CORETAN TERBARU NADH

Tahniah Adinda ______

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku tahniah bukan sebab apa. Cuma dia dah buang post tu. Tapi yang malang. Dia tulis entry baru. Korang maki dia korang dapat apa? Biarlah dia. Kita nasihat sudah. Kenapa nak buruk-burukkan dia lagi. Emosi tengah tak stabil.

Ramai ambil kesempatan nak main SEO. Malu aku. Korang sedar tak saham korang mengaibkan dia tu? Ya Allah tolonglah tampar muka masing-masing. Aku buat post hari tu pun bukan tulis nama dia. Backlink pun tak. Aku tak nak memalukan dia. But ramai yang emosi terlebih.

Habis semua cerita perempuan tu dijaja. Gambar ditayangkan. Kenapa suka sangat meruntuhkan keyakinan orang lain? Psikologi dia terganggu. Sebab blogger. Ya semua blogger yang duduk maki dia. Yang sebarkan dia. Yang buat lawak pasal dia. Korang rasa tak apa dia rasa?

Down! Budak tu muda lagi. Jauh lagi perjalanan dia. Kita patut bantu. Bukan tuding jari. Salahkan dia. Kata dia gergasi. Hodoh. Korang sedar tak tu mahluk Allah jadikan? Korang sedar tak sebaik-baik kejadian mahluk di muka bumi ni adalah manusia? Korang sedar tak budak tu tertekan sebab perangai korang yang mengaibkan dia?

Malu aku. Malu dengan korang kononnya dah besar tunjuk lagak tak matang. Langsung tak! Tak guna otak bila menaip. Sibuk nak cari publisiti murahan. Sibuk nak buat entry paling panas. Sibuk nak menjadikan isu benda lawak. Sibuk nak maki hamun dia. Dosa dia dengan Tuhan biarlah dia settlekan. Dosa korang dengan dia? Kat padang masyar nanti nak cari dia balik? Mintak maaf? Tolonglah profesional.

Kita doakan yang terbaik untuk dia. Bukan dia je tak ada tuttt. Banyak lagi. Banyak sangat. Ni tak yang bertudung pun sibuk memaki hamun. Hei malulah, kata orang Islam. Jangan sibuk kata kat dia konpem neraka. Sebab takut kita pun cium bau syurga pun tak dapat. Sekian!

4 comments:

fRaMe+LenSeS said...

setuju. Nadh da nak wat entry, tapi tgk jiran wat.. takyah la Nadh wat.. hehehe

Unknown said...

patot nasihat, bukan makian.....sume org wat salah

d.e.e.n.a.YAYA said...

setuju sangat entry nie... :)

ieda =.= said...

syieda bc setiap blog ade sai adik tu..kcian die..tu la syieda amik ayat dri sorg blogger ni die ckp..

Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah s.w.t akan menutup keaibannya di akhirat kelak"

hope masing2 dpt muhasabah diri..termasuk la syieda..

^_^

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers