CORETAN TERBARU NADH

Deejay serba boleh

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Huh korang fikir apa jelah bila baca tajuk. Tak aku lama tak layan radio. Ni nak cerita pasal Kak Noi. Deejay kat kuala selangor. Sangat jauh. Amat penat. Tapi sebab kita bersaudara pergila jugak. Lagi 2 jam boleh sampai kat rumah pakcik ehem-ehem. Jauh tu.

Berbalik pada cerita deejay. Memang happening kenduri tadi. Makan pun sedap. Siap ada no cabutan bertuah. Ada games macam sukaneka lagi. Makanan pulak Laksa. Cendol. Air 3 warna. Lauk yang dasyaaaattttt. Apa dia? Ayam goreng Kepsi, rendang tok tapi warna hitam, acar buah my fav, sambal goreng jawa, pajeri nenas, dalca, tempe+ikan bilis+kacang goreng. Semua aku ambil. Erk dalca tak sebab tak suka. Siap minta makcik tambah nasi. Erk first time tak malu.

Alamak aku nak cerita pasal deejay. Erk dia sangat bising. Kepoh. Memang kenalah jadi deejay. Tapi yang tak boleh blah tu dia boleh pulak menyanyi. Sambil duduk pulak tu. Aku terfikir siapalah nyanyi ni. Lain macam je suara. Ingat dari CD. Rupanya live dari dia. Ayah aku beria gelak. Otai betul deejay ni. 3 dalam satu. Memang kitorang tak percaya. Siap berjalan ke arah deejay. Apalagi gelaklah. Sempoi Kak Noi tu. Aku gelar dia deejay annoying. Kan ada NOY tu. Lebih kuranglah namanya. Haha jahat-jahat.

Seronok tengok prang kahwin. Harap time kahwin aku tak gemuk. Aku tak sukalah orang mengata "Eiii pengantin tu gemuk. Sama saiz dua orang ni" Apa-apapun semoga saudara aku tu bahagia. Aku pun tak tahu nak kata dia sepupu ke dua pupu ke kupu-kupu. Ramai sangat=P.
 Post by,
Miss Ran 

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers