CORETAN TERBARU NADH

Kau dapat apa kalau

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Oh agak kasar bunyinya. Bukan apa. Aku terkenang kembali. Saat mood merudum hanya kerana sifat dengki manusia. Nak kata durjana kejam sangat pulak. Dapat apa kalau korang dengki-dengki? Bagitau aku sikit. Aku bosan dengan kata-kata yang berbaur dengki.

Kalau cemburu aku boleh cakap dia cemburu atas dasar kebaikan. Tapi kalau dengki? Sudah-sudahlah menjatuhkan orang lain dengan rasa dengki tu. Takkan ke mana. Kalau dia lebih dari kita biarkan dia dengan dirinya. Kita majukan juga diri kita.

Aku ada baca kat satu page. Dia seolah menjadikan isu blogger popular sebagai bahan lawak. Cuba bersikap matang sikit. Bila taip macam tu ramai akan baca dan komen. Aku kenal blogger popular tu. Aku tak nak cakap siapa dan siapa. Biarlah rahsia.

Tapi untuk apa diorang bukak cerita pasal blogger kalau diorang akan tahu para pengomen akan menghentam blogger tersebut. Suka tengok saudara seagama berkelahi di FB? Suka sindir orang secara halus? Suka kutuk-kutuk orang? Gemuklah. Pipi tembamlah. Bajet best. Blah blah blah.

Aku panas bukan apa. Panas sebab sikap mereka sendiri. Kata blogger profesional. So be professional. Jangan nak kondem orang. Kutuk-kutuk. Beliau yang dikutuk bukan baca pun korang punya komen tu. Jadi cuba jadi jantan. Tak suka cakap je kat blogger tu. Tak payah nak selindung umpama anak baru lahir yang diselimuti kain putih. Tak matang tahu tak?

Lepas ni ada yang kata aku kipas susah nak mati. Bila betul aku sokonglah. Tu je. Dengki dengan aku? Macamlah kau baca entry ni kan?

3 comments:

Sunah Sakura said...

hurmmm... kalo nak tambah dosa, silakan...

fRaMe+LenSeS said...

shian y jadi mangsa tu.. bior je la. dia rasa dia bahagia, biaQ p. nt dia kena balik baru dia tau..

cik azeya said...

susah kalau popular, semua orang nak dengki. jadi bersederhana jelah. tak ada orang nak dengki. tak ade orang ambik kisah. hehe. :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers