CORETAN TERBARU NADH

Maaf aku dah berpunya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ingatkan seronok single ni. Tapi tadi ada orang ajak aku keluar. 

"Eh tudung tak pakai lagi," Aku jerit dari dalam. Aku capai pashmina belit je tanpa pakai pin. Segera mencapai sandal.

"Jom test drive," Aku angguk.

"Ni kereta ni kena panas enjin 10 minit kalau lama tak guna," Aku angguk lagi.

"Semua okey. Cuma jangan bawak laju sangat. Jom keluar," Aku naik kereta. Dia pakai seat belt. Aku malas.

Dia bawak laju sangat. Gerun aku. 

"Okey je kereta ni. Jangan bawak lebih had je. Kalau tak minyak masalah nanti. Tangki tersumbat," Aku senyap.

"Isi minyak," Aku diam memerhatikan tingkahnya. Dia bayar. Kembali ke pam minyak. Isi minyak kereta aku. Diam lagi. Aku tengok dia cuci cermin depan. Aku tengok minyak dah full. Aku gembira tak payah bayar. Senyum sendiri.

"Jom, tayar pancit ni," Aku tengok dia bawak kereta tenang. Sampai je aku turun. Konon nak membantu. Tapi dia tak benarkan. 4 tayar dia isikan. Memang pancit. Aku langsung tak tahu apa-apa. Diam jelah.

"Dah, lain kali check. Jom balik," Aku diam lagi. Tak terkata. Baguskan kalau suami aku macam ni. Semua dia buatkan.

"Kereta okey. Jangan risau," Dia siap pesan. Aku tersenyum dan berlari masuk rumah.

Persoalannya siapa si dia?

Korang rasa?

Nak teka?

Aku segan nak bagitau.

Kang korang jeles.

Dia aku punya.

Korang tak boleh.

Sebab dia idola aku.

Aku admire sangat.

Dialah my hero.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Dia tu siapa?
v
v
v
v
v
AYAH AKULAH. Korang fikir apa jelah tu=P 
Ps: Aku memang buta pasal kereta. Hope jodoh aku bagus macam ayah aku. Sayang ayah lebih=P

8 comments:

..cik gugu.. said...

sume gurl nk jodoh dy mcm ayah dyowg kan..

HASNORWANI ... said...

wah so suweeeet..

mama comel said...

setuju ngn cik gugu...pernah impikan lelaki macam ayah untuk jadi suami..tp dpt yg lebih kurg pun alhamdulillah...

sergeant keroro said...

hehe, dah agak dah. wekkk :P

p/s : kang dapat suami macam alien camne? hahaha XD

ir prof dr alia rosli said...

yep, nak sangat somi mcm abah

emmmmmmmm,sayang abah

JIJI YU said...

ahaha..mmg bapak adalah lelaki terbaek

aimie amalina said...

kikiki~ bes2..hehe..nk cri suami c suami yg mcm ayah kan..hehe =)

cik pulau said...

weewiitt..
vroomm.. vroom..hahha

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers