CORETAN TERBARU NADH

Selamat pagi cikgu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ya, buat cikgu-cikgu meh bangun dari itdur. Ni hari last bercuti. Esok jom kita pergi mengajar sama-sama. Seram. Aku tak gemar budak-budak sekarang. Yang prasekolah tu kan area 5 dan 6 tahun. Tapi perangai? Sakit hati tengok. Aku nak bawak watak apa esok ya. Garang? Tegas? Baik? Penyayang?

Aku memang penyayang. Tapi bebudak sekarang bukan boleh percaya. Makin naik minyak nanti. Jadi aku akan buat muka garang. Senyum pun tak. Biar diorang takut. Senang nak handle kelas. Suara? Mantap ke? Haha serius aku takut. Kanak-kanak dan aku umpama medan perang. Siapa kata ajar kanak-kanak mudah?

Pergi jadi cikgu ganti sat. Mahu pengsan. Nak melayan 25 orang budak kecil dalam satu kelas. Aku banyak dengar macam ni, "La cikgu tadika ke? Tak ada course lain ke?" Erk kejam gila. Dia ingat aku belajar bertahun-tahun ni remeh? WTFun. Aku bagai nak rak belajar teori pengajaran dan pembelajaran. Nak tackle hati orang bukan senang. Bukan semudah ABC.

ABC bagi kita mudah. Tapi kanak-kanak ni? Aku pernah mesuk satu prasekolah yang dekat dengan rumah aku. Seorang budak sibuk pegang kotak panjang. Kat situ tulis ABC. Sayu je aku tengok. Orang lain sibuk main, dia leka dengan kotak ABC. Aku pun dekat dengan dia. Tanya dia. Dia boleh baca ABC. Tapi malangnya, dia hafal je ikut susunan/ Bila aku tunjuk D dia blur.

Sedih aku. Siapa salah? Mak ayah dia mungkin. Tak dedahkan pendidikan kat anak dia. Bila aku bagi kerja suruh tulis ABC. Dia ambil bawa balik. Tapi esoknya aku tengok tulisan lawa semacam. Aku tanya siapa buat? Dia kata AYAH. Lagi sedih aku. Ayah memang bagus tolong anak, tapi janganlah tolong buat kerja rumah. Biar dia belajar. Macam mana nak masuk darjah 1? ABC pun tak past.

Yang pasti, bagi aku itu tanggungjawab besar. Siapa kata cikgu prasekolah low class. Buat pengetahuan semua, sekarang ada course IJAZAH bagi prasekolah. Jadi jangan hairan bila cikgu prasekolah boleh ambil master dan phd!

Post by,
Miss Ran 

3 comments:

Taufan Bin Ribut said...

waalaikumsalam...kan bagus kalau cikgu tu suke anak murid die..berkat nak murid die bljar..hehehe..jgn marah ye cikgu..

Cik Pulau said...

kalau budak kecik perangainya macam tu..
bila dah besar perangai dia lain pulak..
dua2 ni pun perlukan skill nak tackle..
mybe org ckp kerja jd ckgu ni mudah..
tapi tak sebenarnya..
arghh.. camne la cik pulau bila dah dapat posting nanti.. ^^,

Sunah Sakura said...

sobor je la ye cikgu..hehehe..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers