CORETAN TERBARU NADH

Segmen Angah Ini Blog Jiwa Jiwa : Ertinya Cinta Pada Anda

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Klik header angah ni ye
Cinta? Bila kata cinta aku mesti tersenyum. Aku suka bab-bab ni. Kalau copy paste ayat sendiri kat header boleh? Haha pemalas punya budak. Okey-okey aku serius.

Cinta sungguh subjektif. Lain orang lain pendapat tentang cinta. Sampaikan tak ada satu falsafah cinta yang kena dengan jiwa orang yang berlainan. Cinta itu indah. Pastinya membuai rasa bila dihinggap anugerah Tuhan yang esa. 

Siapa yang tak mahu cinta hadir di dalam jiwa? Menipulah. Cinta yang mengasyikkan bisa membuatkan kita lalai. Sungguh cinta membawa bahagia dalam pada masa yang sama boleh menjerat diri ke arah kedustaan, kekecewaan dan pengkhianatan.

Cinta bukan tertumpu pada hati insan malah cinta ini luas jika nak diperkatakan. Namun sebelum cinta sesama manusia singgah apa kata kita sama-sama semai cinta kepada diri sendiri. Ramai sudah lupa cara mencintai diri sendiri. Cintailah diri kamu sebelum kamu membuka hati mencintai insan lain.

Cintailah diri seadanya. Cintailah diri dengan menggunakan seluruh anggota ke arah kebaikan. Cintailah diri untuk mendekatkan cinta kepada yang esa. Tolonglah cintailah diri kamu tanda kamu menghargai cinta yang Allah beri tak terhingga buat sekalian hambaNya. 

Cintailah wahai manusia. Tak rugi untuk mencintai, dicintai, menyintai, cintakan seluruh alam yang tersergam buatmu. Cinta itu terlalu agung jika mahu diperlekehkan. Cinta itu terlalu universal jika diceritakan. Cintailah yang maha mencintai. Wassalam.

Ps: Cintailah dia sebagai insan yang wujud di dunia ini.

14 comments:

anGah said...

bila otai dh bersuara tentang cinta.. huhu.. terkedu.. ayat meletup..

papepun terima kasih bebanyak sudi join segmen ye... thanks :)

anGah said...

huhu.. otai la tu.. tak nak ngaku pula.. promote lagi? haihh.. segan la nak promote.. sekali lalu dh le promote.. nt takut org menyampah laks.. nak buat segmen ni pun takut ada org menyampah.. huhu

sunah tak nak join? haha.. kena la tanya dia.. tak tau le dia perasan ke tak segmen nie.. huhu..

thanks join otaiii

maszull said...

salam iffah...cinta itu buat kita gembira,suka, hidup sempurna ,jika hidup tanpa cinta seperti hidup tanpa haluan kerana cinta itu mengajar kita erti kehidupan yang sebenarnya...

Cinta pada Yang Esa tiada batasnya sentiasa ada di hati setiap manusia yang beriman dan bertakwa...

sungguh bahagia pada sesiapa yang memiliki cinta sejati...:)

Alhamdullilah...:)

Anonymous said...

wow..cintai la diri sendiri sblm menyintai org lain...terbaekkk

Anonymous said...

salam ziarah;)

cinta oh cinta.skopnya tak terjangkau deka akal manusia. sungguh terkesan dengan cinta iffah.hehe.

p/s: mau tanya, iffah ni syarifah ek?hehe;)

Azeelia Azman said...

cinta Allah cinta terbaek :)

merahitujambu said...

nice..salam syawal.

cinta..cinta..cinta..=)

Elly Jade said...

memang giwang!

aamalinaazman said...

weee
tgk tajuk belog ni ape kan..
heeee...
kak ngah boleh join pakarcinta.com =]

Luqeem™ said...

cintai cinta.

Anonymous said...

belajar mencintai diri sendiri. terkesan d hati! ^^

fRaMe+LenSeS said...

apabila srikandi cinta berkata-kata. lalalalalalalala~~

Muslimah Optimis said...

bila srikandi cinta berkata-kata.. memang betul apa yang dikata.. :-)

MO pon join jugak... Bagi MO cinta tu Ibarat seperti limau.. jemput baca dan tinggalkan pendapat anda :-)

Segmen Angah Ini Blog Jiwa Jiwa : Ertinya Cinta Pada Anda

K said...

untunglah jiwang habis~~

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers