CORETAN TERBARU NADH

Aku bukan CIKGU SHIDA

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Adeh penangan cikgu Shida semalam sampai ke hari ni. Tulah padah menengok video tanpa membuat kerja. Sengal si masz LJ. Dahlah paksa aku buat cerpen CINTA KLCC. Sudahnya aku pergi sekolah dalam keadaan mengantuk. Best ceramah tadi. Bila part edu web,e operasi mula bosan.

Yelah bukan ada kaitan dengan kami pun. Sabar jela. Ni aku nak cerita pasal aku pergi MYDIN tadi. Kawan aku si LJ baru semalam tengok dan tahu siapa si Cikgu Shida yang popular tu. Siap masuk TV. Korang ada? Jadi aku pun menyakat dia. Seronok. Nyanyi sambil buat muka annoying ala-ala cikgu Shida. Banyak kali aku buat. Sampailah...

KD: Masz, kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama(buat gaya gedik plus annoy)
LJ: Sengih.
KD: Masih dengan gaya yang sama.
LJ: Ada orang nampak dan dia? GELAK KAW-KAW.
KD:Berpusing dan? Oh my god!!! Gila malu. Terus lari pandang lain.

Si Gem blur tak faham situasi itu. Aku memang malu gila. Bengong. Tiap kali terpandang mesti dia sengih. Si Masz cakap masa timbang kerepek mamat tu masih sengih lagi. Aiyyoooo. Sumpah aku larikan diri. Malu sangat.

Aku terfikir macam manalah Cikgu Shida bila orang tengok video dia tu. Kalau aku mahu tebal kulit muka. MALU!

Kesimpulan serta pengajaran jangan gedik dikhalayak. Jangan menyakat orang akhirnya diri yang merana. Sampai sekarang masih malu.

Post by,
Miss Ran 

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers