ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Yang pasti bukan aku. Kahwin pun belum. Sebenarnya rasa tak layak je tulis pasal ni. Tapi disebabkan aku juga perempuan. Dah nama kongsi suami. Haruslah kaum hawakan? Bagi aku masalah ni bukan bukan jadi beban untuk kita tangisi.Tapi hati mana tak sedih kalau dapat tahu kita bermadu.
Kalau aku pun aku pasti akan sedih. Ni yang belum kahwin. Yang dah kahwin mesti risau je. Kalau ada para pembaca yang mengalami masalah ini, aku harapkan agar kamu tabah. Janganlah kamu bersedih. Kamu akan bahagia walaupun terpaksa hadapi ujian sebegini. Perkara yang boleh membantu kamu mengusir kesedihan itu ialah;
1. Sunnah Nabi: Poligami memang sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Kita sebagai wanita dan hamba Allah kena redha. Kalau tak boleh terima hidup bermadu, maka ambillah penyelesaian lain. Jangan simpan dendam dan sedih dalam hati. Rosak hati nanti. Isteri yang redha suaminya berpoligami akan dijanjikan ganjaran di akhirat kelak.
2. Pertahankan hak: Kalau benar suaminya tak mampu berpoligami, teruslah adukan kepada pihak yang berkaitan. Ada juga kes seseorang. Suami dia tak mampu tapi nak kahwin dua. Akhir sekali dia failkan penceraian dan tuntut harta sepencarian. Suami dia tinggal sehelai sepinggang dan dia masih bahagia walau hati sakit.
3. Syukur: Syukur suami anda tak buat hubungan haram di sisi agama. Kadang ada bagusnya dia mengaku dia dah kahwin lain. Dari dia melanggan sesiapa untuk melampias nafsunya. Dia dapat dosa. Kita turut jadi mangsa. Kalau nasib tak baik kena HIV, AIDS.
Memang aku serba salah bila bicara soal ini. Tapi aku juga akan sedih jika diperlakukan begini. Adakala kita kena terima hakikat dan anggap ini ujian Allah kepada kita yang terpilih. Lain orang lain dugaan yang dia harus hadapi. Jadi la tahzan. Sesungguhnya Allah itu ada. Allah takkan menganiaya hamba-hambaNya. =)
Ps: Pengsan kalau dia macam ni.
17 comments:
ye kak ngah :)
terima kasih utk entri ini sayang..
kadang2 perlu kembali..bukn kdg2..tapi setiap masa, memang perlu mengiyakan semua ini kan.. :)
sejujurnya,sy x boleh..tp kalo takdir sape boleh tolak
mungkin Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita..
sangat kagum kepada perempuan yang rela hati berpoligami! tabah!
x sanggup bayangkan kalau dimadukn
x sanggup bayangkan kalau mak dimadukan =(
x sanggup bayangkan kalau adik2 dimadukan =(
x sanggup bayangkan kalau kwn2 dimadukan
berdoa yg terbaik utk semua
la tahzan !
Awak..Cik Mendezz pon setuju bab bersyukur tu..
tapi sebab fikirkan dgn siapa kita berkongsi jugalah yg menjadikan perempuan tidak sanggup berpoligami..
I pon ada buat entry pendapat peribadi tentang poligami..
http://azuramendezz.blogspot.com/2011/12/awaksaya-gila-kan.html
baca buku La Tahzan ke? saya ada buku tu 4 bulan lepas tp smpi skrg tak bukak2 lagi...hehehe
kalau camtu nak kahwen ngan awak boleh? hahaha oppss silap kawan bukan kahwen.. aduii cabul pulak mulut ni.. isk3.. maaf..
betul kalau saya buat masa sekrang ni tak terpikir lansung untuk beristeri lebih dari sedangkan diri terumbang ambing, satu isteri tak terdidik inikan dua atau tiga. Si isteri pertama memang ada hak menilai sama ada suaminya mampu beristeri lebih adri satu..
tengok ustaz azhar idrus lek je kahwin dua, bahagia je pulak tu.. sebab dia mampu.. :)
Semoga cik afifah mendapat suami yang terbaik ye.. :)
yaa... memang perit tapi tue mungkin sebahagian ujian ALLAH pada kita. Harap kita mampu akan hadapinya sekiranya diberikan ujian sebegitu..
*aku pun tak gak hidup bermadu..=)
Spe xsedih kan kalau di madukn..
Nauzubillah..nini pun kalo bleh mintak dijauhkan.
poligami itu indah andai orang2 yg terlibat memenuhi tuntutan agama...:)
sy sebagai lelaki tak suka poligami..
ntah..
rasa macam kasih syg kena bahagi2
ntahlah..
huhuh
salam cik affiefah..
memang xde perempuan sanggup bermadu kan..
tapi kite hanya hamba Allah...kite merancang,tapi Allah yg menentukan..
kalau tak, kenapa Allah benarkan lelaki Islam kawin 4?hanya Allah yg mengetahui semua kejadian
sejujurnya...
ai tak sanggup.
uhukk..
duhai bakal suami.. janganlah kau perlakukanku begitu...huuuuu~
semoga die jugak x mcm nie.. tapi klu dh takdir.. hurmmmm
assalamualaikum iffah...harap dijauhkn dr kita tapi kalau dah takdir kita terpaksa menghadapinya satu masa nanti terpaksalah redha dalam tangisankn...:)
lelaki ini : kan bagus kalau semua lelaki seperti anda....
bercakap mengenai poligami, redha senang sangat.... nasihat memang ramai yang boleh beri tapi berapa ramai yang boleh hilangkan kesakitan hatinya dengan nasihat.... apa yang paling penting, untuk elakkan dari sakit hati yang melampau, ingat, jangan serahkan hati 100% pada suami. simpan sikit untuk diri sendiri..
Post a Comment