CORETAN TERBARU NADH

Dari Dapur Seri Iman 30

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Lama tak masak memasak dalam blog ni kan? Kalau balik berasaplah dapur. Kali ni aku malas memasak. Mungkin mood korea menganggu. Sekarang aku nak share sup ayam tak seberapa. Yelah aku malas masak. Jadi main tibai je. Kitorang tak gemar sangat sup. Suka sup tulang je.

Haha okeh tengok resepi

setengah biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji kayu manis
3 biji ketumbar
2 bunga lawang
2 biji (tak tahu nama tapi rupa macam biji limau)
1 batang serai
2 hiris halia
Ayam 6 ketul
2 biji kentang
Daun bawang daun sup beberapa hiris(Aku tak ada jadi tak letak)

Caranya:
Tumis bawang dengan minyaklah.
letak segala rempah, serai dengan halia.
letak air.
biarkan mendidih.
masukkan kentang dan ayam.
letak garam secukup rasa.
Letak perisa ayam kalau tawar
biar kentang empuk dan siap.
tabur daun bawang daun sup bila dah siap!
inilah rupa tak seberapa
Boleh cuba kat rumah anda!
 Post by,
Miss Ran 

1 comment:

nelly said...

lpar pagi2 ni ~

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers