CORETAN TERBARU NADH

Percaya atau tidak

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku memang mengaku aku suka taip sedap hati je. Aku taip je apa yang aku rasa. Apa yang aku fikir. Jarang sekali aku padam apa yang aku taip. Kecuali kalau typo ye aku padam. Entah. Dah jadi tabiat.

Tapi aku sedar tabiat ni salah. Kenapa salah? Aku takut menyinggung perasaan orang lain. Ya itulah tugas berat seorang blogger. Even bukan blogger pun kita risau orang lain tersinggung dengan kata-kata kita. Sebab tu kat blog jangan kaitkan nama sesiapa pun.

Kau cakap apapun. Tolong jangan babitkan orang terlibat. Takut kena saman je. Atas dasar membuka aib ke apa ke. Tu semua kita kena jaga. Aku suka taip bila terfikir. Lepas publish baru aku baca entry aku tu. Even mengarang cerita pun sama. Kadang-kadang cerpen berbulan-bulan lepas aku baca balik dan aku sedar ada typo rupanya.

Kena kikis tabiat ni. Risau. Kita sedap tulis. Yang membaca? Membara je hati dia. Aku pernah taip pasal satu page kat FB sebab tak adil masa memberi markah kepada peserta. Aku taip penuh perasaan. Aku post kat wall. Kesudahannya, aku dan dia tak pernah sapa. Aku malu dengan diri sendiri. Dan dia pun patut sedar salah dia. 

Jadi postkat blog biarlah bertapis. Aku pernah lalui. Tu aku berjaga-jaga semasa menaip. Risau sangat. Walaupun dia yang salah, kita tetap tak boleh hebahkan salah dia. Aku tulis entry tu tak mention diorang pun. Tapi kalau dah post kat wall dia. Tak ke menujukan kat diorang? Aku harap korang pun belajar dari kesilapan. Sama macam aku. Sekian.

2 comments:

Sunah Sakura said...

ya...begitulah sebaiknya...

mas saari said...

sokong pendapat iffa 100%..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers