CORETAN TERBARU NADH

Perkara yang jarang orang ambil berat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tajuk nak panjang je. Em saja aku update. Baru sampai rumah. Setelah lama menghilang di hiruk pikuk kota melaka. Bukan apa, serius bosan balik rumah. Mungkin kena naik bus. Lepas tu cuti kejap je. Aku penat. Kerja melambak-lambak.

Oh ya sambung tajuk tadi. Aku naik bus pukul 7. Kenapa lewat? Jawapannya, ada seminar wajib tadi. Banyak kerja student rupanya. Baru tau? Aku duduk sebelah lelaki. Ehem tak ada apa yang jadi. Aku just tak selesa. Yelah lelaki tu agak berisi. Bus padat mampat macam sardin. Jalan tengah memang muat-muat orang kurus je. 

Sepanjang sejam lebih memang aku tak tidur. Takut beb. Kang terlentok sebelah. Siapa nak jawab? Orang sekarang tak prihatin. Masing-masing yang lelaki konker 2 seat sorang. Terpaksalah kami yang perempuan pilih antara lelaki-lelaki yang ada. Aku ambil kedua dari depan sebab senang nak keluar. Takut salah turun.

Tapi aku salute kat mamat sebelah. Faham aku tak selesa takut berlanggar dia. Setiap minit kot dia ubah posisi duduk dia. Bagi tak terkena aku. Ada jugak yang masih memikirkan hal nampak remeh tapi dosa pahala? Aku serius segan duduk dengan lelaki. Bukan suka. Tapi tak SELESA! Kredit to pakcik bus sebab berjaya turunkan aku kat hentian yang betul. Malam pulak. Gelap je dalam bus tadi. Fuh iman si gadis dan jejaka masih kuat. ALLAH masih sayang=)
 Post by,
Miss Ran 


No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers