CORETAN TERBARU NADH

Apa masalah kau sebenarnya?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku baru sedar tajuk macam nak cari gaduh je kan. Haha peduli apa aku. Aku terfikir idea ni masa baca blog Mr Thinker. Panjang pulak aku komen kat blog dia. Dari pagi tadi nak baca. Entrynya panjang jadi kena take time. Cik Pulau pulak telefon. Bergayut dua jam. Aku ulang dua jam. Tak tahu kenapa terputus. Pengsan.

Kembali ke pangkal jalan wahai Iffah. 

Aku nak korang bersama aku untuk menajamkan kemahiran berfikir iaitu menjana idea. Untuk apa? Topik kali ini pasal emosi. Apa yang korang faham tentang emosi? Okey simpan jawapan tu dulu. Boleh luahkan emosi di ruang komen ye.

Semua mesti kebanyakannya sedang belajar. Sedang menuntut di mana-mana institusi. Tak kiralah sekolah ke, pendidikan tinggi ke. Janji belajar. Korang rasa korang belajar untuk apa? Dah selidik dalam-dalam? Aku sebenarnya nak kongsi pasal kecerdasan emosi.

Kita asyik cerita pasal intelek yakni akademik. Antara kita sedar atau tak ramai pelajar khususnya yang belajar ijazah, sarjana, Phd mengalami gangguan emosi. Tengok macam mana kes Sufiah. Ramai lagi sebenarnya. Ada yang jadi penebar roti canai yang asalnya pelajar cemerlang akademik.

Kenapa jadi macam tu? Jawapan senang je. Pengurusan emosi mereka tak begitu baik. Mereka ditekankan untuk belajar, belajar dan belajar sampai satu tahap mereka bosan dengan hidup sendiri yang macam boneka. Ikut je kata orang lain.

Apa masalahnya? Kenapa kena belajar je? Kenapa keperluan maslow yang 4 peringkat tak dipenuhi? Sebab tu mereka jadi macam sekarang. Sebab mereka hanya diajar mengejar akademik. Emosi gagal kawal. Akhlak tak cukup.

Tengok berapa ramai mak ayah mati di tangan anak sendiri? Nak kata tak pandai belajar tinggi. Tapi tak tahu nak kawal emosi marah. Tak tahu nak bezakan yang mana baik mana buruk. Apa masalah kau sebenarnya? Hidup bukan semata-mata mengejar ilmu akademik.

Jadi korang-korang kat luar sana jangan jadi macam mereka. Jangan terlalu mengejar ilmu duniawi. Tak kekal semua tu. Santapan nurani pun kena ada. Tu kena tanya para ustaz. Kita alpha sebab terlalu asyik mengejar ilmu yang kononnya menjanjikan kejayaan.

Tapi kita silap, tanpa izin Allah takkan kita berjaya mencapai impian itu. Jadi seimbangkan keduanya. Emosi perlu juga dikawal. Kalau benar kau orang beriman takkan senang sekali kau mudah terpesong dengan hasutan jin dan syaitan. Sekian.

Ps: Dia pun kejar akademik dan santapan nurani.

14 comments:

Unknown said...

emosi kita bercelaru g..hhhaha...selagi tak test jpj isnin ne..ahah..harap2 LULUS..pas tu lega..daa..xde nak g kelas memandu g..terima kasih iffah sudi buat entri ini..hehe..luahkan di sini..

Unknown said...

aku baca ps macam hj..ekke

aamalinaazman said...

wuuuu
betol!
payoh gak kalo belajo tapi x hamik peduli persekitaran..
hidup bermasyarakat..bukn sorg2..
cube2 la bawa emosi berkehidupan yg luas ms belajo..insyaAllah, Dia selalu dengan kite..


p/s: ye..saye kejar akademik+nurani..=)

Liling said...

seimbang lebih baik =)

K said...

autopost ni, haha :P

Syaffroni Effendy Bin Safar said...

Benar ... aku setuju ngan point saudari ... aku selalu menasihatkan adik aku ... Orang yang belajar tinggi belum tentu berjaya dalam hidup manakala orang yang dikategorikan sebagai malas, nakal itulah kekadang yang berjaya dalam hidup ... tapi untuk hidup selesa di dunia ini semestinya sijil itu penting ... Itulah masalahnya ...Namun ini sekadar pendapat peribadi aku ... Wassalam.

Diana @ BKKC said...

maslow hierarchy...mm...idup ini susah nk sampai ke self satisfaction.. Sudahnya...terumbang ambing ditengah2 kerna ingin memenuhi self satisfaction

Hafizin Jamil said...

semuanya biiznillah...

aiman said...

setuju.. kita kena seimbangkan semuanya..

Anonymous said...

emosi jap. haha. x ade lah. biasa2 jaa.

kadang2 keegoan itu menyebabkan emosi mereka terganggu dan mengganggu persekitaran.

sblm beremosi, perlu berzikir banyak2 agar hati lembut sntiasa. :)

Sunah Sakura said...

mula2 nak tegur typo... "Sedanag menuntut"

sedenak ke? :D

hurmmm..pasal sufiah tu, dan yang lain2...itu ujian untuk mereka sebenarnya... Allah uji mereka dengan kecerdikan dan kepandaian, tetapi bagaimana mereka menyambut ujian tu? adakah mereka bersyukur dan beramal dengan apa yang mereka ada? ingatkah mereka sentiasa pada Allah yang memberikan kepandaian dan kebijaksanaan?

hingga satu ketika nikmat itu ditarik semula, untuk kita yang melihat mengambil iktibar...

FaKArePa!n said...

maslow tu ape benda ??

maszull said...

salam iffah...menuntut ilmu ni sememangnya disuruh dlm islam tapi kalau dah belajar hingga ke peringkat yg tinggi tapi kurang mengamalkan keseimbangan emosi mungkin berilmu pun x ada gunanya...

oleh itu keseimbanagan harus ada bagi kedua2nya...ilmu,emosi dan keimanan.....:)

Cik Pulau said...

errr... DUA jam....

hahahha


dalam berjuang.. jangan terlalu mengharapkan keuntungan dunia..sesungguhnya Allah ingin mereka mencari pahala akhirat.
jangan terlalu mengejar duniawi..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers