CORETAN TERBARU NADH

Hati ibu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Siapa ibu pasti dia faham hati seorang ibu. Kita pandai cakap. Tapi sekelumit rasa akan tinggal dalam hari ibu. Perhatikan reaksi ayah dan ibu bila anaknya accident. Siapa yang panik dulu? Fikirkan berapa banyak air mata ibu dari saat kita dilahirkan hingga besar kini.

Pernah tak anda fikir betapa perit hidup ibu saat kita tak lagi hormati, lindungi, kasari dan buang dari hidup kita? Fikirkan besar pengorbanan mereka. Sejahat mana dia, biarlah perhitungan dia dengan Illahi. Siapa kita nak hukum dia? Terima kasih ibu, tanpa kesanggupannya takkan lahir kita ke dunia. Buat apa kita nak ucap selamat hari ibu tiap kali tiba harinya? 

Patutnya tiap-tiap hari ingat, cakap, sejukkan hatinya. Kerana hati ibulah mudah tersentuh. Lagi-lagi anak berjauhan kan? Ibu i love you!

3 comments:

AdyBudika said...

aha la..hehehhehe....

jagalah semasa adanya dia...

*AniE* said...

saya sayang mak n abah saye! sangat rugi bagi sesiapa yang tak menghargainya...!

OKEdChokelaT said...

ibu...ibu..engkaulah ratu hatiku.....

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers