CORETAN TERBARU NADH

Aku kisah sebenarnya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ya ada ke orang nak mengaku sebenarnya dia seorang yang kisah. Contoh situasi bagi memberikan korang berfikir sejenak tentang kisah.

"Aku nak mintak maaf dengan kau," B membuka cerita.
"Kenapa pulak?" A pelik.
"Aku tak sengaja. Serius aku tak berniat pun," B takut jikalau A marah.
"Apa dia? Kau buat apa?"
"Kalau aku cakap, kau janji jangan marah?" B cuba mengawal A.
"Okey, cakap jelah. Aku tak kisah punya,"
"Aku terupload gambar kau berkemban tu kat blog aku," B menjelaskan. A terdiam.
"Apa? Kenapa kau upload?" A tak puas hati. Tapi dia kontrol.
"Aku suka gambar tu. Kau tak kisah kan? Lagipun kat blog aku bukan ada orang kenal kau," kata B

Kesudahannya, A senyap walaupun sebenarnya dia kisah. Walau dia free hair sekalipun. Ada ke yang sanggup biarkan gambar seksi macam tu kat internet. Bukan dia yang upload pulak. Tapi kenapa dia tak cakap kat kawan dia?

Jarang orang nak mengaku yang dia kisah. Sebab simpati. Mungkin. Dia simpati dengan orang yang terlibat. Kalau dia cakap dia kisah, orang tu mesti rasa bersalah. 

Sebab ego. Ya ego memang memainkan peranan penting. Ego sebenarnya elok cuma disalah gunakan menjadi kurang elok. Ego mengaku dia kisah. Akulah orangnya. Yup ego menghalang aku untuk berterus terang tentang sebenarnya aku kisah.

"Kau kisah tak kalau aku keluar dengan tunang kau? Aku nak beli barang sikit ni," A bertanya.
"Eh aku tunang yang baik. Tak kisahlah korang nak keluar sama pun. Aku percaya tunang aku," 'Padahal aku sangat kisah. Ada ke nak ajak tunang aku keluar? Kau gila ke apa?'' Monolog hati si B.

Tengok berapa ramai yang jenis memang tak kisah? Ada ke? Kalau korang kisah kenapa korang susah sangat nak cakap yang korang kisah? Simpati ke ego? Tak pun malu nak mengaku anda orang yang kisah. Yang jenis tak kisah langsung memang dasyat. Sebab takkanlah anak tak solat kita tak kisah? Ye tak?

4 comments:

fRaMe+LenSeS said...

tgk keadaan jugak la.. tapi dah serik, pernah kena dah.. :)

Fara Aisyah said...

betulllllll! :O

miss Sushi ♥♥ said...

haha, kelakar bahagian berkemban tuh.Done following.
singgah blog i saya yeh.
http://www.hdyhdyh.blogspot.com

Sunah Mohammad said...

nape tak ajak i sekali je?? ggrrr! (perghhh, kisah niiii!!!)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers