CORETAN TERBARU NADH

Apabila gula-gulapelangi meniti di bibir mereka

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Situasi:
Berbuka puasa bersama keluarga Seri Iman.

Masa:
Selepas azan maghrib.

Menu:
Udang gulai bercendawan, kerang masak rebus, ikan kerisi masak kicap, daging kunyit, petai, sambal tempoyak dan air teh tarik.

Watak:
Ipah, Ena (Adik bongsu), Ibu, Ayah

Ibu: Macam mana jadi bibir macam tu. (Semua pandang bibir ena yang bengkak macam kena sengat)

Ayah: Dia makan gula-gula pelangi tak. *Sengih.

Ipah: *Terkedu.

Ena: *Masih cover bibir seksi kalah angelina jolie.

Ibu: Eh gula-gulapelangi kan ipah punya.

Ipah: Apa semua ni?

Ayah: Yalah dapat baju gula-gulapelangi. Dapat free ke?

Ibu: Takkan free pulak. Dia belilah tu. 

Ipah: Rahsia. *Sengih malu.

Perbualan terhenti kerana masing-masing khusyuk menikmati makanan. Ipah terus tak selera.

Aku tak tahu kenapa ibu boleh ingat link blog aku yang panjang ni. Grr sekarang ayah aku dah hafal pulak. Macam mana ni? Menguatkan lagi alasan nak tukar domain. 

Tshirt kelab blogger Ben Ashaari dah sampai. Hasil memuaskan. Cantik seperti dalam gambar. Sesiapa nak tempah boleh layari http://benashaari.com/. Iklan sebentar =)

Ps: Hari ni baru aku tahu yang dia seorang yang manja.

13 comments:

Anonymous said...

perbualan pun anak dgn ibu bapa pun manja gak. kekeke. :)

ini rupanya reaksi ayah. :D

FaKArePa!n said...

ayah y gembira dapat membuat anak gadis nya malu tersipu- sipu.. hehe

aamalinaazman said...

hehehe
kompem tukaq pi gula-gulalolipop hokey!



p/s: opah plak mood ke lauuuuutt..

FaKArePa!n said...

Mr.Thinker@Ali..

Tony-tony Chopper..heheh

K said...

hehe, sebab senang walaupon panjang :P

mas saari said...

dah dapat ke baju tu? akak tak dapat lagi... huhuhuhuuu

Diana @ BKKC said...

catchy lah gula2 pelangi tu..nape nak ditukar??

msredcheesecake said...

pesalahnya abah tau link blog...ada rahsia ke? hheee...

sape lah DIA tu....bila nak expose?hheee

~..Lesung Batu..~ said...

hahahaahah~ comel..kih3 ala kalo tuka domain pon sama je la... taip gula2 pelangi pon nnti link ke domain yu jugak..=p

Unknown said...

nice name

Elly Jade said...

betul cakap lesung batu.hehe
seb baek ade dash (-) kat gula-gulapelangi at least ayah ipah lmbt sket nk crik blog ipah.hehe

shamyheart said...

gula2 pelangi.. ok apa. nak tukar domain jadi apa plak?

fRaMe+LenSeS said...

wahhh. seronok la.. ;)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers