CORETAN TERBARU NADH

Part6: Kurasakan sesuatu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Macam mana?" Datuk Nadzri begitu berharap dapat berjumpa dengan waris Adi. Adi Budianto teman rapatnya suatu ketika dulu. Lama dia mengimpikan berjumpa dengan waris Adi. Dia tak sanggup menanggung hutang budi.
"Tak ada, Datuk," Penyiasat persendirian yang diupah hanya diam menanti reaksi Datuk Nadzri. Bukan dia tak cuba tapi maklumat tak mencukupi untuk mencari waris arwah.
"Tak apalah. Kamu teruskan mencari. Saya berikan masa sebulan. Kalau tak jumpa juga, saya redha," Datuk Nadzri duduk perlahan. Lantas dia keluarkan cek.
"Baik Datuk. Akan saya berusaha lebih lagi untuk laksanakan tugasan ini," Adnan menjawab dengan semangat.
"Nah ambil cek ni sebagai pendahuluan. Saya mengharap berita baik dari kamu," Adnan menjadi segan.
"Datuk, apa ni? Tak payahlah. Tunggu kerja settle baru saya terima," Adnan pantas menolak. Datuk Nadzri tersenyum.
"Awak memang baik, Nan. Tak apalah. Anggap je ni rezeki. Ambillah. Kalau tak dapat cari juga saya takkan minta awak pulangkan. Jangan risau," Senyuman ikhlas. Adnan memang kesempitan wang. Isterinya sedang sarat mengandung. Anak dalam kandungan perlukan barang keperluan.
"Terima kasih Datuk. Terima kasih. Saya terhutang budi," Syahdu suaranya. Datuk Nadzri memeluk erat. 
"Kita kan saudara sesama Islam. Patut saya yang berterima kasih. Sebab awak bersusah payah cari maklumat pasal arwah," Mereka tersenyum. Datuk Nadzri berharap sangat waris arwah ditemui. Dia yakin anak arwah sebaik arwah. Dia perlu cepat menikahkan Nurin, anaknya.
xxxxx
"Fatin, kau kena tolong aku," Azlini masuk rumah terus meluru ke arah teman serumahnya. Fatin pelik.
"Eh kejap. Kuku aku. Aku tengah buat kuku. Malam ni aku ada date," Fatin sengih.
"Untunglah kau. Cantik. Bukan macam aku ni," Fatin gelak lepas.
"Apahal kau ni? Muka macam cencurut je aku tengok," Fatin meniup-niup kukunya yang berkilat dengan warna merah menyala.
"Aku ada masalah besar. Kau je boleh tolong aku," Azlini membuka tudungnya. Panas.
"Kau ni macam mati laki je aku tengok. Ce cite ce cite?" Fatin yang terpengaruh dengan filem terbaru arahan Mamat Khalid.
"Kau ni. Aku seriuslah. Main-main pulak," Azlini monyok.
"Eh beb. Kau ni sejak bila jadi minah bunga. Gurau pun tak boleh. Nak monyok memanjang," Fatin duduk.
"Okey sekarang cerita kat aku. Apa masalahnya ni?"
"Aku malulah nak cakp dengan kau sebenarnya," Fatin tergelak.
"Minta tolong aku tapi tak nak cerita. Macam mana aku nak tolong. Cepat aku bagi masa 3 saat. 1, 2..." "Aku nak jadi macam kau," Belum sempat habis Fatin kira Azlini sudah menyampuk. Fatin senyum.
"Hantu mana sampuk kau ni? Dulu bukan kau ke bising bila aku pakai macam ni?"
"Itu dulu. Sekarang aku ada impian. Aku rasa kau je boleh realisasikan impian aku. Kau nak ke aku mati kempunan?" Azlini merayu.
"Okey, sekarang boleh kau bagitau apa yang kau nak aku tolong?" Fatin mulai lemas. Dia masih belum bersiap untuk keluar pada malam ini.
"Aku tahulah kau busy. Aku nak cantik macam kau. Biar seseorang tergigit lidah bila tengok aku vogue macam kau. Boleh?" Azlini mengharap. Anggukan Fatin membuatkan dia menjerit keriangan.
"Eh macam budak-budaklah kau ni Lini. But kau ada ke duit nak makeover ni? Aku kering sekarang," Fatin menunjukkan muka serius.
"Pasal duit kau jangan bimbang. Kau settlekan masalah aku. Tahulah aku nak cekau duit kat mana," Azlini tesenyum bahagia.
"Kalau banyak sangat duit tu jangan lupa upah aku," Fatin sengih. Azlini menggangguk. Hatinya puas. Sekarang adalah masa dia berubah menjadi wanita idaman para lelaki. Dia nak Iqbal Hakimi pujaannya terpesona dengan kecantikannya yang tersembunyi selama ini. 'Kau tunggu Iqbal, masa tu kau takkan kenal siapa Azlini. Jangan merayu aku lagi waktu tu. Sebab aku bukan Azlini yang dulu' Getus hatinya. Senyuman tak lekang dari bibirnya. Fatin malas ambil tahu. Dia segera naik ke atas untuk bersiap. Hatinya berlagu riang.
xxxxx
Lama mereka berada di taman rekreasi. Nurin bangun. Keduanya menuju ke kereta. Kerja di pejabat sedang menunggu. Izamir baru berani membuka pekung di dada semasa perjalanan pulang.
"Cik Nurin, saya sebenarnya memang dah ada tunang," Tersentap hati wanita mendengar pengakuan berani dari lelaki itu. Dia mengawal mimik muka agak tak jelas terkejut.
"Oh iya? Saya dengar tadi," Hanya tuhan yang tahu betapa remuknya hati. Namun, egonya masih ada. Tak mungkin dia menunjukkan rasa lemah di depan lelaki itu. Izamir terkejut dengan respon. Nurin seolah tidak kisah dengan perkhabaran itu. Hatinya memberontak. Marah tapi tak tahu kenapa.
"Amalina namanya. Saya bertunang dengan dia sebelum mula bekerja di syarikat boss. Saya tak tahu macam mana saya..."
"Cukup! Awak tak payah jelaskan kat saya Izamir. Kenapa saya perlu tahu pasal tunang awak?" Nurin mengawal emosi. Sakit hati mendengar nama itu meniti di bibir lelaki itu. Izamir terdiam. 'Apakah bos tak punya perasaan yang sama dengan aku?' Tertanya-tanya.
"Kalau awak ada tunang, tak perlu saya gunakan awak untuk halang papa dari menikahkan saya dengan lelaki tak dikenali. Saya bukan perampas!" Nurin tegas.
"Tapi apa yang awak rasa terhadap tunang awak macam tulah saya rasa terhadap tunang saya," Izamir betah.
"Maksud?" Izamir memandang tepat pada bosnya. Dibuangnya rasa segan hanya kerana gelodak jiwa membuak.
"Dengar ni Cik Nurin Adila. Saya Izamir Ridzwan bersumpah tak pernah mencintai tunang saya. Saya macam awak. Amalina adalah suatu kebetulan. Kebetulan menjadi tunang saya. Saya bukan terima kerana cinta. Saya tegaskan lagi sekali. Saya memang ikhlas nak tolong Cik Nurin mengelakkan diri dari rencana big boss. Saya rela putuskan tunang jika Cik Nurin memerlukan khidmat lakonan saya. Saya turun di sini saja. Cik Nurin fikirlah baik-baik. Saya masuk office dulu," Izamir membuka pintu. Mereka sampai di selekoh berdekatan pejabat. Izamir rela berjalan kaki kerana enggan digosipkan dengan gosip murahan.

Ps: Ada artis baru berlakon. 
Adnan aka PAKCIK MAT GEBU. Haha suka hati aku je nak taruk nama blogger popular! Lagi satu blogger bernama Fatin. Tinggalkan link senang nak backlink. Siapa nak jadi pelakon lagi? MARI-MARI =P

6 comments:

fRaMe+LenSeS said...

makin lama makin menarik ni.. :)

Sunah Mohammad said...

oh makin best~ seronok2~

Izamir Ridzwan said...

bila pak cik mat sign kontrak berlakon dgn kita?

putERi-kAtEk said...

hahahahha suke!!! suke!!!! siap nama penuh tuuuuuuuuuuuuu...hahahahahahahaa.....tiba2 rasa diri ni mcm pelakon pulaksss.... hahahahaha

cik pulau said...

haiyakkk...
cik pulau nak jadi cantik rupanya..
pengsannnnnnn 15 saat..
iqbal haqimi pujaan hati?
pengsaannnn lagi 5 saat..hahahha..

suke sangat2 cerita ni.. keep it up..^^,
.. lalala~

~..Lesung Batu..~ said...

perghhh best!! tunang izamir pon tunang izamir la..keh3

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers