CORETAN TERBARU NADH

Haram? Aku baru tahu!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Hukum lelaki memakai inai adalah haram kerana inai adalah hiasan yg dikhususkan untuk wanita sahaja melainkan memakainya atas sebab perubatan (contohnya: jarinya ada penyakit kulit, seperti scabies, kusta).
Aku baca kat FB Syahirul.com tadi. Betulkah? Nanti aku p cek kat dalam internet. Kang aku update untuk korang=) Sudah update!

sumber ini :Lelaki tidak boleh pakai Inai (henna) dijari kerana menginai kuku adalah feminis. Fiqh Syafi’iy mengharamkan lelaki berinai di kuku (alNawawi,alMajmu’: 1/292)

sumber ini:Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan ulama' berpendapat bahawa hukum lelaki memakai inai di kukunya adalah di antara haram dan makruh. ia menyerupai perhiasaan wanita . Inai yang digunakan untuk perubatan tidaklah mengapa(tujuan kesihatan seperti inai di ibu jari kaki yang menghidap penyakit kuku rosak."
sumber ini:Mazhab Hanbali berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan untuk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala sama ada kepada lelaki ataupun perempuan.

Manakala mazhab syafie pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal-hal perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.
Imam An-nawawi Rh dalam fatwa al-majmu’ berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.
Manakala mazhab hanafi dan maliki pula, lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian. 

Kesimpulan oleh tokoh bernama Miss Ran ialah memakai inai bagi lelaki haram kecuali ada penyakit yang memerlukan mereka memakainya kerana dikhuatiri menyerupai kaum hawa. Allah melaknat sesiapa yang memakai sesuatu yang menyerupai wanita. Sekian.

 Post by,
Miss Ran 




2 comments:

deeya said...

klau soal hukum nie dya lebey suke tnye dgn ustaz yg b'pndidikan lebih tnggi .. nti kalau ade info t'baru , kte share same k :)

Unknown said...

nanti kite shre sme ye..kene carik dlu

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers