CORETAN TERBARU NADH

Apa yang perempuan nak sebenarnya?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Soalan ni dah lama aku nak jawab. Ada seseorang tanya aku tak lama dulu. Macam aku jawab kat dia. Semua perempuan tak sama.

Macam situasi dia bagi;

Ada seorang perempuan yang masa silamnya memang tak baik. Tapi dia dah berubah. Ada seorang lelaki alim. Boleh digelar ustaz nak nikahi dia. Tapi perempuan ni menolak sebab rasa diri tak layak. 

Aku tahu ada yang pernah baca situasi ni. Kat blog siapa? Itu tolak tepi dulu. Bagi aku kalau aku di tempat perempuan tu pun aku menolak. Sebab apa? Sebab aku rasa tak layak nak berdamping dengan lelaki baik sepertinya. Memang kisah silam tu patut dibiarkan terkubur.

Tapi kita bila dah buat silap. Selama-lamanya benda tu akan diingat. Memang lelaki tu kata tak kisah. Itu sekarang. Akan datang kita tak tahu. Mana tahu tetiba lelaki tu terungkit kisah silam tu? Tak ke sedih perempuan tu nanti. Jadi jauhi maksiat ye kawan-kawan. Kisah hitam takkan senang terpadam. Boleh jadi kisah itu akan menghantui kita berpuluh tahun akan datang.

Jadi itulah jawapan aku. Perempuan jiwa lebih sensitif. Dia lebih memikirkan apa yang akan jadi kelak. Jadi marilah percaya pada jodoh. Kalau betul dia jodoh kita. Insyaallah kita akan jadi milik dia walaupun beribu kali menolak. Hati perempuan sekali terluka selamanya dia ingat. Mudah maafkan tapi untuk melupakan? Sukar!

Ps: Dia sanggup terima.

13 comments:

Niena Pengembara Ilahi said...

hmmm penah mengalami situasi yg sama, rasa.. bukan tak bersyukur terima lelaki sebaik itu tp ntah, smpai skrg dia menunggu, masih berkira2 lagi..hmmmm

Eza Boom Boom :) said...

setuju dengan entry ni :D. em, pompuan akan ingat semua benda yang buat dia terluka. Walaupun luaran senyum je, tapi kat hati terasa tercucuk duri.. huhu..

kiera'sakura said...

perempuan mudah memaafkan tapi sukar melupakan..betol sume tue

serahkan pada tuhan...Dia yg lebih mengetahui....

QasehSuci said...

setuju...mmg perempuan akan fikir semua tu...herm..terkena btg hidung sendiri...heheh

jom join segmen Qaseh...ada hadiah...
http://cintaqasehsuci.blogspot.com/2012/01/segmen-kenal-kawan-blogger.html

reenapple said...

tul jugak.. terfikir.. pompuan kadang2 tak tahu apa yang dia nak sebenarnya..=)

r-5 said...

jika ada yang masih sanggup menerima terima sahajalah kerna itu adalah kurniaan Allah.. Itu ketentuan Allah kisah hitam biar buat pedoman dan sandaran kerna Allah itu lagi Maha Pemurah lagi Maha Pengampun..

lieynanilaz said...

betul...wanita kalau terluka agak payah nak sembuh!!..

jodoh itu rahsia Allah!!

Cik Pulau said...

yu.. ai tau la pasal ni.. ehemm..
yu da ada jawapannya.. ai belum... huhuhu..

p/s: salah satu sifat ai yg lahir bulan julai..
mudah memaafkn..tapi sukar melupakan..^^,

maszull said...

assalamualaikum iffah...yer jiwa wanita ni mmg mudah terluka kan oleh itu wahai gadis jagailah tingkahlaku dan akhlak mu dr skg yer...

H.J said...

kalau aku lelaki alim tu..aku pom tolak..hahhaha

JIJI YU said...

kalau dah lelaki tu bebetol iklast nakkan dia..camne eh..apapon aturan tuhan itu terbaik kan..

aimie amalina said...

huuuuu
ase seriau jugak..
takot mase akan dtg kan
papepun cm kata kak ngah
pecaya dgn JOdoh Tuhan kan
itu yg terbaik :))

Nong Andy said...

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik!!

Dan perempuan yang dah insaf.. adalah perempuan yang baik... jadi dia layak dapat lelaki yang baik :)

Jodoh tu rasia tuhan. Mungkin tuhan turunkan lelaki yang baik utk perempuan itu sebab...

"saya ni memang dah ditakdirkan untuk mengelap air mata awak agaknya"

dipetik dari cepen : Menangis dalam hujan :)

* ini pendapat aku iffah hehe..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers