ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
klik sini |
Debat kali ini merupakan isu panas sejak akhir-akhir ini. Mana taknya ramai blogger muda yang baru menapak di dalam dunia maya khususnya dunia blogging ini dikatakan mengipas sang blogger yang telah berkurun di alam ini. Pengalaman blogger lama amatlah berguna untuk para blogger yang baharu seperti saya untuk terus maju dalam dunia blogging.
Tapi tidaklah saya mengatakan setuju dengan cara mengipas mereka, kita boleh naik cepat dan dikenali ramai. Usaha itu perlu. Apa yang saya nampak situasinya ialah blogger baru mencari peluang untuk merapatkan diri dengan blogger yang mempunyai banyak ilmu untuk mencungkil ilmu mereka agar dapat dikongsikan dengan yang lain.
Tak terlintas pula isu mengipas. Jikalau mengipas sekalipun, sejauh manakah blog tersebut akan maju? Sampai masa kipas akan patah tanpa kita sedari. Jadi usaha yang bersungguh serta membuatkan hubungan baik dengan blogger lama sememangnya cara yang afektif dalam menjadikan blog dikenali ramai.
Kalau hanya dengan mengampu blogger lama, blog itu takkan bertahan lama. Orang atau pembaca bukan ingin mengikuti kisah pengampu dan diampu. Mereka mahukan satu alasan kukuh untuk mereka terus jengah ke blog itu tanpa promosi sekalipun. Memang ada blogger yang menggunakan peluang untuk menaikkan nama dia tapi diikuti dengan usaha. Kalau tidak dipecahkan ruyung mana nak dapat sagunya.
Semua atas usaha sendiri. Kalau mengampu atau mengipas mampu membuat dia berjaya dengan cara mudah tak mustahil dia akan gagal dengan cara yang mudah. Konsep ni memang tak patut dilakukan sama sekali. Seolah ada udang di sebalik batu. Kita ikhlaskan hati dalam dunia blogging kerana inilah platform terbaik untuk kita mantapkan lagi cara penulisan, penyampaian, merapatkan sillaturrahim dan yang penting sekali makin bertambah ilmu serta memantapkan akidah kita. Saya dengan ini mengatakan tidak sokong perbuatan mengipas tapa usaha. Sekian.
Post by,
Miss Ran
10 comments:
wow! hebat betul berhujah
ek? nie apa sebenarnya? dari ubm ea?
ke memang entri nie?
yang penting, jangan hanya nak cari kipas.. kalau dah hangat, nanti kipas tu akan datang sendiri :-)
jom baca kisah saya sewaktu jadi KP...
menarik! :)
opsssssss, hahahhahha
jangan giget
hahhhahahha, baru bukak
tapi takde idea bila baca orang punya
<----alasan
wahahhahhaha
yup..kita kena ikhlas dalam dunia blogging ni...:)
Laaa ... mula2 b3njy baca cam setuju jeee nak kipas blogger lama (otailah katakan) ... lepas tu kat akhirnya tak setuju pula ... laaa mana satu ni ? .... Miss Ran kena fikir betul2 ... kalau tak kipas mereka nanti mereka tak masukkan URL Miss Ran kat entri mereka .... sebab kipas tu lebih kurang cam psiko otai2 tu jugalah ... kalau tak psiko mereka ni macam mana Miss Ran nak popular nanti ... ? saya harap Miss Ran ubah fikiran dan edit balik entri ni demi kebaikan blog Miss Ran sendiri ...
p/s: ini hanya pandangan ikhlas b3njy je ... b3njy juga baru je berjinak2 dengan blog.
nad menulis ikhlas tau!!
x penah nak kipas2 kak sunah walaupon kak sunah blogger otai...
kan kak sunah..kite makan pisang goreng sama2 jer..nad tak kipas2 akak pon..sebab nad pon panas jugak time tu..kipas tgn xde pulak time 2....
eheheheh~
keh3..guwa x perlu kipas otai utk naik..~remajapower..
tak perlu nak kipas2...kalau nk naik cepat tapi enrty macam tahi susah gak kan...senang je nk jatuh...
kalau nk rapat dengan bloger otai ok je, tapi dengan care yg ikhlas lah,....bukan dengan care setiap entry nak memuji dan link kan blog otai tuh...orang pun jemu nk bace :)
sy x pandai mau mengipas/membodek para blogger. Kalau saya rasa entry dan blog dia berkualiti dan memberi info sy berterima kasih dengan blogger itu. :)
Post a Comment