CORETAN TERBARU NADH

Jangan takut untuk kata TAK BOLEH

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tajuk je dah menceritakan semua. Kali ni aku nak sentuh hal ni. Ni selalu terjadi dalam kehidupan harian kita. Antara sedar tak sedar kita turut sama menyumbang pembulian mental dan emosi. Sama ada secara langsung atau tak.

Hal ini serius. Jangan ingat anda tak terlibat. Bila kamu semua membuli tanpa sedar, yang dibuli akan rasa tak selamat. Rasa kerdil je. Sebab nak melawan tak berani. Akhirnya senyap memakan diri. Kalau kamu perasaan ramai yang jadi mangsa buli.

Contoh di tempat kerja:

"You baru lagikan? So you settlekan benda senang dulu. Bagi pandai. Fotostate 100 copy untuk I,"

Padahal dia punya kerja. Orang yang dibuli walaupun rasa tak adil tapi dia buat jugak. Sebab apa? Dia tak berani membantah. Tak berani kata tak nak. Tak boleh. Tak ada masa. Bukan tugas saya.

Contoh dengan kawan-kawan;

"Eh kau ambil air. Kitorang penat," Si A menikus. Dia ambil air walaupun dia tahu dia dibuli. Dia tak berani melawan kata kawan-kawannya. Mungkin sebab takut. Mungkin sebab tak nak bergaduh atau memang dia rela dibuli.

Jadi kesimpulan jangan takut kata tak boleh. Luahkan apa yang awak rasa. Jangan pendam lepas tu makan diri. Jangan bising kalau awak di Tanjung Rambutan dengan dialog ni.

"Semua aku kena buat. Kerja kau aku kena buat. Semua kau suruh aku. Aku buat semua untuk kau!" 
Sekian.

2 comments:

mas saari said...

betul tu..dalam sesetengah perkara kita perlu berkata tidak!!

Sunah Sakura said...

kalo buli main2 boleh kan?

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers