitnah. Harap tudung labuh, tapi bersedudukan. Yang malu siapa? Mereka dan KELUARGA mereka jugak.

Aku tak setuju kalau nak kwahwin sebab elak maksiat. Nak berdakwah tapi duit tak ada. Memanglah orang kata rezeki datang bila kita kahwin. Mana korang tahu? Ajal, rezeki, jodoh semua kerja ALLAH. Tetapkan hati. Cintai ILLAHI. Tanggungjawab sebagai anak dah langsai ke? Dah ada sumber kewangan, sedar akan tanggungjawab dan yakin anda boleh bahagia. Dan fini. Kahwin lah seawal yang mungkin. Aku tak bantah!
ps: Ini rasa hati. Pendapat aku. Yang panas pergi terjun kolam. Pendapat masing-masing. Hormati pendapat aku=)
 Post by,
Miss Ran 

3 comments:

Tasha said...

mmng betul pun..... kawin tapi duduk asing2 pun tak guna juga.
kawin tapi tak ada duit nak sara hidup pun tak guna juga.
kawin tapi tak mampu nak bagi anak makan pun lagilah tak guna.

baik idup dengan cara sendiri. kalau ada jodoh, tak kan kemana....
kalau nak elakkan maksiat. jangan la kluar berdua. kelaua la bertiga, berempat, berkeluarga. btol tak?

Miss Ran said...

btol tasha
skong sgtttt

HASNORWANI ... said...

tersangat betollllllll

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers