CORETAN TERBARU NADH

Tua ke muda

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Nak diamkan diri boleh tak? Ada orang tak bagi aku post. Tapi aku post jugak. Cuma post bila dia ada. Isu ni lama aku fikir. Puas aku fikir. Sampai aku pening nak fikir. Tertekan bila memikir. Korang pening ye? Maaf =)

Ni semua sebab Ustaz Jiji dan Ustazah Sunah bersopan masa berborak kat FB. Tiba-tiba aku terfikir. Dia ni tak kisah ke aku panggil dia pakcik. Dah tu aku kau je. Dengan Kak Sunah pun Ai Yu je dulu. Risau jugak. Bukan apa. Bak kata Kak Sunah tu macam penyayang.

Aku terfikir lagi.

Jangan tanya kenapa.

Aku berfikir lama. Sejak aku pandai menggunakan otak lagi. Kenapa susah sangat aku nak panggil orang lebih tua kakak atau abang. Hari ni aku dah jumpa jawapan paling sesuai! Korang nak tahu ke?

Jawapan aku senang je. Adik beradik aku seorang pun tak panggil kakak dan abang. Oh ya kak long je panggil kak long. Mereka ni jauh beza juga dengan aku. Adik aku yang last je kena panggil semua kakak dan abang. Kesian.

Ada jugak kata tak kisahlah panggilan tu. Sebab masa kita doa pun bahasakan aku dengan Allah. Aku mula berfikir lagi.

Tak salah kan kita hormat tanpa menggunakan panggilan. Aku bukan tak suka. Cuma tak selesa. Bila aku terbiasa baru okey. Macam Kak Shida. Memang dia bahasakan kakak. Kak Mas sebab dah jumpa. Memang selesa dengan panggilan tu.

Oh ya bro Ben. Kalau korang perasan aku bahasakan bro. Jarang sangat ada abang kat depan tu. Aku kalau boleh nak elakkan panggilan abang. Sehinggalah satu mamat ni. Biarlah rahsia. Dia bahasakan abang. Semua panggil dia abang. Aku tak selesa.

Jadi tersepit. Nak panggil ke tak. Dia kata abang, aku panggil nama je. Wah macam kejam. Tapi itulah aku. Abang dan kakak membuatkan ada jarak masa berkawan. Tunggu aku bincang sama itu kakak dulu pasal abang tu. Adab kena jaga. Tak boleh selamba. Dulu kat sekolah turut menyumbang ketidaknormalan panggilan.

Kenapa?

Sebab aku dulu comel kot. Ramai nak jadikan aku adik angkat. Wakaka bukanlah. Tak comel. Dua. Aku suka dia. Tudung labuh. Perangai lebih kurang Kak Sunah. Agak gila-gila. Jadi aku selesa. Cuma yang sorang tu terlalu baik, sopan, caring, errr tak tahulah nak terangkan.

Sebab dia bahasakan akak. Aku jadi tak selesa. Sampai sekarang aku tak kontek dia dah. Kakak yang alim tu masih kontek. Sebab tu kalau boleh aku memang nak elak panggil kakak. Aku bukan tak hormat cuma tak selesa.

Tapi kalau dah dia kata tanda penyayang. Aku akan cuba bahasakan kak. Kak...

Sesiapa boleh hilangkan ketidaknormalan ini tak?

Jiran aku tu pun tua jugak dari aku. Nak panggil abang ke?

Warghhhhh! Pendapat korang?

Ps: 
Jiran tu Nadh
Ustazah Sunah itu kakak saya
Ustaz Jiji mahluk sesat=P

6 comments:

AdyBudika said...

remaja!!!

JIJI YU said...

ni yang aku tak puas ati ni..eheh..panggil la aku tokji ke.baghu le glam..

i'm ezza haniza said...

betul jgk tuu...

efa nur said...

oowwhh..ade jgk ketidaknormalan mcm nie ye..hehe

panggilan 2 rasanya tak penting sgt, yg penting kita tetap hormat.. :)

kan kembar kan.. :)

Jom Terjah Sini :)

Sunah Mohammad said...

i tak kisah la kalo you nak panggil i you je tauuu! siyes~ kalo tak biasa, gune je i you... heheh.. sebab dengan qaseh pun guna i you je...dia muda dari i... :p

lagipun i selesa kalo guna i you dengan you... :p

fRaMe+LenSeS said...

ai yu ka, yu ai ka, Nadh camna pn takpa. layan ja.. hihihi.. jangan panggil yang nadh tak suka dah .:) lagipun, panggilan tu takdak la maksud kita tak hormat sangat.. atas kita sebenarnya, kalau dia tak kesah, kita tak kesah, layan ja. hihihi

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers