CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Tolong! Suami aku...


ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Malam yang dingin menghembus bayu. Sesekali tudungnya terbuai bersama. Malam ini malam terakhir dia menjadi bujang. Sebentar lagi dia akan menjadi isteri orang. Ya orang. Bukan mudah dia terima hakikat ini. Segalanya ketentuan takdir. Mungkin inilah jodohnya. Terpaksa dia melupakan hatinya yang kini milik orang lain.

"Pengantin, apa duduk kat beranda tu. Jom turun," Ifa Haziqah redha. 

"Jap," Ifa membetulkan tudungnya. Baju kebaya putih krim dibetulkan duduknya. Segera dia mengikut gerak langkah mak andam. Mak sudah tersenyum di hujung tangga. Perlahan Ifa melangkah. Mata silau memandang lampu kamera. Seperti artis lagaknya. Namun, kakinya salah langkah.

"Auch," Ifa terjerit. Semua kelam kabut.

"Ya Allah, tolong anak aku," Segera mak naik ke atas. Ifa kembali berdiri. Malu teramat.

"Okey ke tak ni?" Ifa hanya mengerutkan dahi. Malu berbaur dengan sakit.

"Sakit mak," Segera mak memimpinnya ke bawah.

xxxxx

"Pengantin apa ni. Macam mana turun tadi?" Bebel Mak Andam.

"Dah okey kan kakinya tu? Bolehlah kita mulakan majlis. Pihak lelaki dah tunggu," Abah memberitahu. Ifa Haziqah kembali berdegup kencang. 

"Jom Ifa, jalan perlahan-lahan. Si Khairul berpeluh kat depan tu," Ifa mencebik bibir. 'Belum jadi menantu pun dah ambil berat sebegitu'

"Pengantin dah sedia. Jadi jomlah kita mula majlis," Ifa senyum kelat. Mindanya menerawang ke lain. Alam yang lain. Hatinya memberontak namun apalah daya. Ikutkan hati memang dia nak maki Khairul sejak dirinya dilamar depan keluarganya sendiri. Namun, kesihatan mak yang utama. Khairul je mampu membayar kos perubatan mak. Gajinya tak seberapa.

"Upacara pembatalan wuduk," Ifa Haziqah tersentak dengan suara-suara di belakang. Lama dia menggelamun. Akhirnya dia jadi isteri orang. Khairul sudah tersengih di depannya.

"Sayang, tak baik masam-masam depan suami," Khairul mengenyit mata. Tangan dihulur tanda meminta untuk disambut. Ifa menjeling seketika. Dia salam perlahan. Saat bibir bersentuhan dengan tangan kasar itu dia merasakan sesuatu. Sesuatu yang luar biasa. Dia ingin mengangkat kepala namun dihalang. Kedengaran suara suaminya tertawa. Segera Ifa Haziqah menggengam kuat tangan suaminya tanda geram. 

"Argh!" Terjerit kecil.

"Kenapa Rul?" Mak menyibuk. Khairul tergaru kepala tak gatal.

"Tak ada apa mak. Semut kot tadi," Khairul mengangkat kepala Ifa. Masa untuk balas dendam.

"Ciumlah bini kamu tu," Mak segera memberi arahan. Khairul tersenyum puas. Mak memang memahami. Bibirnya mendarat di dahi perempuan yang sah menjadi isterinya. Tak lama kemudian bibirnya mendarat di pipi kanan dan kiri isterinya. Sengaja.

"Nakal betul pengantin ni," Komen saudara lain. Ifa Haziqah malu yang amat sangat. Dia bengang. Khairul masih dengan senyuman bahagia. Bahagiakah suaminya? Dia tak tahu.

xxxxx

"Ifa, buatkan air," Khairul leka menghadap televisyen. Isterinya masih tak berganjak dari komputer.

"Buat sendiri," Ifa malas sangat.

"Buatkanlah. Apa guna saya beristeri kalau saya yang kena buat," Khairul masih memandang ke depan.

"Saya isteri bukan rela. Dahlah, duit pembedahan mak dah bayar belum?" Ifa Haziqah lari topik.

"Saya dah settlekanlah. Awak tak percaya saya ke? Lagipun itu kan mak saya jugak," Khairul berjalan ke arah isterinya.

"Jangan datang sini. Awak nak apa?" Segera jari klik pangkah.

"Awak ni. Kan suruh saya buat air sendiri. Saya nak ke dapurlah ni. Nak merasa air tangan isteri entah bila," Khairul berjauh hati. Sebulan telah berlalu. Ifa masih dengan keras hatinya.

"Erm awak nak minum air apa? Biar saya buatkan. Kang kempunan pulak," Ifa sudah bangun dari duduknya. Khairul tak mengendahkan isterinya.

"Saya pandai buat air sendiri. Lama dah hidup bujang ni," Ifa terasa.

"Sorry, saya buatkan. Awak pergi duduk depan," Tangannya segera memegang lengan lelaki itu. Menariknya keluar. Khairul terkejut dengan tindakan berani isterinya. Tak pernah bersentuhan seperti itu selepas upacara pembatalan wuduk.

"Ops sorry," Ifa tersedar. Khairul hanya mengangguk. Dia masih terasa kejutan elektrik.

xxxxx

"Baik aku update blog," Ifa berkira-kira. Suaminya masih belum turun. Maklumlah hari cuti.

"Alien!" Dia terdiam. Lama Ifa merenung blog tu. Blog itulah blog yang menjadi pujaan hatinya. Sebelum nikah. Ya, sekarang Ifa sudah jarang update. Lelaki yang beridentitikan alien pun jarang update.

"Awak panggil saya ke tadi?" Khairul tercegat di tangga. Ifa merengus. 'Kacau jelah.'

"Jangan nak perasan. Ingat awak handsome sangat ke sampai saya nak seru nama awak?" Ifa tutup blog. Mati mood untuk update. Segera dia ke dapur.

"Awak, pinjam komputer. Nak online," Ifa senyap. Malas nak berbalah. Harta lelaki tu jugak. Hadiah hantaran. Orang dah bagi terima jelah.

xxxxx

"Ifa, tolong ke sini kejap," Khairul menjerit. Ifa terkocoh dari atas.

"Orang nak rehat pun tak senang," Rungutnya.

"Ala tolong kejap. Saya mana tahu password komputer awak ni," Khairul buat muka simpati.

"Oh awak nak guna? Bukan dari tadi on ke?" Ifa pelik.

"Aah tadi on. Tapi entah macam mana hang. Jadi saya tutuplah dulu," Ifa mencebik. Dia menaip password laju.

"Apa tu? A?" Khairul tak sempat baca.

"A apa?" Ifa berura nak naik kembali.

"Password awak tadi A...N. Apa tu? Bagitaulah saya. Senang kalau saya nak pakai lagi," Khairul memujuk.

"Alienlah," Ifa mendaki tangga segera.

"Apa? Alien?" Khairul tergamam. Ifa hilang tanpa suara. Khairul masih terdiam.

xxxxx

"Ifa, saya balik makan malam ni. Saya nak awak masak," Suara ketar. Risau dengan penerimaan isterinya.

"Awak ni tak pernah-pernah nak makan kat rumah. Saya masak? Tak kuasa," Seperti yang dijangka.

"Masak jelah. Saya nak makan. Bukan susah pun kan?" Khairul berdegil. Ifa Haziqah mendengus. Makin pelik sikap suaminya. Seminggu sudah senyap tak terkata. Ni nak makan masakan isteri pula. Ifa menggeleng.

"Awak ni kenapa? Tak bertegur sapa dengan saya. Tahu-tahu suruh masak. Tengoklah kalau saya ada mood," Balas dengan malas.

"Mana boleh tak ada mood. Masak untuk suami sendiri je pun. Lagipun awak tak pernah masak untuk saya. Buat air pun sekali je sepanjang kita kahwin. Takkan awak tak rasa kesian kat suami sendiri?" Panjang celoteh suaminya. Ifa perlu mengalah. Kalau tak sampai esok tak habis bergayut.

"Yelah saya masak. Tapi janji dengan saya dulu," Khairul mengerutkan dahi.

"Apa?"

"Jangan komen masakan saya," Ifa lancar berkata.

"Lagi?"

"Jangan tak balik makan," Khairul tersenyum.

"Ada lagi sayang?" Ifa geram.

"Tak ada. Tu je setakat ni. Malas layan awak!" Klik panggilan di matikan. Di hujung sana Khairul masih tersenyum.

xxxxx

"Awak dari mana ni?" Ifa menjeling suaminya. Kemas. Wangi. Bunga di tangan menjadi persoalan.

"Dari officelah. Kan dah janji nak makan kat rumah. Awak masak tak?" Khairul sengih. Tak sabar rasanya nak buat kejutan.

"Yeke? Macam baru lepas dating je?" Serkap jarang.

"Mana ada. Selama ni macam nilah rupa saya balik kerja," Senyuman menawan menggetarkan rasa. Ifa Haziqah menuju ke dapur. Air basuh tangan dibawa.

"Jomlah makan," Khairul masih tersengih.

"Awak ni angau ke apa? Kot iya pun pergilah tukar baju dulu," Ifa makin pelik.

"Malaslah. Lepas makan saya tukarlah. Lagipun saya wangi apa," Si isteri mencebik.

"Bunga tu kenapa bawak ke meja? Serabutlah saya tengok," Ifa segera mengambil bunga namun dihalang.

"Kejap sayang. Tu bunga penyeri makan malam. Jom duduk," Tangan ditarik. 

"Yela mata awak je berseri tengok bunga tu. Entah siapa punya awak rembat," Ifa membasuh tangan. Dia mencedokkan nasi untuk suaminya.

"Dah tutup cerita bunga. Awak masak gulai ketam. Sedap!" Khairul teruja. Dia pun tak tahu isterinya pandai masak ketam. Selama yang dia kenal isterinya cukup suka masak masakan simple. Itupun dia baca dari blog.

"Makan jelah," Ifa menyuap nasi. Lapar menjengah.

xxxxx

"Ifa, kang kejap lagi saya nak bincang dengan awak. Saya tunggu," Ifa terperanjat. Suaminya benar-benar dibelakangnya. 

"Okey, awak ni suka muncul tiba-tiba," Ifa merungut. Khairul hanya tertawa. Ifa menuju ke ruang tamu.

"Apa dia?" Duduk di hadapan suaminya.

"Saya dah fikir lama pasal benda ni. Sekarang saya harap awak boleh berterus terang dengan saya. Sebagai suami saya ada hak nak tahu," Khairul diam. Ifa Haziqah mula tak keruan.

"Apa dia? Awak ni suka buat saspen," Ketawa dibuat-buat.

"Alien tu siapa?" Terpacul jugak persoalan yang bermain di minda seminggu lepas.

"Alien?" Gugup.

"Ya, saya tahu password awak nama Alien. Selalu orang guna nama penting dan senang ingat untuk password  apa-apa. Sekarang saya nak tahu penting sangat ke alien di hati awak?" 

"Kenapa awak nak tahu?" Ujar persoalan dengan berani. Sebenarnya dia agak gentar. Risau suaminya tahu isi hatinya selama ini.

"Cakaplah, saya suami awak. Tak lena saya memikirkan awak dan si alien yang penting di hati awak. Cakaplah siapa Alien? Pakwe awak ke?" Didesak.

"Awak kenapa nak tahu? Cukuplah awak tahu dia seorang yang penting untuk saya dan takkan mungkin saya dan dia dapat bersama. Sebab awak!" Dikuatkan nada suara.

"Ifa, terima kasih. Tapi kenapa dia?" Khairul tunduk. 

"Sebab dia dah curi hati saya sebelum awak lamar saya lagi. Sebelum kita kenal. Setiap kata-kata dia buat saya makin jatuh hati. Tapi sekarang dia menghilang. Sama seperti rasa saya yang makin hilang. Semuanya sebab awak!" Ifa menitiskan air mata.

"Awak kenal ke siapa Alien tu? Kenapa awak suka sangat dengan dia? Bukan awak nampak dia kat alam yang nyata pun!" Keras suara Khairul ketika ini. Sengaja diuji hati isterinya.

"Sebab cinta tak kenal siapa. Dia datang tanpa diduga. Sesiapa pun boleh bercinta. Tak kiralah nyata atau maya. Dia manusia. Tak salah kan saya nak berikan cinta saya kepada dia?" Khairul terus memeluk. Ifa tergamam.

2 minit kemudian.

"Kenapa awak peluk saya?" Ifa pelik.

"Saja," 

"Awak ambil kesempatan kan?" Ifa geram.

"Tak," Senyum.

"Habis?" Blur.

"Sebab Alien cakap dengan saya yang dia sayangkan awak jugak. Awak tak bertepuk sebelah tangan. Tahniah! Sebab tu saya peluk awak," Khairul tersengih.

"Awak! Pelik. Suami saya seorang yang pelik. Mana awak jumpa Alien tu?" Ifa bertanya pula.

"Saya dah jumpa dia lama dulu. Sebelum awak kenal dia," 

"Kenapa tak cakap?" Matanya bersinar.

"Awak tak tanya,"

"Dah mana saya tahu awak kenal Alien saya tu," Ifa geram. Terasa dipermainkan.

"Ifa kalau awak nak jumpa Alien awak tu. Meh saya tunjukkan," Ifa melompat. Terperanjat!

"Serius?" Khairul angguk.

"Jap saya nak bersiap," Ifa teruja.

"Tak payahlah. Sini ikut saya," Tangannya ditarik. Ifa mengikut sahaja.

"Pandang cermin ni," Ifa pandang.

"Bunga ni untuk isteri saya yang ada di depan cermin ni. Ambillah. Saya beli untuk awak. Sepanjang kita kahwin saya tak pernah bagi hadiah apa-apa untuk awak," Sayu pula Ifa mendengar.

"Awak, kenapa mood sedih ni?" Ifa memandang suaminya melalui cermin.

"Okey tukar mood. Ni nak cerita pasal Alien awak ni," Nada bertukar ceria.

"Alien awak tak baik mana. Dia suka tulis blog," Ifa mengangguk. Senyuman masih tak lekang.

"Dia sangat suka alien. Bagi dia alien unik. Lain dari yang lain," Khairul berhenti seketika.

"Dia dah jatuh hati dengan awak. Sebab tu dia dah tak update. Dia malu. Malu dengan awak,"

"Kenapa nak malu. Bukannya kitorang berjumpa pun," Ifa tak puas hati.

"Dengarlah dulu yang oi. Sibuk nak celah," Pipi Ifa dicubit lembut.

"Dia cuba macam-macam cara nak dekat dengan insan bernama Ifa Haziqah tapi awak menolak. Awak tak tahu pun dia Alien kat dunia maya tu," Khairul saja menduga rasa. 

"Eh ada ke? Ni cerita bohong. Awak nak tipu saya eh?" Ifa tak puas hati. Tak sabar pun iya.

"Dengarlah ni. Dia dah berusaha sampailah dia boleh menyentuh awak secara halal macam saya buat ni," Pinggang dipeluk. Ifa tersentak.

"Apa yang awak nak buat ni? Merepek je kan,"

"Betul sayang. Alien tu dah kahwin. Dan dia ada kat depan cermin ni," Khairul memandang tepat pada cermin.

"Mengarutlah. Takkan awak Alien tu. Jangan nak mainkan perasaan saya. Mentang-mentang saya ni isteri awak. Awak boleh gurau macam ni sekali. Serius tak kelakar okey!" Ifa mahu bergerak dari situ. Lemas. Sakit hati.

"Ifa Haziqah. Saya Khairul, empunya blog Invasion Plan. Sayalah Sargeant Keroro awak tu. Sayalah Alien tu. Kalau awak tak percaya, saya boleh nyanyikan Alien Song untuk awak," Ifa terdiam. Menanti lagu yang ingin dinyanyikan.

"Aku ni seorang alien, seorang ke seekor? Tak kisah la yang mana satu, asalkan aku gembira, aku ni adalah seorang alien," Suara suaminya sama seperti video dalam blog itu. Serentak dipeluk suami tersayang. Terhenti lagu alien yang dinyanyikan.

"Tolong! Suami aku Alien!" Ifa jerit.

"Syyh sayang jangan jerit. Kang jiran marah," Ifa dan Khairul tersenyum bahagia. Siapa sangka maya menyatukan mereka di alam yang nyata.
Tamat.

Kredit kepada Alien! Dia punya komen kat sini buat aku terfikir cerpen kali ni. Merepek betul kan? Cerita ni tak ada kaitan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Saja suka-suka. Keroro suka tak?=P

11 comments:

sergeant keroro said...

hahahaha, nice!! XD

p/s : sengih seorang diri :P

aimie amalina said...

heeee~ sangat besss! kiki...

ir prof dr alia rosli said...

suke suke
bestnye

alaaaaaaaaa, akak nie, lama dah kite tak berangan nak kawen

hahhahahha

Hans said...

hahahaha
aku ingat kisah betul
tertipu aku
tapi best la
terbayang2 aku aksi diorang dua
ekekekekek

Keputusan Jom Main Teka - Teki

^baju kurung^ said...

like.like.like!
seribu kali like :D
laen kai watla lg..best tauuu

cik pulau said...

wohooo.. alien tu.. keeh3

Atiqah Sa'ahiry said...

iffah : password tu pun , kebetulsn sama...hhaahaa,kita pun letaklah nama si dia..senang ingat,.hahhaa

azeelia azman said...

hahaha ok sumpahh lawak! hehe

Nur Zulaikha said...

ni hasil cerpen awk ke???tahniah..tergelak sorg2 membacanye..haha..nasib x de yg tgk...

wany dianwanie said...

suka sgt...kebetulan dah lama tinggal cerpen & novel2 ni...bila bce cerpen ni trus jadik gian balik...huhu

Nong Andy said...

Teruja sangat membaca sampai mata rasa nak terkeluar meletak kat monitor pc hahaha...

*Aku bagi seribu bintang berkelip-kelip di atas langit :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers