CORETAN TERBARU NADH

La Tahzan: Guru posting Sabah Sarawak

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Seperti yang semua tahu keluaran IPG PISMP JANUARI 2008 sudah dapat penempatan ke sekolah yang ada di Malaysia. Tahniah buat yang berjaya mendapatkan tempat yang mereka sendiri pilih. Ada juga yang sangat kecewa kerana pemilihan mereka ke tempat yang diingini tak ditunaikan. 

La tahzan buat mereka. Aku juga merasai kekecewaan itu. Tapi kita kena ingat, kita hanya merancang. Yang menentukan hanyalah Allah yang Esa. Jadi sesiapa yang sedih kerana posting ke Sabah dan Sarawak harus berfikir tentang 3 perkara ni;

1.      Pengalaman;
Pengalaman mengajar di kawasan orang. Memang aku akui aku takut jika diposting ke sana. Tapi kalau dah takdirnya begitu. Aku redha. Lagipun pengalaman  itu amat berharga. Siapa yang dapat merasai pasti merindui pengalaman serta kepayahan berada di kawasan pedalaman khususnya. Pengalaman itulah akan kita bawa hingga ke akhirnya.

2.      Jasa;
Besar jasa seorang guru bila ke sana. Ramai anak-anak bangsa yang memerlukan kita yang terlatih untuk menabur ilmu di sana. Kadang rasa sedih melihat video berkenaan mereka di pedalaman. Sebab mereka sangat memerlukan guru. Bukan sekadar mengajar malah mendidik. Kalau kita menolak, siapa lagi yang nak ke sana dan berjasa kepada yang memerlukan?

3.      Syukur;
Kenapa kena bersyukur? Sebab masih ramai mahasiswa yang menanti ditempatkan ke sekolah-sekolah di Malaysia. Masih ramai yang menganggur kerana tak dapat pekerjaan yang diingini. Ramai juga yang mencari kerja di sekolah-sekolah swasta bagi menampung kehidupan harian sementara tiada tempat di sekolah.

Kesimpulannya, sama-sama muhasabah diri. Aku pun perlu berfikir dalam pelbagai hal. Kalau aku kahwin sekarang siapa nak jadi suami aku? Takkanlah sebab kerja nak kahwin dengan sembarangan orang ye tak? Aku tak terdesak manapun. Cuma rasa takut yang menebal!

Jangan asyik memikirkan hal negatif. Fikirkan juga tentang positif. Jadi terimalah takdir seadanya. Kalau benar kita menjadi guru untuk berbakti, maka berbaktilah tanpa syarat. Sekian.

Ps: Dia tak tahu pasal ni.

19 comments:

.........cP~ said...

Tahniah..saya masih menunggu..

aimie amalina said...

emmmmm
dapat merasakan yg down semlm tu dh up skit rini

heee
betol tu kak ngah
sebab Tuhan sedia tahu yg terbaik buat kita

kalau sudah mmg takdir mmbawa kita ke sana, apa slhnye kita mncuba melalui takdir kita sendiri kan :))

Paris Lipton said...

yg syukur tu betullah tu...wuuuu

reenapple said...

always think positive..=)

Gen2Merah said...

alhamdulillah.. semangat keguruan ini lah yang kita harap2kan... Buang ke hutan menjadi bukit, buang ke laut menjadi pulau... selamat bertugas dengan penuh semangat cikgu2 baru (",)

amier azrul alias said...

kahwin?
jangan risau.
semoga Allah mempermudahkan segalanya
hehe

hitamanis said...

kalau sy yg dpt.melompat2 dh kot. mu kazen dpt sarawakk.. x tng ati die ee

EZAD AMIR said...

btol tu pah..aq dh bpe bulan lekat kt rmh,xde keje...
eklekekekeek..

dh ada keje tu,ambik jela..lagipun oke ape dok kt sna,elaun pn byk..
jaoh dri kesibukan bndar..

Adylia Qarissa said...

memang susah nak dapat tukar kan. tahniah buat mereka yang berjaya..

yana-feehily said...

btl tu...kena terima dgn redha. kat mana2 pun ditempatkan, smua dah ditakdirkan dan pasti ada hikmah.

QasehSuci said...

betul..kena syukur dgn semuanya...

Eza Boom Boom :) said...

betul, heee. Eza pun duduk kat tempat pedalaman sarawak. Banyak cikgu Eza masa sekolah menengah dulu dapat menyesuaikan diri dengan keadaan :).

Muslimah Optimis said...

ehehhe.. tu la kalo nak kawen sapa nak jadi suami kita ye dok.. hehehe..

graduan PISMP Jan 2008?? maksudnya intake 2008 ke atau mcm mana?? kalo masuk 2008 kan baru 4 tahun bukan IPG 5 tahun setengah ke??

Nur Hafizah bte Za'ba a.k.a SuperCSI Fiza said...

sepupu sy pon mengajar di sarawak.. syukur dgn ape yg kite dapat kan.. =)

maszull said...

assalamualaikum iffah....itulah tugas seorang guru walaupun jauh pasti tetap diikuti jua....mulianya tugas guru itu sanggup mengharungi semua kepayahan dan kesusahan di sekolah luar bandar yg serba kekurangan...

p/s jasa guru amat murni..:)

r-5 said...

Alhamdulillah dapat posting kat sabah n sarawk tu..pengalaman tak boleh dijual beli walau nampak macam perit, namun kadang kala ia buruk kabar dari rupa yang indah.. Biasalah perasaan.. belum cuba belum tahu.. hehe. semoga yang terbaik buat kamu.. :)

Nong Andy said...

Mencuba sesuatu yang baru.. di tempat baru.. dengan segala-galanya penuh sangsi.. memang buat diri rasa gementar serta takut. tapi kata pepatah org tua.. kalau tak di pecahkan ruyungnya manakan dapat sagunya..

Juliet_iRa~" said...

btol2..:)

akk pon pasrah kalo dpt tempat lain aritu..

tp rezeki msh di sini..alhamdulillah..

kiera'sakura said...

klu iffah kawen sblm kene posting dh sebijik mcm cita cerpen iffah tue...hihihihih

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers