ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“Kau kenapa?”
“Patut kau tanya soalan tu pada
diri kau!” Shahila mendengus kasar.
Suasana sekeliling yang hingar
tidak mereka pedulikan. Masa ini persahabatan sudah mula goyang. Semua
gara-gara cinta.
“Eh! Apasal aku? Shah kau dah
berubah. Sehinggakan aku rasa kau bukan yang aku kenal dulu. Kenapa?”
“Sudahlah Imran. Aku malas
bertekak dengan kau. Kau pergilah. Leave me alone!” Shahila segera menutup
bukunya. Dia perlu ke tempat lain bagi meredakan gelodak jiwa.
Imran hanya mampu memandang.
Perubahan mendadak sahabatnya sangat terkesan. Dia tahu pasti ada perkara yang
terjadi. Sepanjang 3 tahun perkenalan tak pernah si gadis berubah laku. Mereka sangat
akrab. Atas nama persahabatan.
Xxxxx
“Shahila!” Suara Azizi bergema.
“Ya ayah,” Shahila menikus. Dia
tahu dia salah.
“Kenapa dengan kamu ni?”
“Kenapa apa?” Shahila diam tak berkutik.
Dia tahu ada yang tak kena.
“Yalah selalu sangat balik lewat.
Anak dara tak elok keluar selalu,”
“Orang nak siapkan tesis. Kan dah
tahun akhir. Ayah jangan risau sangat,”
“Mana ayah tak risau. Kamu tu
asyik dengan tugasan kamu. Ayah tak nampak bayangan calon menantu ayah lagi. Umur
macam kamu ni dah patut kahwin pun,”
Lagi-lagi soal kahwin
dibangkitkan. Shahila, anaknya setia di sisi selepas kematian si jantung hati
dua tahun lepas kerana kanser serviks. Azizi risau tentang anak bongsunya itu.
“Ayah ni tak habis-habis soal
kahwin. Orang muda lagilah. Lagipun anak ayah ni mana laku,”
“Aik macam jauh hati je. Kenapa?
Kena reject?” Seraya si Ayah ketawa.
“Amboi seronoknya dia gelakkan
kita. Ayah, orang tak nak kahwin boleh? Nak jaga my pyaare daddy seumur hidup
ni,”
“Shahila! Kamu jangan nak
pandai-pandai. Kamu tak payah jaga ayah. Ayah ni dah tua. Mati tu bila-bila
datang menjemput. Ayah tak nak tinggalkan kamu tanpa ada pohon untuk berteduh.
Nak tak nak Ila kena kahwin sebelum habis belajar!” Ayah bengis. Gerun melihat
perubahan ayahnya, Encik Azizi.
Xxxxx
Shahila pantas membuka langkah.
Enggan hatinya yang sudah terhiris ditambah sakit lagi. Perih rasanya
dikhianati teman sendiri.
“Shah please!” Tangan digenggam
erat Wahida.
“Apa yang kau nak?”
“Aku serba salahlah. Imran macam
tu kau pulak macam ni,” Tangan direntap.
“Kau jangan susahkan diri fikir
pasal aku. Kau jaga hati Imran sudah!” Shahila tak betah lagi di situ. Air mata
mula bergenang. Pengakhiran ceritera sahabat sungguh dia tak mahu namun dia
terpaksa.
“Shah!!! Maafkan aku,” Dia
menangis laju. Pantas nombor Imran didailnya.
Dia tekad dengan keputusannya.
Pernikahan harus dilaksanakan. Bimbang banyak hati yang akan terluka. Kisah ini
akan bertambah tragis dan sememangnya Wahida tak mahu itu berlaku.
Xxxxx
Malam terasa dingin. Air mata
setia menemani. Shahila dikejutkan berita majlis pernikahan sahabatnya Wahida. Dia
sengaja tak mahu pergi. Esok pagi Wahida akan diijab kabulkan. Dia? Masih
sendiri. Ayahnya masih memujuk dia mencari cinta sejati. Dia terus mengelak
selagi daya. Hati yang kecewa tidak bisa diubati.
Xxxxx
“Aku terima nikanhya dengan mas
kahwin RM 15,000 tunai,”
Lafaz itu sah. Dia bergelar
seorang isteri akhirnya. Demi memenuhi hasrat si ayah. Shahila nampak wajah tua
ayahnya tersenyum riang. Dalam hatinya, syukur teramat sangat.
“Shahila maafkan abang,”
Kata-kata itu bagaikan halilintar memanah sekeping hati. Tangan yang disua
berat rasa hatinya ingin menyambut. Apabila terkenangkan ayah, lambat-lambat
dia bersalaman dengan sang suami. Dia tak tahu permainan apakah yang tuhan
aturkan untuk jodohnya? Dia pasrah akan takdirNya.
Xxxxx
“Abang nak outstation dua hari
ni. Jadi awak duduk rumah ayah ye,” Imran ujar perlahan.
“Kau susah apa? Tahulah aku jaga
diri. Anyway, tak payah nak bagitau aku kau nak pergi mana sekalipun.
Rimaslah,” Shahila membentak.
“Ila, janganlah jerit. Orang
sebelah dengar apa pula kata mereka,”
“Yang kau kisah pasal diorang
kenapa? Kalau malu sangat kenapa nikah dengan aku?” Hatinya geram.
Imran memujuk hatinya. Dia tahu
Shahila masih marah. Dia sememangnya senior merangkap sahabat isterinya satu
tika dulu. Dia sangat faham rasa hati isterinya.
“Ila ambillah masa yang Ila nak.
Abang tunggu. Lagipun, abang suami Ila. Hakikat itu takkan berubah sayang,”
Tenang saja Imran. Lagilah hati wanita itu membengkak.
“Kau ingat kita kahwin ni sebab
aku suka kau ke? Mati hidup balik pun aku takkan terima kau. Kenapa
terhegeh-hegeh cari aku? Keenapa tak cari bini tua kau tu?” Rahsia sekian lama
terpendam diluahkan akhirnya.
“Isteri tua? Kelakarlah awak ni.
Awaklah isteri abang, Ila. Satu-satunya,”
“Pandai sangat kelentong aku.
Habis Wahida buah hati kau tu nak campak mana? Outstation konon!” Imran blur.
Shahila lari masuk ke bilik. Hati wanitanya terhiris lagi.
Xxxxx
Bunyi SMS masuk
menganggu kosentrasinya. Shahila membaca sejenak. Wahida? Serentak dia bangun
dan bersiap untuk keluar.
Shahila berdiri
sebatu dari Wahida. Jijik rasa hatinya bersebelahan dengan orang yang sanggup
tikam kawan dari belakang.
“Untuk apa kau
jumpa aku ni?”
“Untuk aku
leraikan segala kekusutan selama ni Shah. Aku dan Imran…” Belum sempat dia
menyudahkan ayat Shahila mencelah.
“Sudahlah Wawa!
Permainan korang dah tamat. Aku penat dengan lakonan ni. Korang buat rancangan
ni sebab nak jaga hati aku. Kau suruh Imran nikah dengan aku. Kau ingat aku
akan bersahabat dengan kau? Cukuplah Wawa. Aku penat. Anggap jelah kita tak
pernah berkenalan!” Wahida menangis.
Seorang lelaki muncul menyapu air matanya.
Shahila mula merasa jengkel. Masakan si isteri boleh berlaku curang di belakang
suami. Dia terasa diperbodohkan.
“Wawa! Kau ni kan
memang perempuan tak guna!” Jeritnya kuat. Dia mahu melepaskan amarah.
“Sudah! Saudari
melampau. Saudari menghancurkan sebuah persahabatan hanya kerana cinta. Saudari
menuduh Wahida tanpa usul periksa. Paling saya tak sangka saudari sanggup hina
isteri saya. Apa salah dia?” Khairil bengang.
Shahila terkejut.
Semuanya berlegar di minda. Satu persatu penjelasan dari mulut suami Wahida
membuatkan dia terpana. Suami Wahida iaitu Khairil begitu marah. Shahila hanya
mampu menangis beribu sesalan.
Xxxxx
Malam itu
tangisan belum reda. Sengaja dia berkurung. Malu berdepan suaminya. Sebulan dia
tak menunaikan tanggungjawab terhadap suaminya. Berbulan lamanya dia menaruh
dendam yang keramat. Bunyi ketukan di pintu tidak Shahila hiraukan. Dia kecewa
dengan dirinya.
“Ila. Kenapa ni?”
Air mata isterinya disapu. Shahila memandang suaminya perlahan. Terasa dirinya
begitu berdosa.
“Abang…” Tangisan
berlanjutan. Imran segera memeluk isteri kesayangannya. Dalam hatinya dipanjat
syukur kepada Ilahi.
“Abang dah tahu
semuanya. Abang gembira Ila dah berubah. Lama abang tunggu,” Senyumannya
meleret.
“Abang, saya
minta maaf. Saya tak tahupun abang suka saya sebenarnya. Saya tak tahu pun
abang rapat dengan Wawa sebab saya dan saya tak tahupun yang abang bukan kahwin
dengan…”
”Syyyhh sayang. Dah
jangan sebut lagi benda dah lepas. Anggap jelah ini sebagai pengalaman yang mengajar
Ila erti hidup. Abang dah bersyukur sangat tau. Akhirnya Shahila binti Azizi
menjadi isteri abang yang sah dan terima abang sebagai suami,” Shahila senyum
bahagia.
Segala kekusutan
terlerai sudah. Hanya kerana cinta dia menjadi buta. Hati buta menilai
kebenaran di depan mata. Cinta melebihi akrabnya persahabatan hingga
menimbulkan fitnah dan prasangka. Akhirnya, kerana cinta jugalah menyatukan
mereka semula. Shahila bahagia bersama Imran. Begitu jua Wahida dan Khairil.
Nota Iffah: Penat fikir tajuk. Akhirnya muncul saat akhir. Cerpen ini sepenuhnya dikarang dan ditaip menggunakan sebelah tangan iatu kiri. Sehari
suntuk aku taipnya. Hargailah nikmat Allah beri sebaiknya dan gunakan ke jalan
yang baik.
Ps: Dia nak baca
ke?
11 comments:
tu la tak periksa awal2..kan dah slh phm...
susah la kalo jatuh ati ngan kwn sndiri
best.. hehehe. tulis lagi..hehehe
dah boleh agak jalan cerita. haha
Wahhh bez2..aq bce ni pukul 5pg..
Mata bpina2..ingatkan shah tu laki..
Rupa nya shahila..2kali aq baca disebabkan x tdo lg..dan mengantuk..ekeekek..
Bez ayat2 ko..
Jln crite oke..
Quote yg aq suke dlm entri ni,
''KALAU MALU SGT KNP NIKAH DGN AKU?''..bleh guna utk bini aq nanti ni..''woi,kalo xnak masak knp nikah dgn aq!!hoi kalo xnak beranak knp nikah dgn aq!!''
ekeekekek...
And otak jahat aq ada detect sesuatu kt entri ni..
''SEBULAN DIA TAK MENUNAIKAN TGJAWAB THADAP SUAMINYA''...
tgjawab apa kah itu?kesian laki dia..huh!!kejam sguh...tgwjb=masak,basuh baju,cuci pinggan ke?
ayooooooo
napelah x tye peghabih kat suami
huhu
mungkin gak x tye sebb dh sakit ati kan
huhuhu
p.s: gigih tol budak ni menaip
aihh..kak ngah2..
waaahhh..
yu dengan tangan sebelah tu pun boleh mengarang cerpen..
hebatlah yu..
em..cerita terlalu cepat..bolh diperkmbangkan lagi.jaln cerita best tp mood xcmpai kat pmbaca..errr?
eh kenapa kita sama ni boboi? hahahah~
not bad laaaaa
jgn terlalu cpt buat keputusan
wah.. ini sungguh hebat! cerpan siap walau dengan satu jari.. tabik lah Iffah!
*baru blogwalking. lama cuti kat kg :)
Post a Comment